Laluan alternatif yang bersih


Assalamualaikum

Bila terfikir balik, laluan kurang perhimpunan bersih ni agak kurang strategik. Bila aku nengok balik kat map yang diorang attachkan, ada ke yang mampu nak berjalan dari masjid kampung baru ke istana negara ??? Jauh juga tu. Keluar juga peluh jantan betina di kala terik yang melanda kuala lumpur. Kalau disembur di hadapan bangunan dbkl, yang tak bersalah telah habis separuh kudrat berjalan beriringan. Tapi niat untuk membersihkan spr mengatasi segalanya. Bila semangatnya ada, yang lemah digagahkan juga.

Nak aku nasihatkan kengkawan agar tidak menyertainya, tidaklah aku dapat berbuat apa2. Poll dari the star membuktikan “majoriti” ingin bersuara. 1.2 juta yang sempat mengundi (sebelum dipadam) dari 27 juta rakyat Malaysia. Mungkin gusar angka tu semakin meningkat. Rasanya aku jatuh ke aras minoriti kali ini. Terima sajalah. Tapi golongan minoriti juga berhak untuk bersuara. Mengikut Artikel 10, haknya di tangan aku. Aku aku juga berhak untuk menggunakannya. Cuma mampu mengetuk kekunci keyboard. Pengecut era millenium.

Tapi ada baiknya juga kalu sekali sekala routenya bertukar. Dulu dah buat kat masjid jamek (pilihan utama sejak reformasi, tempat aku jadi pemerhati bebas dulu), masjid negara, dataran merdeka sebagai waypoint. Aku rasa ada baiknya sesekali bertukar area. Sesekali bertukarlah selera. Pemandangan pun baru.

Aku mencadangkan strategik point yang baru. Itupun kalau nak. Memilih kawasan yang padat dan lebih kondusif, aku cadangkan mula di kawasan bukit bintang ataupun jalan imbi. Senang sikit nak berkumpul. Lrt ada, monorel pun ada. Bangunan pun tinggi2 sikit. Jadi kalau aku nak jadi pemerhati, aku bolehlah melepak kat tingkat 10 times square ataupun dari parking lot roof top sg wang plaza. View pun cantik sikit. Boleh melepak kat cafe arab sambil menghirup pengganti barbican.

Ataupun manfaatkan kawasan perniagaan baru kat brickfields yang aku lihat dah semakin meriah. Penyokong boleh gunakan kl sentral sebagi tempat berjumpa. Polis agak sukar untuk menutup kl sentral kerana ianya adalah hub pengangkutan awam.Route nye lebih dekat dengan istana negara. Jadi jalannya akan menjadi lebih pendek dan singkat dan kurangnya tension bila berjalan. Bila banyak berjalan, macam2 perkara yang tak diingini boleh berlaku. Bila dah penat, mamat punk pun boleh disangka fru.

Bila tak bertembung di titik persamaan, ianya boleh mengelakkan “pergaduhan” yang tak diingini. Harapnya jika ada yang ingin meneruskan juga, mengambil cadangan aku ini. Kalau bertemu juga di depan istana, aku rasa tiada yang hendak menunjukkan rasa biadap di hadapan agong. Di Perak adalah pengalaman terpencil dan jarang berlaku. Pengecualian.

Dan aku masih berhadap pemuda umno tidak meneruskan niatnya. Untuk pembangkang dan perkasa, biarlah mereka, kerana aku bukan ahlinya. Kalau wakil rakyat bn kena tangkap dan didenda RM 2001… maka hilanglah lagi kerusi di parlimen yang semakin sedikit. Fikirlah sedikit ke hadapan. Bila parlimen semakin kosong, bak kata jambu… “Apeee pun tak boleh !!!”. Itupun kalau mereka mahu berfikir. Dan kepada menteri di dalam negeri, jika berlaku juga perhimpunan ini, uruskanlah ketua pemuda umno yang tidak mendengar nasihat ini dahulu. Sebagai contoh tidak memilih bulu. Aku suka fikrah dia, namun aku tak menyokong perbuatannya dalam hal ini.

Report dah semakin banyak. Namun iklannya semakin rancak. Perasaan bersemangatnya semakin bersemarak. Yang hendak menjual t-shirt juga habis dipencak. Harapnya semua yang hadir sempat untuk membeli belah di pasar ramadhan jalan tar kelak. Harapnya tiada yang teraniaya makan ketupat dan lemang di pinggir sungai buluh. Dengarnya di situ pun dah semakin sesak.

Aku doakan semoga malaysia selamat semuanya. Rakyat bersatu padu menggerakkan negara. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s