Warkah untuk Sultan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Daulat Tuanku.

Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Pertama sekali, izinkan patik memohon beribu-ribu ampun kiranya bahasa yang patik gunakan tiadalah tepat penggunaannya, kerana patik tidak dilatih untuk menulis sebegini kepada tuanku. Namun kali ini, patik memohon izin untuk menulis apa yang patik ingin sampaikan kepada sultan yang patik kasihi.

Ampun Tuanku.
Di saat ini, patik melihat keadaan di tanah bertuah ini hampir bergolak. Apa yang diperjuangkan, semakin lama patik lihat ia seperti semakin di luar kawalan. Semakin ramai yang mengangkat diri sebagai ketua, seakan tidak ada lagi mentadbir negara. Di negara yang berdaulat ini, alangkah malangnya jika ada yang berpendapat bahawa bahtera ini tiada nakhodanya.

Ampun tuanku.
Pada tahun 1947, nenda dan ayahanda kami pernah merayu ke bawah duli tuanku untuk menghapuskan Malayan Union. Lelaki, wanita dan anak kecil juga memohon untuk bernaung di bawah lindungan payung mahkota tuanku, dan tuanku sahaja. Kerana mereka yakin bahawa tuanku sahajalah sultan di jiwa mereka.

Tuanku mempunyai suara keramat. Apa yang dititahkan tuanku, didengari semua. Di bumi yang bertuah dan berdaulat ini, hanya pada tuankulah terletak takhta.

Ampun tuanku.
Di saat ini, pemerintah yang dilantik seakan tidak lagi didengari suara mereka oleh sebilangan rakyat jelata. Rasa marah telah jauh menusuk di jiwa. Perpecahan terjadi di mana-mana. Rakyat tuanku tidak lagi satu suaranya. Mereka ada banyak kehendaknya. Makin hilang arah dan budayanya. Undang-undang dijadikan bahan jenaka. Maka akan timbullah huru hara.

Pada fikiran patik , kini, hanya suara tuanku yang akan didengar oleh semua. Hanya titah perintah tuanku menjadi azimat untuk rakyat di bawah lindungan tuanku.

Ampun tuanku,
Ada di antara rakyat naungan tuanku ingin menyuarakan isi hatinya pada tuanku. Jika tuanku perkenankan mereka menghadap, patik mohon pada tuanku agar dapat menyuluhkan mereka jalan yang beradab.

Jika tiadalah berkenan di hati tuanku, maka titahkanlah untuk kami menghalangnya. Titah tuanku pasti akan kami junjung di atas batu jemala kami, tuanku.

Jika tuanku menerima mereka sebagai tetamu, akan kami muliakan mereka.
Jika kedatangan mereka mendatangkan murka, titahkanlah seadilnya.

Ampun tuanku.
Patik berharap, di saat yang tepat, tuanku dapatlah bertitah kepada semua. Patik yakin, keputusan yang akan tuanku lakukan adalah yang paling tepat untuk naungan tuanku. Kerana tuanku tiadalah bertaut pada sebarang kepentingan. Hanya tuanku sahajalah yang berhak di kala ini untuk menenangkan hati-hati yang tidak tenang di negara berdaulat ini.

Ampun tuanku.
Patik berharap, di negara yang aman makmur ini, patik sekeluarga akan kekal bahagia. Ramai juga rasanya mahukan keadaan yang sebegitu rupa. Patik mohon ke bawah duli tuanku agar dapat memberikan kata penenang jiwa kepada mereka. Dan patik yakin, seluruh rakyat tuanku akan bersatu dengan titah tegas tuanku.

Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.

Daulat Tuanku.

Piaaaappppppppppp !!!!


Assalamualaikum

Kekadang kita dalam sedar tak sedar, selalu nak piaaaapppppp sebelum terjadinya sesuatu. Bila dah ada empat orang hero dan heroin, selalunya rotanlah jadi ubatnya. Sebab “tak dengar cakap” walaupun ada masanya aku tak pernah pun bagitau yang perkara tu tak sepatutnya dilakukan.

Aku menganggap sesuatu perkara mudah mesti tercapai oleh logik akal. Kalau main mancis, rumah terbakar. Kalau main mancis kat luar rumah? Itu aku tak pernah nak bagitau sebabnya. Walau sebenarnya aku takde alasan untuk penerangan. Tak bolehkah main mancis? Kenapa? Simpan mancis ditempat yang tinggi. Tapi abahnya menyimpan lighter dalam poket. Apa alasan yang hendak diberi?… Piaaaapppppppp !!!

Bila anak2 dah dapat “kaki”, mulalah dia memanjat. Grill kat umah dah habis diorang try. Agaknya abahnya tak pernah pun nak bawak diorang rock climbing. Apatah lagi nak bagi kebenaran panjat pokok rambutan kat kampung. Bila dah takde alternatif, grill rumahlah tempat untuk tunjuk skill…. Piaaaaaappppppp !!!!

Abahnya tak bawak heronya main bola kat padang. Malas. Main futsal pun sebagai ‘playground’ sementara menunggu abahnya habis main badminton seminggu sekali. Sebagai alternatifnya, diorang main bola dalam rumah. Berderailah cermin kat tangga rumah. Apa lagi….. Piaaaaaaapppppp !!!

Dalam kes yang lebih dahsyat… Bergurau gelak2 dalam kereta pun abahnya marah. Dah buat lawak budak2, maka gelaklah !!! Kekadang tu dengan sebut perkataan ‘kentut’ pun boleh gelak terbahak2. Entah apa yang lawak sangat pun aku tak tau. Tapi dah namanya budak2. Apa yang diorang nak fikirkan sangat. Kalau nak gelak tu, gelak ajelah. Belum habis gelak dah kena lagi satu… Piaaaappppppp !!!

Banyak lagilah contoh yang aku boleh bagi untuk buka pekung di dada sendiri. Tapi sikit2 cukuplah. Untuk dijadikan iktibar semoga kengkawan tak mencontohi apa yang tidak baik yang datangnya dari Ismadi. Jangan dicuba2.

Kawallah sifat marah yang ada. Jangan kerana marahkan orang lain, anak diseterika. Jangan kerana bergaduh suami isteri, anak dicucuh bara api. Anak2 itu murni. Tiada salahnya. Yang salah ialah ibubapa yang membentuk anak itu.

Selepas zaman “jahiliah”, aku dah agak kurang piap anak aku. Tapi Piaaappppp tetap Piaaapppp…. !!! Tapi dalam kaedah yang lebih baik (rasanya).

1. Aku fikir dulu, ada tak sebelum ni aku nasihat bebaik ngan anak itu ? Dia faham tak dengan apa yang aku cakap?
2. Aku fikir jugak, wajar tak aku piaaappp anak aku atas kesalahannya itu. Ada tak alternatif lain?
3. Aku amik contoh sahabat. Ada waktu bertenang. Kalau dah buat salah tu, aku bagi rengsa dalam lima minit. Aku nak pastikan bahawa aku piap bukan sebab marah, tapi sebab aku nak mengajar anak dengan cara yang ekstrem.
4. Sebelum aku piap, aku bagi reasoning kat anak kenapa aku nak piap. Sebenarnya bila cakap pun, dah meleleh2 air mata anak aku dah… Timbullah pula simpati terhadap si kenit2 kesayangan aku ni. Bila dah tau… Dah mengaku… Dah janji tak buat lagi… Seperti biasa… Piaaaaapppppppp !!!!!

Dah lama aku tak piap anak2 aku ni. Rotannya dah berhabuk atas almari. Asal aku menghala untuk capai rotan, bertempiaranlah mereka lari di muka bumi ini. Dan aku senyum sendiri. Ramai yang berminat dengan rotan kat rumah aku ini. Tak dijual. Tak diberi. Kerana itu adalah kenangan buruk aku melibas kulit anak aku sendiri.

Bukan untuk bangga diri. Sekadar mengingati amarah sendiri.

Kepada yang pernah menagih simpati agar tidak di rotan lagi, maafkanlah orang tua ini. Harapnya di sana nanti, alasan untuk tidak melakukan kemungkaran dan kerja bukan2 adalah kerana rotan itu.

Krisis umur di pertengahan


Assalamualaikum

Bila nengok balik kat birthday kengkawan, tersedarlah aku bahawa umur aku nak cecah 34 tahun ni. Kata orang, life begins at 40. Tapi aku rasa untuk rakyat di Malaysia, umur standart adalah 65-70. Lepas tu, orangnya dah jalan. Untuk yang kebanyakkan. Jadi sesuailah aku katakan bahawa, untuk 34, aku berada dalam krisis umur pertengahan.

Di kala ramai yang beralih kepada parti orang muda, aku masih menyokong parti yang wujud sebelum merdeka. Bila orang menyokong vettel, aku masih dalam bayangan schumacher. Bila orang bersorak untuk nadal, aku sokong federer. Bila kengkawan sibuk citer pasal evo, aku carik suv. Bila yang lain beli but kaler merah hijau, aku masih mencari but kaler hitam klasik.Kalau ikut dari benda2 ni, dalam akal yang gitu2, aku sememangnya dah tua. Rambut pun dah semakin hilang dari pandangan orang.

Tapi dari sudut lain, aku cuba untuk menjadi muda. Sibuk dengan ipad/iphone. Kononnya nak mengikuti trend terkini.pasukan bola carik yang muda macam arsenal dan chelsea, bukan pasukan tua macam mu. Kalau nak nengok wayang aku carik yang 3d. Main game kat wii.

Umur bila dihitung mengikut adat, begitulah. Tapi esok pun boleh nak mati. Macam2 cara. Kena langgar lori. Kena penyakit moden yang namanya aku tak reti.

Bila dah semakin tua ni, dah takde nafsu carik kengkawan yang baru. Cuma maintain je kengkawan yang ada. Memaksimakan hubungan yang ada. Merapatkan hubungan sedara mara. Kamceng dengan jiran tetangga. Sebab bila aku meninggal nnt, harapnya adalah yang nak menguruskan apa yang patut.

Umur dah meningkat, semangat masih muda. Jiwa pun muda lagi. Tapi kenalah pandai mengimbang. Jangan jadi tua kutuk tak sedar diri.

Untuk kengkawan yang seusia, selamat menikmati sisa hidup yang ada. Moga kita sejahtera di sana nanti. Amin.

Laluan alternatif yang bersih


Assalamualaikum

Bila terfikir balik, laluan kurang perhimpunan bersih ni agak kurang strategik. Bila aku nengok balik kat map yang diorang attachkan, ada ke yang mampu nak berjalan dari masjid kampung baru ke istana negara ??? Jauh juga tu. Keluar juga peluh jantan betina di kala terik yang melanda kuala lumpur. Kalau disembur di hadapan bangunan dbkl, yang tak bersalah telah habis separuh kudrat berjalan beriringan. Tapi niat untuk membersihkan spr mengatasi segalanya. Bila semangatnya ada, yang lemah digagahkan juga.

Nak aku nasihatkan kengkawan agar tidak menyertainya, tidaklah aku dapat berbuat apa2. Poll dari the star membuktikan “majoriti” ingin bersuara. 1.2 juta yang sempat mengundi (sebelum dipadam) dari 27 juta rakyat Malaysia. Mungkin gusar angka tu semakin meningkat. Rasanya aku jatuh ke aras minoriti kali ini. Terima sajalah. Tapi golongan minoriti juga berhak untuk bersuara. Mengikut Artikel 10, haknya di tangan aku. Aku aku juga berhak untuk menggunakannya. Cuma mampu mengetuk kekunci keyboard. Pengecut era millenium.

Tapi ada baiknya juga kalu sekali sekala routenya bertukar. Dulu dah buat kat masjid jamek (pilihan utama sejak reformasi, tempat aku jadi pemerhati bebas dulu), masjid negara, dataran merdeka sebagai waypoint. Aku rasa ada baiknya sesekali bertukar area. Sesekali bertukarlah selera. Pemandangan pun baru.

Aku mencadangkan strategik point yang baru. Itupun kalau nak. Memilih kawasan yang padat dan lebih kondusif, aku cadangkan mula di kawasan bukit bintang ataupun jalan imbi. Senang sikit nak berkumpul. Lrt ada, monorel pun ada. Bangunan pun tinggi2 sikit. Jadi kalau aku nak jadi pemerhati, aku bolehlah melepak kat tingkat 10 times square ataupun dari parking lot roof top sg wang plaza. View pun cantik sikit. Boleh melepak kat cafe arab sambil menghirup pengganti barbican.

Ataupun manfaatkan kawasan perniagaan baru kat brickfields yang aku lihat dah semakin meriah. Penyokong boleh gunakan kl sentral sebagi tempat berjumpa. Polis agak sukar untuk menutup kl sentral kerana ianya adalah hub pengangkutan awam.Route nye lebih dekat dengan istana negara. Jadi jalannya akan menjadi lebih pendek dan singkat dan kurangnya tension bila berjalan. Bila banyak berjalan, macam2 perkara yang tak diingini boleh berlaku. Bila dah penat, mamat punk pun boleh disangka fru.

Bila tak bertembung di titik persamaan, ianya boleh mengelakkan “pergaduhan” yang tak diingini. Harapnya jika ada yang ingin meneruskan juga, mengambil cadangan aku ini. Kalau bertemu juga di depan istana, aku rasa tiada yang hendak menunjukkan rasa biadap di hadapan agong. Di Perak adalah pengalaman terpencil dan jarang berlaku. Pengecualian.

Dan aku masih berhadap pemuda umno tidak meneruskan niatnya. Untuk pembangkang dan perkasa, biarlah mereka, kerana aku bukan ahlinya. Kalau wakil rakyat bn kena tangkap dan didenda RM 2001… maka hilanglah lagi kerusi di parlimen yang semakin sedikit. Fikirlah sedikit ke hadapan. Bila parlimen semakin kosong, bak kata jambu… “Apeee pun tak boleh !!!”. Itupun kalau mereka mahu berfikir. Dan kepada menteri di dalam negeri, jika berlaku juga perhimpunan ini, uruskanlah ketua pemuda umno yang tidak mendengar nasihat ini dahulu. Sebagai contoh tidak memilih bulu. Aku suka fikrah dia, namun aku tak menyokong perbuatannya dalam hal ini.

Report dah semakin banyak. Namun iklannya semakin rancak. Perasaan bersemangatnya semakin bersemarak. Yang hendak menjual t-shirt juga habis dipencak. Harapnya semua yang hadir sempat untuk membeli belah di pasar ramadhan jalan tar kelak. Harapnya tiada yang teraniaya makan ketupat dan lemang di pinggir sungai buluh. Dengarnya di situ pun dah semakin sesak.

Aku doakan semoga malaysia selamat semuanya. Rakyat bersatu padu menggerakkan negara. Amin.

Movie Review : Laskar Pelangi


Assalamualaikum

Aku ni agak susah sikit nak nengok citer nusantara ni. Takde banyak pengarah yang aku minat. Cuma di Malaysia ni, adanya individu kreatif seperti Yasmin Ahmad, Mamat Khalid dan Khabir Bhatia yang aku ikut movie2 diorang. Sebab rasanya diorang je yang buat movie2 yang kena dengan jiwa aku.

Tapi kali ni, aku nak citer tentang Laskar Pelangi. Movie dari Indonesia. Bisa bikin nanges ini pak !!!

Cuma aku rasa nak bagi rekemendesyen kat kengkawan untuk tengok citer ni yang aku dah nengok 3 kali. Kali terakhir malam semalam kat astro ria. Tengoklah!!! Benar2 saya syorkan untuk melihatnya.

