Suka bila dipuji


Assalamualaikum

Bile berborak dengan member aku, dia bagi satu pandangan public relations yang aku pun tak terfikir. Tapi katanya juga ada benarnya. Kalau nak pikat hati, selalulah memuji. Itu aku tahu. Bila nak mengorat pun, kalau puji awek tu macam2, last2 cair jugak.

Angkatan pembangkang dah lama gunakan pendekatan ini. Dan sekarang, kalau berborak kat kedai mamak pun, akan terdengar orang kata ayat ini. “Orang Malaysia dah bijak!!!”. Orang yang bijak takkan diperbodohkan. Paling kurang, tidak mudah diperbodohkan.

Bila dah keluar ayat rakyat Malaysia dah bijak, ada yang akan perasan bahawa mereka sebenarnya tidaklah bodoh. Mereka tidak mudah untuk diperbodohkan oleh orang lain.Maka dengan itu, bila rasa bijak, mulalah semua nak melakukan sesuatu yang melambangkan mereka ini bijak.

Tapi kadangkala, perbuatan yang dilakukan tidaklah sebijak mana kerana sebenarnya mereka belum cukup bijak. Hanya terasa bijak bila orang berkata mereka itu bijak. Pening? Banyak sangat perkataan bijak agaknya. Ayat yang aku susun tidak bijak.

Tiada salahnya menjadi orang yang bijak. Tapi salahnya bila merasakan diri sudah bijak, walhal tidaklah sebijak mana pun. Aku suka aje kalau semua warga Malaysia bijak. Bila berkawan dengan penjual minyak wangi, paling kurang aku dapat baunya yang harum. Kalau berkawan dengan orang bijak, paling kurang dapatlah ilmu sekati dua.

Lagipun apa ertinya bijak ini sebenarnya? Adakah sijil bijak dunia? Aku tak tau. