Krisis umur di pertengahan


Assalamualaikum

Bila nengok balik kat birthday kengkawan, tersedarlah aku bahawa umur aku nak cecah 34 tahun ni. Kata orang, life begins at 40. Tapi aku rasa untuk rakyat di Malaysia, umur standart adalah 65-70. Lepas tu, orangnya dah jalan. Untuk yang kebanyakkan. Jadi sesuailah aku katakan bahawa, untuk 34, aku berada dalam krisis umur pertengahan.

Di kala ramai yang beralih kepada parti orang muda, aku masih menyokong parti yang wujud sebelum merdeka. Bila orang menyokong vettel, aku masih dalam bayangan schumacher. Bila orang bersorak untuk nadal, aku sokong federer. Bila kengkawan sibuk citer pasal evo, aku carik suv. Bila yang lain beli but kaler merah hijau, aku masih mencari but kaler hitam klasik.Kalau ikut dari benda2 ni, dalam akal yang gitu2, aku sememangnya dah tua. Rambut pun dah semakin hilang dari pandangan orang.

Tapi dari sudut lain, aku cuba untuk menjadi muda. Sibuk dengan ipad/iphone. Kononnya nak mengikuti trend terkini.pasukan bola carik yang muda macam arsenal dan chelsea, bukan pasukan tua macam mu. Kalau nak nengok wayang aku carik yang 3d. Main game kat wii.

Umur bila dihitung mengikut adat, begitulah. Tapi esok pun boleh nak mati. Macam2 cara. Kena langgar lori. Kena penyakit moden yang namanya aku tak reti.

Bila dah semakin tua ni, dah takde nafsu carik kengkawan yang baru. Cuma maintain je kengkawan yang ada. Memaksimakan hubungan yang ada. Merapatkan hubungan sedara mara. Kamceng dengan jiran tetangga. Sebab bila aku meninggal nnt, harapnya adalah yang nak menguruskan apa yang patut.

Umur dah meningkat, semangat masih muda. Jiwa pun muda lagi. Tapi kenalah pandai mengimbang. Jangan jadi tua kutuk tak sedar diri.

Untuk kengkawan yang seusia, selamat menikmati sisa hidup yang ada. Moga kita sejahtera di sana nanti. Amin.

Advertisements

2 thoughts on “Krisis umur di pertengahan

  1. asm. saya berumur lelakia 40 tahun ni… jujurnya saya mula terasa perubahan emosi… cepat rasa tersisish terasa gagal… ingin kekalkan identiti 40..selalu membandingkan dgn kejayaan rakan rakan yang lain… mula rasa kecewa dgn pencapaian diri sendiri… entahlah..tkasih berkongsi rasa

    • Waalaikumussalam…

      Pada saya, siapa yg “sedar diri” berada di dalam zon krisis, mempunyai fikiran yang selamat… 😉

      Tak payah nak fikirkan sangat orang lain, sebab sedar atau tidak, kita cemburu dengan orang lain, dan mereka juga cemburu dengan hidup yang kita ada…

      Enjoy life…. Walau apa pun nombor pada ic…. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s