Kepada Rasean Helisma, saya gelakkan anda sebab saya pun dah nak nanges… Eheheheh. Kredit kepada encik hafiznizam yang rekemen cerita ni kat aku. Sememangnya cerita ini best dan wajib tayang… 😉

Plot dia mudah. Tentang anak miskin di pekan Belitong yang belajar di sekolah pondok Muhammadiyah. Tiada yang mengarut dalam cerita ini. Ia memudahkan aku menghadamkan apa yang si penulis ingin sampaikan. Karakternya membawa pelbagai falsafah kalau mahu dilihat dari sudut sisi yang berlainan.

Cikgu Muslimah contoh guru yang superb.
Pak Harfan … “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”

Ikal yang mabuk kepayang hanya kerana kuku A Ling.
Lintang yang pintar dan bertanggungjawab
Mahar si burung hantu yang berjiwa halus.
A Kiong, Syahdan,Kucai, Sahara, Trapani
“Samson” body builder wannabe
Harun, yang mana tanpa skrip, karakternya sangat bermakna.
Flo yang menjadikan 10 kepada 11
Buaya melintang yang menguji kesabaran lintang

Kesusahan mengundang kesedihan. Tapi cerita ini tidak menceritakan keluhan tentang kemiskinan. Kemiskinan telah sebati, tiada ngomelan kerana hidup perlu diteruskan. Menggunakan apa yang ada di sekeliling untuk kelangsungan pembelajaran dan mengharungi kehidupan.

Kepayahan hidup bukan sebab untuk tidak mahu belajar. Kemewahan berkat guru, itu yang dicari.

Payah untuk kita dapat cerita “suci” sebegini dalam longgokan cerita2 cinta, hantu dan aksi. Mungkin kerana aku lebih ke arah untuk menjadi pendidik, cerita ini menjadi inspirasi untuk aku. Tapi aku amat sarankan cerita ini untuk ditonton sekeluarga. Cukup rasa.

Cuma yang menjadi ketidakpuasan aku kerana watak cikgu Musalmah di akhir cerita tiada cahayanya. Ke manakah arahnya. Aku suka cikgu Mus ni. Muka cikgu2 lama yang bersih dan cool. Pandai betul casting ni pilih pelakon yang tah sapa2 ni. Lakonan 10 ‘malaikat’ ini sangat superb. Sangat bersahaja. Cuma bila bab menari masa lagu seroja tu agak kongkang dan mengundang senyuman… 😉

Akhir kata,

“kalau mahu pintar, belajar !!!
kalau mahu hasil, usaha !!!

Selamat menonton… 😉

Majoriti dan minoriti


Assalamualaikum

Jangan sesekali ingat orang yang kurang vokal dan tidak mahu kedepan adalah orang yang kurang akalnya. Malah yang senyap itu biasanya lebih banyak ilmunya, lebih matang fikirannya. Tapi siapa yang tahu, kerana ia tidak menunjukkan ekspresinya. Mungkin juga dia tak tahu apa2… ;p

Bila kurang bercakap, lebih banyaklah dapat mengelakkan diri dari melakukan kesalahan. Kerana biasanya, bercakap adalah lebih mudah daripada hendak melakukan sesuatu. Ramai yang cakap lebih, tapi buatnya tiada. Aku tidak terkecuali.

Jangan pula golongan minoriti melaung2kan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk golongan majoriti. Ini sangat tidak adil. Aku tak pernah suruh pun mereka memperjuangkan nasib aku. Mereka yang pandai2 sendiri. Aku tak pernah melantik mereka. Jadi jangan cuba nak jadi hero aku. Aku tak perlukan manusia seperti kamu untuk jadi penyelamat aku. Hipokrit.

KJ berkata dia bercakap sebagai penggantidiri silent voter. Aku adalah di antaranya. Aku tak tahu apa kata yang lain, tapi pada aku ni, silent maknanya duduk diam2 kat umah. Bak kata pak berahim, belilah bekalan makanan berlebihan. Untuk tengok youtube live nanti. Hari ahad nnt rasanya tujuh sebelas juga tutup. Tengok movie takde kacang ngan kuaci, takde feel… 😉

Ayat perenggan2 berikut mungkin mendatangkan ketidaksenangan. Tapi kalau boleh dibaca di antara barisnya, mungkin dengan akal yang tenang, dijadikan suluhan.

