Majoriti dan minoriti


Assalamualaikum

Jangan sesekali ingat orang yang kurang vokal dan tidak mahu kedepan adalah orang yang kurang akalnya. Malah yang senyap itu biasanya lebih banyak ilmunya, lebih matang fikirannya. Tapi siapa yang tahu, kerana ia tidak menunjukkan ekspresinya. Mungkin juga dia tak tahu apa2… ;p

Bila kurang bercakap, lebih banyaklah dapat mengelakkan diri dari melakukan kesalahan. Kerana biasanya, bercakap adalah lebih mudah daripada hendak melakukan sesuatu. Ramai yang cakap lebih, tapi buatnya tiada. Aku tidak terkecuali.

Jangan pula golongan minoriti melaung2kan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk golongan majoriti. Ini sangat tidak adil. Aku tak pernah suruh pun mereka memperjuangkan nasib aku. Mereka yang pandai2 sendiri. Aku tak pernah melantik mereka. Jadi jangan cuba nak jadi hero aku. Aku tak perlukan manusia seperti kamu untuk jadi penyelamat aku. Hipokrit.

KJ berkata dia bercakap sebagai penggantidiri silent voter. Aku adalah di antaranya. Aku tak tahu apa kata yang lain, tapi pada aku ni, silent maknanya duduk diam2 kat umah. Bak kata pak berahim, belilah bekalan makanan berlebihan. Untuk tengok youtube live nanti. Hari ahad nnt rasanya tujuh sebelas juga tutup. Tengok movie takde kacang ngan kuaci, takde feel… 😉

Ayat perenggan2 berikut mungkin mendatangkan ketidaksenangan. Tapi kalau boleh dibaca di antara barisnya, mungkin dengan akal yang tenang, dijadikan suluhan.

Jika sekarang ni majoritinya kaum Melayu, aku rasa wajar memperjuangkan hak2 Melayu. Bahasa Melayu. Adat Melayu. Tapi bila Malaysia ini majoritinya adalah kaum Cina atau India, maka sangat tidak wajar untuk aku memperjuangkan hak Melayu di kalangan minoriti. Pemerintah seharusnya memperjuangkan mereka yang major. Minor hanya mengikut sahaja. Kita kena terima kenyataan.

Jika di suatu masa nanti, Malaysia penduduknya lebih ramai Kristian atau Buddha dari Islam, tidak mustahil agama rasmi persekutuan ditukar dari Islam ke agama lain. Perlembagaan boleh digubal dengan sokongan 2/3 ahli parlimen. Itu aku tahu. Dalam negara demokrasi, golongan majoriti menjadi tumpuan. Kenalah terima. Kita adalah negara berpelembagaan. Manusia yang dikatakan bijak, telah menciptanya.

Apabila majoriti adalah dari kaum Cina, maka wajarnya mengikut sistem demokrasi, seorang yang berbangsa Cina menjadi perdana menteri. Ini adalah Malaysia yang ramai ingin realisasikan. Demokrasi yang telus. Aku takde masalah ketua menteri di pulau pinang berbangsa cina kerana pada fahaman cetek aku, golongan cina adalah majoriti di situ. Walaupun baru2 ini aku tahu bahawa Melayu adalah majoriti tetapi menjadi minoriti kerana ramai yang tak mendaftar sebagai pengundi. Ini bukan golongan silent voter, tapi golongan snoring sleeper. Ignorant. Beruntunglah kepada yang bijak. Rugilah kepada yang lemak.

Namun, selagi Melayu adalah majoriti, hak2 kaum majoriti mestilah didahulukan. Dan setelah 50 tahun, walaupun pembahagian ekonomi dan pentadbiran tidak seimbang, ia adalah selaras dengan kedudukan majoriti dan minoriti. Tapi hal keperluan am, pembelajaran dan kesihatan semuanya kena disamaratakan. Itu adalah tanggungjawab pentadbir. Tiada kompromi.

Jangan datangkan puak dari bangsa lain mentadbir pihak minoriti. Kita boleh melihat jatuhnya kerajaan di Sepanyol kerana membawa orang dari luar untuk memerintah negaranya. Sejarah patut dijadikan pengajaran, bukan untuk kita mengulangi kesilapan.

Dahulu semasa aku budak2, tiadanya permasalahan agama dan budaya bangsa. Bergaul bebas tanpa sempadan. Tiadanya rasa takut. Tapi kini, secara dalaman, telah mula ada rasa tidak puas hati di kalangan segelintir umat Malaysia tentang bangsa yang lain. Kenapa perlunya semua ini? Fikirkanlah, siapa yang dapat keuntungan dari “permusuhan terancang” ini? Kalau akal boleh melihat lebih jauh, perhatikanlah gerak badan negara2 jiran dan yang merentas benua. Yang sengsara nanti kita, suri dalam dapur makan roti gula!!!

Carilah apa yang boleh menyatupadukan rakyat. Mungkin boleh jumpa. Parti politik nyata bukan penyelesaiannya. Mungkinkah Upin dan Ipin penyelesaiannya??? Mungkin, untuk penggemar kartun. Tak pernah pula aku dengar sesiapa yang membenci mereka. Mungkin kembar ini lebih layak mentadbir Malaysia, kerana semua orang suka !!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s