Pencari masalah


Assalamualaikum….

Bila celik aje mata, bermulalah aktiviti harian. Hantar anak gi sekolah, pergi kerja. Bila aku tengok status kat fb, ada yang celik mata terus update status. Priority.

Apa yang aku nak ceritakan kali ni, mengenai mencari masalah. Ramai di kalangan manusia yang aku kenal ni, asyik tak berpuas hati dengan sesuatu. Maka diceritakan kepada orang ramai. Termasuklah aku ni. Sedikit sebanyak. Ada yang ada masalah dengan majikan, kerajaan, keluarga… Banyak lagi lah…

Kita dah diajar dalam subjek matematik untuk menyelesaikan masalah. Dengan formula yang tertentu. Dalam subjek yang lain pun kita ni belajar untuk menyelesaikan soalan. Aku rasa, amat kurang topik yang kita belajar untuk mencari masalah. Tapi untuk kebanyakkan orang, mencari masalah adalah kepakaran mereka walaupun tak diajar di sekolah.

Bila pepagi dah mencari masalah orang dan mengutuknya, ada satu sifat yang tidak wajar berlaku. Amat mudah untuk mencari masalah orang. Sememangnya manusia ini bermasalah sentiasa. Kutuk mengutuk adalah lumrah manusia yang sakit di hati.

Pada aku, adalah lebih baik kita membimbing seseorang untuk menyelesaikan masalah. Guru adalah contoh terbaik. Mengajar untuk menyelesaikan masalah setiap hari. Buku memberikan masalah dan kesulitan… Guru membimbing untuk menyuraikan kekusutan.

Kepada yang suka mencari salah orang lain dan mengutuknya, maka aku sarankan satu langkah ke hadapan. Berilah penyelesaiannya sekali. Baru lengkap.

Bila cari kesalahan pemimpin, ada yang mengutuk dan mengeji. Tapi rata2 yang mengomen tak bagi jalan penyelesaian. Asyik komplen aje. Macam carik soalan, tapi tak mahu beri jawapan. Kalau periksa spm, pemeriksa akan failkan aje. Takde jawapan.

Ada yang suka carik kesilapan untuk dijadikan bahan mengeji. Tahulah anda bahawa bila berjuta mata memandang, kalau korek hidung pun orang akan perasan. Mengutuk bagaikan mengorek hidung itu suatu dosa yang maha besar.

Bukan mudah untuk menjadi orang terkenal. Aku melihat dokumentari britney spears, dan barulah aku tahu kenapa dia buat perkara2 “bodoh”. Kasihan.

Buat pembaca blog ni, kalau komen, bagilah penyelesaian sekali. Jangan asyik mencari kesalahan yang tak tiada cadangan untuk diperbetulkan. Jika tidak memberi caranya, kesalahan itu akan tetap menjadi kesalahan. Kutukan yang tiada penyelesaian. Ini namanya menyedekahkan pahala halimunan dan mengutip dosa2 kering.

Kalau dilihat dari bahasa pun, ada beza makna di antara

Penyelesai masalah
dan
Pencari masalah

Salah satu dari di atas adalah profession yang terkutuk. Pilihlah yang berkenan di hati. Anda sahaja yang ada kuasa mengundi… 😉

Leave a comment