Jika sekarang ni majoritinya kaum Melayu, aku rasa wajar memperjuangkan hak2 Melayu. Bahasa Melayu. Adat Melayu. Tapi bila Malaysia ini majoritinya adalah kaum Cina atau India, maka sangat tidak wajar untuk aku memperjuangkan hak Melayu di kalangan minoriti. Pemerintah seharusnya memperjuangkan mereka yang major. Minor hanya mengikut sahaja. Kita kena terima kenyataan.

Jika di suatu masa nanti, Malaysia penduduknya lebih ramai Kristian atau Buddha dari Islam, tidak mustahil agama rasmi persekutuan ditukar dari Islam ke agama lain. Perlembagaan boleh digubal dengan sokongan 2/3 ahli parlimen. Itu aku tahu. Dalam negara demokrasi, golongan majoriti menjadi tumpuan. Kenalah terima. Kita adalah negara berpelembagaan. Manusia yang dikatakan bijak, telah menciptanya.

Apabila majoriti adalah dari kaum Cina, maka wajarnya mengikut sistem demokrasi, seorang yang berbangsa Cina menjadi perdana menteri. Ini adalah Malaysia yang ramai ingin realisasikan. Demokrasi yang telus. Aku takde masalah ketua menteri di pulau pinang berbangsa cina kerana pada fahaman cetek aku, golongan cina adalah majoriti di situ. Walaupun baru2 ini aku tahu bahawa Melayu adalah majoriti tetapi menjadi minoriti kerana ramai yang tak mendaftar sebagai pengundi. Ini bukan golongan silent voter, tapi golongan snoring sleeper. Ignorant. Beruntunglah kepada yang bijak. Rugilah kepada yang lemak.

Namun, selagi Melayu adalah majoriti, hak2 kaum majoriti mestilah didahulukan. Dan setelah 50 tahun, walaupun pembahagian ekonomi dan pentadbiran tidak seimbang, ia adalah selaras dengan kedudukan majoriti dan minoriti. Tapi hal keperluan am, pembelajaran dan kesihatan semuanya kena disamaratakan. Itu adalah tanggungjawab pentadbir. Tiada kompromi.

Jangan datangkan puak dari bangsa lain mentadbir pihak minoriti. Kita boleh melihat jatuhnya kerajaan di Sepanyol kerana membawa orang dari luar untuk memerintah negaranya. Sejarah patut dijadikan pengajaran, bukan untuk kita mengulangi kesilapan.

Dahulu semasa aku budak2, tiadanya permasalahan agama dan budaya bangsa. Bergaul bebas tanpa sempadan. Tiadanya rasa takut. Tapi kini, secara dalaman, telah mula ada rasa tidak puas hati di kalangan segelintir umat Malaysia tentang bangsa yang lain. Kenapa perlunya semua ini? Fikirkanlah, siapa yang dapat keuntungan dari “permusuhan terancang” ini? Kalau akal boleh melihat lebih jauh, perhatikanlah gerak badan negara2 jiran dan yang merentas benua. Yang sengsara nanti kita, suri dalam dapur makan roti gula!!!

Carilah apa yang boleh menyatupadukan rakyat. Mungkin boleh jumpa. Parti politik nyata bukan penyelesaiannya. Mungkinkah Upin dan Ipin penyelesaiannya??? Mungkin, untuk penggemar kartun. Tak pernah pula aku dengar sesiapa yang membenci mereka. Mungkin kembar ini lebih layak mentadbir Malaysia, kerana semua orang suka !!!

Pembaziran Yang Nyata


Assalamualaikum

Aku terkejut melihat tajuk akhbar. Katanya untuk mempromosikan 6 laman facebook, kerajaan memperuntukkan 1.8 juta (hari ni 250k pula). Laman tersebut antaranya untuk facebook cuti2 malaysia.

