Kebebasan bersuara


Assalamualaikum

Setiap negara yang merdeka memperuntukkan kebebasan rakyatnya untuk bersuara. Bebas untuk bercakap apa sahaja. Kerana dikebanyakkan negara, rakyat menentukan pemimpinnya. Kalau tak ikut suara rakyat, maka pemimpin akan digulingkannya. Terguling2 pemimpin disebabkan rakyat tak menanda X di sebelah namanya kat kertas undi.

Tapi bila bersuara tu kenalah berpada2. Kalau jiran melalak tengah malam berkaraoke, nak marah pulak. Kata menyokong kebebasan bersuara. Kalau mat rempit press minyak, tau pulak nak membebel kata tak puas hati. Kerana semua orang tahu, bunyi itu patut ada hadnya.

Bila bersuara perlu ada sesuatu untuk mengawalnya. Kalau tak, akan bingitlah jadinya. Kerana itu ada tombol atau remote untuk memperkuat atau memperlahankan suara kat tv. Itulah gunanya. Kalau menjerit depan pun tv tiada gunanya. Perbuatan sia2.

Kat Malaysia ni aku perhatikan, anak2 muda sekarang bersuara lantang dan selalunya berlebih2an. Hormatnya pada budaya semakin berkurangan. Malah ada yang sampai mencaci maki ibu dan bapa sendiri. Maklumlah, dulu bapanya kerja jadi petani. Anaknya sekarang manager kat syarikat mnc. Bila dompet dah berkepuk dengan kertas dan kad plastik, hormat pada orang tuanya menipis tiris. Berlagak itu kurang sesuai. Arrogant lebih tepat untuk definisi kualiti tinggi. In HD.

Aku sebagai calon warga emas Malaysia beberapa musim lagi, memandang perhimpunan2 dan demonstrasi sebagai penggugat jati diri. Bulan depan khabarnya ada perhimpunan untuk membersih. Tapi aku rasakan ia lebih kepada memperalatkan orang biasa.

Aku rasa ini adalah gerakan untuk menggerakkan penyokong parti tertentu menjelang pilihanraya. Warm up. Kontroversi bersih yang hanya berlaku beberapa jam ini boleh dijaja ceritanya dalam ceramah parti berbulan lamanya. Ini aku dah boleh duga. Rasanya anda pun dah tahu juga. Rakyat Malaysia bijak semuanya.

Bila ramai berkumpul kerana rasa marah dan kecewa, secara logiknya apakah kesudahannya? Kalau aku baca kat berita, kesudahannya berlakulah pergaduhan. Kalau hebat lagi, rusuhan.

Orang yang “dimarah” itu duduk melepak di kerusi empuk. Mereka yang marah disimbah air dan gas asap fru. Dan yang lebih ekstrem, mendapat hadiah gelang besi berantai sebagai tanda penghargaan untuk cubaan “memberontak”. Bila dipenjara, akan menjadi hero. Namanya disanjung kerana bermalam di bilik empat segi berjeriji besi. Dilabel sebagai Mandela versi Asia. Mungkin terbaca kalau sakit belakang boleh melancong ke Jerman.

Kesimpulannya, itu semua perbuatan kurang akal.

Apa gunanya beratus wakil di parlimen dan kerajaan negeri?
Apa gunanya mengundi dan memilih pemimpin?
Biarlah mereka sahaja yang memperjuangkan nasib yang telah diserahkan X semasa mengundi.

Kalau nak meminang biar beradat. Kalau nak mencadangkan biar kena tempat.
Kalau nak menuduh biar berbukti. Kalau nak menyalak, bukan bukit yang dicari.

Janganlah kerana sudah bayar cukai, melayakkan anda untuk mencaci maki sesuka hati? Ia tidak melayakkan anda untuk menyumpah seranah. Sebesar mana pun sumbangan wajib korang.

Blog2 sekarang ni pun penuh dengan caci maki. Tak kisahlah mewakili parti apa sekalipun. Itu tidak dibenarkan dalam Islam. Memberi gelaran yang buruk. Mencaci. Meninggikan suara terhadap ibubapa. Bingit seperti suara keldai. Tapi dilakukan juga atas nama kebebasan bersuara. Walau apa pun alasan, rujukan pandi kutti sangat tidak wajar dilakukan. Islam tidak membenarkan kias sebegitu.

Kalau tak percaya, tulislah ayat sebegitu kat kertas pmr atau spm. Walaupun ayatnya tersusun dan penggunaannya tepat, rasanya tiada markah akan diberikan. Kepada anak2 yang masih bersekolah, silalah cuba kalau tak percaya.

Begitulah kuasa wang ringgit dan pendidikan yang kurang iman. Lancang berbahasa. Berbisa lidahnya. Rendah maruahnya.

Budaya ni kita dapat dari luar. Berhimpun dan menunjuk perasaan. Secara “aman”. Tiada kekacauan. Malah pada zaman sebelum merdeka, golongan kaum muda dan umno pun dah buat begini. Kalau dahulunya wanita hanya menguruskan rumah, pada waktu Malayan Union 1946, wanita dah mula mengangkat sepanduk menggantikan kuali. Rayuannya adalah kepada raja2 melayu untuk memperjuangkan nasib bangsa. Masih aku terbayang lagi gambar mereka berkumpul di hadapan bangunan ktmb kat heritage hotel. UMNO tak ditubuhkan dengan matlamat memperjuangkan kemerdekaan. Ia ditubuhkan hanya untuk menentang Malayan Union. Kemudian baru haluannya berubah. Saja nak bgtau kalau tak tahu. Tapi semuanya bijak. Tentu sudah maklum.

Perhimpunan bersih ini tak sama dengan 13 Mei. Ini membandingkan adalah tidak wajar. Namanya menakut2kan rakyat.

Namun untuk mengadakannya juga tidak wajar. Untuk menukar tatacara suruhanjaya pilihanraya, bawalah ke parlimen. Hanya wakil rakyat yang dilantik boleh menggubal dan amend akta. Bukan dengan cara berhimpun di jalanan. Ini yang dikatakan anjing menyalak bukit, walaupun telah ditulis di atas tidak wajar disamakan manusia dengan binatang (sinikal).

Aku puji sikap Hishamuddin. Bersih ke, Perkasa ke, kalau berhimpun, cekup semuanya. Jangan meletakkan undang2 di tangan sendiri. Polis bukannya kayu. Namun aku dapat merasakan, akhirnya polis yang akan disalahkan. Kita lihat sahaja nanti gambar dan youtube yang disudukan. Ramai yang akan disuap dengan cerita panas berat sebelah ini.

Bila bersuara, rendahkanlah suara. Bila meminta, nyatakan dengan lemah lembut. Orang dengar juga. Bila “merayu”, ayatnya lebih menyentuh kalbu dari terpekik terlolong yang hanya mengundang percikan air yang pedih.

Ramai pemikir politik yang menggalakkan perhimpunan bersih ini. Malah golongan agama pun mengajak sekali. Jika aku tidak menyokongnya adakah aku sesat? Aku fikir tidak. Kerana aku tak mahu check in facebook aku di balai polis dang wangi. Anak isteri di rumah menanti bila abahnya akan kembali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s