Movie Review : Laskar Pelangi


Assalamualaikum

Aku ni agak susah sikit nak nengok citer nusantara ni. Takde banyak pengarah yang aku minat. Cuma di Malaysia ni, adanya individu kreatif seperti Yasmin Ahmad, Mamat Khalid dan Khabir Bhatia yang aku ikut movie2 diorang. Sebab rasanya diorang je yang buat movie2 yang kena dengan jiwa aku.

Tapi kali ni, aku nak citer tentang Laskar Pelangi. Movie dari Indonesia. Bisa bikin nanges ini pak !!!

Cuma aku rasa nak bagi rekemendesyen kat kengkawan untuk tengok citer ni yang aku dah nengok 3 kali. Kali terakhir malam semalam kat astro ria. Tengoklah!!! Benar2 saya syorkan untuk melihatnya.

Kepada Rasean Helisma, saya gelakkan anda sebab saya pun dah nak nanges… Eheheheh. Kredit kepada encik hafiznizam yang rekemen cerita ni kat aku. Sememangnya cerita ini best dan wajib tayang… 😉

Plot dia mudah. Tentang anak miskin di pekan Belitong yang belajar di sekolah pondok Muhammadiyah. Tiada yang mengarut dalam cerita ini. Ia memudahkan aku menghadamkan apa yang si penulis ingin sampaikan. Karakternya membawa pelbagai falsafah kalau mahu dilihat dari sudut sisi yang berlainan.

Cikgu Muslimah contoh guru yang superb.
Pak Harfan … “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”

Ikal yang mabuk kepayang hanya kerana kuku A Ling.
Lintang yang pintar dan bertanggungjawab
Mahar si burung hantu yang berjiwa halus.
A Kiong, Syahdan,Kucai, Sahara, Trapani
“Samson” body builder wannabe
Harun, yang mana tanpa skrip, karakternya sangat bermakna.
Flo yang menjadikan 10 kepada 11
Buaya melintang yang menguji kesabaran lintang

Kesusahan mengundang kesedihan. Tapi cerita ini tidak menceritakan keluhan tentang kemiskinan. Kemiskinan telah sebati, tiada ngomelan kerana hidup perlu diteruskan. Menggunakan apa yang ada di sekeliling untuk kelangsungan pembelajaran dan mengharungi kehidupan.

Kepayahan hidup bukan sebab untuk tidak mahu belajar. Kemewahan berkat guru, itu yang dicari.

Payah untuk kita dapat cerita “suci” sebegini dalam longgokan cerita2 cinta, hantu dan aksi. Mungkin kerana aku lebih ke arah untuk menjadi pendidik, cerita ini menjadi inspirasi untuk aku. Tapi aku amat sarankan cerita ini untuk ditonton sekeluarga. Cukup rasa.

Cuma yang menjadi ketidakpuasan aku kerana watak cikgu Musalmah di akhir cerita tiada cahayanya. Ke manakah arahnya. Aku suka cikgu Mus ni. Muka cikgu2 lama yang bersih dan cool. Pandai betul casting ni pilih pelakon yang tah sapa2 ni. Lakonan 10 ‘malaikat’ ini sangat superb. Sangat bersahaja. Cuma bila bab menari masa lagu seroja tu agak kongkang dan mengundang senyuman… 😉

Akhir kata,

“kalau mahu pintar, belajar !!!
kalau mahu hasil, usaha !!!

Selamat menonton… 😉

Advertisements

4 thoughts on “Movie Review : Laskar Pelangi

  1. Salam

    Aku baru tonton cerita ni dgn mak aku masa parents aku datang bulan 4 hari tu . Dgn mak aku sekali terharu … aku biasa aje… macholah kan walaupun bucu lengan aku mcm lembab2 sikit … mata sakit agaknya , merah2 .. hidung pun tersumbat sikit… kehkehkeh

    Jalan ceritanya bersih, simple dan direct… kecualilah yg tonton tu buta hati! Kagum melihat Lintang menjaga adik2 nya,dgn cabaran buaya melintang lagi dan ke’genius’an Lintang masa pertandingan

    My only fret is that the ending could be much more satisfying … i. e. kalau dapattunjukkan apa jadi kepada ‘malaikat2’ yg lain dan juga kepada sekolah dan cikgu muslihah … that will be nice but perhaps bukan itu target focus filem ni

  2. Heheheh… Aku ingat aku sorang je jantan malaya yang nak nanges nengok citer ni…. Jantan france pun jiwa malaya lagi… Kuikuikui

    Bucu lengan basah sikit? Entahla… Masa aku nengok citer ni, mata aku masuk habuk agaknya. Aku rasa time cikgu mus balik ke sekolah lepas pak harfan meninggal tu. Masa lintang bagi salam terakhir , contact lense aku plak buat hal. Meleleh air idung dibuatnya… Ahahahhahaha

    Jarang cerita aku nengok 2-3 kali… Tapi citer ni worth it. I sukeeee…. 😉

  3. salam, saya juga merupakan salah seorang peminat cerita Laskar Pelangi tapi mungkin saya agak terlambat berbanding kawan2 yang lain kerana saya baru je tengok citer ni di TV- Al Hijrah bulan lepas jam 8.30 malam..Watak2 mereka memang best..5 stars for this movie.. penuh pengajaran, penuh ilmiah , penuh pengalaman…i like it so much…. saya paling suka watak Mahar…You are the best….

  4. salam,saya dari Indonesia.
    Tonton juga film SANG PEMIMPI yang merupakan kisah lanjutan dari LASKAR PELANGI.fyi novel ke 3 yaitu EDENSOR (kisah lanjutan dari SANG PEMIMPI) pun sedang di buat fimnya.salam damai dari Indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s