Ini sememangnya membazir dan kurangnya perancangan ekonomi dan kepakaran hubungan awam. Ng Yen Yen menghujahkan bahawa australia dan thailand juga membelanjakan 15 dan 7 juta untuk perkara yang serupa. Persoalan aku, kenapa perlu mencontohi mereka yang tidak pintar (pada aku, untuk topik ini).

Aku mencadangkan untuk laman facebook ini, sepatutnya sambutannya hebat dan seharusnya mendatangkan wang kepada kerajaan. Di sini aku nak mencadangkan…

Mintalah airasia dan mas (contoh mudah untuk aku) bagi pakej percuma setiap minggu. Contohnya, jika anda like page ni, anda berpeluang untuk memenangi tiket kepalterbang dan percutian 7 hari 7 malam di pulau sipadan. Tajaan airasia…. Minggu hadapan pula pakej 10 hari 10 malam untuk 4 orang mendaki gunung kinabalu tajaan mas. Rasanya ramailah yang akan menyinggah ke dinding itu. Nasional dan internasionaaalllleeeeeee !!!

Mesti ramai yang akan like laman itu, sebab kita tahu rakyat malaysia sukakan yang bersubsidi dan ditaja sepenuhnya. Mahu segalanya percuma. Dalam masa yang sama, yang berfacebook akan mempromosikan laman itu kepada orang ramai. Akan ada share dari dinding ke dinding untuk mempromosikan pakej percuma yang ditaja itu.

Bila dah ada pemenang, hebahkan di tv dan radio. Malah yang menang pun akan menghebahkan kat status update dia. Maka ramai yang akan mengucapkan tahniah. Biasalah…. FB…. ;p Biar semua orang tahu adanya peraduan setiap minggu. Walaupun kebarangkalian nak menang tu 1/20 juta, orang akan tertarik. Kalau tak, loteri dan nombor ekor tak laku lama daahhh. Cuma ia bukanlah perjudian wang ringgit. “Hadiah ikhlas dari penaja sahaja”. Jika tidak menang pun, sekurang2nya dapat menyampaikan maklumat secara pasif di laman tersebut.

Malah syarikat pelancongan/penerbangan/makanan/kereta sewa/hotel boleh membeli iklan kat laman tersebut. Mempromosi pakej yang bersesuaian. Apa salahnya ??? Daripada ruangan sebelah kanan facebook tu kosong, bikin duitlah selagi boleh. Asalkan mereka berdaftar dengan kerajaan. Mudah. Tak perlu belanja, malah menjana pendapatan. Kalau inipun aku yang tak ambik subjek ekonomi pun boleh fikir, takkan yang pakar tak boleh memikirkannya? Mudah sahaja.

Bila dah terkena soal, janganlah membandingkan dengan negara lain. Kita mesti bijak mengendalikan negara kita sendiri. Jangan ikut contoh yang tidak baik. Yang membazir.

Kalau nak belanja juga, ambil warga malaysia yang terlatih untuk bekerja di kementerian. Pada hemat aku, dua orang dah mencukupi. Setahu aku, bukan susah sangat nak kendalikan facebook ni. Ramai kengkawan aku yang boleh aku cadangkan, kalau mahu. Maka kuranglah 2 penganggur lagi di Malaysia. Jangan kena hack sudah. Tapi kalau benda baik, kenapa ada orang nak godam pula. Elok2 dah menang, jadi pengalah pula… 😉

Apabila kerajaan hendak menghentikan secara teratur subsidi untuk mengukuhkan kewangan, janganlah ada pihak yang membelanjakan sewenang2nya. Matlamat itu tidak akan tercapai. Secara automatik, aku akan terasa adanya sesuatu yang tidak kena bila berlakunya keadaan sebegini.

Sekarang aku nak melihat pula, bagaimana mereka nak selesaikan kontroversi ini. Solusinya mudah. Namun egonya telah dicalar. Selesaikan ini dan bergerak ke arah yang lebih baik. Mengambil hati rakyat Malaysia yang sukakan kebersihan.