Pembaziran Yang Nyata


Assalamualaikum

Aku terkejut melihat tajuk akhbar. Katanya untuk mempromosikan 6 laman facebook, kerajaan memperuntukkan 1.8 juta (hari ni 250k pula). Laman tersebut antaranya untuk facebook cuti2 malaysia.

Ini sememangnya membazir dan kurangnya perancangan ekonomi dan kepakaran hubungan awam. Ng Yen Yen menghujahkan bahawa australia dan thailand juga membelanjakan 15 dan 7 juta untuk perkara yang serupa. Persoalan aku, kenapa perlu mencontohi mereka yang tidak pintar (pada aku, untuk topik ini).

Aku mencadangkan untuk laman facebook ini, sepatutnya sambutannya hebat dan seharusnya mendatangkan wang kepada kerajaan. Di sini aku nak mencadangkan…

Mintalah airasia dan mas (contoh mudah untuk aku) bagi pakej percuma setiap minggu. Contohnya, jika anda like page ni, anda berpeluang untuk memenangi tiket kepalterbang dan percutian 7 hari 7 malam di pulau sipadan. Tajaan airasia…. Minggu hadapan pula pakej 10 hari 10 malam untuk 4 orang mendaki gunung kinabalu tajaan mas. Rasanya ramailah yang akan menyinggah ke dinding itu. Nasional dan internasionaaalllleeeeeee !!!

Mesti ramai yang akan like laman itu, sebab kita tahu rakyat malaysia sukakan yang bersubsidi dan ditaja sepenuhnya. Mahu segalanya percuma. Dalam masa yang sama, yang berfacebook akan mempromosikan laman itu kepada orang ramai. Akan ada share dari dinding ke dinding untuk mempromosikan pakej percuma yang ditaja itu.

Bila dah ada pemenang, hebahkan di tv dan radio. Malah yang menang pun akan menghebahkan kat status update dia. Maka ramai yang akan mengucapkan tahniah. Biasalah…. FB…. ;p Biar semua orang tahu adanya peraduan setiap minggu. Walaupun kebarangkalian nak menang tu 1/20 juta, orang akan tertarik. Kalau tak, loteri dan nombor ekor tak laku lama daahhh. Cuma ia bukanlah perjudian wang ringgit. “Hadiah ikhlas dari penaja sahaja”. Jika tidak menang pun, sekurang2nya dapat menyampaikan maklumat secara pasif di laman tersebut.

Malah syarikat pelancongan/penerbangan/makanan/kereta sewa/hotel boleh membeli iklan kat laman tersebut. Mempromosi pakej yang bersesuaian. Apa salahnya ??? Daripada ruangan sebelah kanan facebook tu kosong, bikin duitlah selagi boleh. Asalkan mereka berdaftar dengan kerajaan. Mudah. Tak perlu belanja, malah menjana pendapatan. Kalau inipun aku yang tak ambik subjek ekonomi pun boleh fikir, takkan yang pakar tak boleh memikirkannya? Mudah sahaja.

Bila dah terkena soal, janganlah membandingkan dengan negara lain. Kita mesti bijak mengendalikan negara kita sendiri. Jangan ikut contoh yang tidak baik. Yang membazir.

Kalau nak belanja juga, ambil warga malaysia yang terlatih untuk bekerja di kementerian. Pada hemat aku, dua orang dah mencukupi. Setahu aku, bukan susah sangat nak kendalikan facebook ni. Ramai kengkawan aku yang boleh aku cadangkan, kalau mahu. Maka kuranglah 2 penganggur lagi di Malaysia. Jangan kena hack sudah. Tapi kalau benda baik, kenapa ada orang nak godam pula. Elok2 dah menang, jadi pengalah pula… 😉

Apabila kerajaan hendak menghentikan secara teratur subsidi untuk mengukuhkan kewangan, janganlah ada pihak yang membelanjakan sewenang2nya. Matlamat itu tidak akan tercapai. Secara automatik, aku akan terasa adanya sesuatu yang tidak kena bila berlakunya keadaan sebegini.

Sekarang aku nak melihat pula, bagaimana mereka nak selesaikan kontroversi ini. Solusinya mudah. Namun egonya telah dicalar. Selesaikan ini dan bergerak ke arah yang lebih baik. Mengambil hati rakyat Malaysia yang sukakan kebersihan.

Advertisements

2 thoughts on “Pembaziran Yang Nyata

  1. Aku yg jauh ni pun terkejut baca berita tu. Makin lama makin tak berasas la tindakan mereka ni. Bila kena check-mate dgn rakyat, baru kelam kabut. Apa ingat rakyat Malaysia skrg buta,bisu dan pekak ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s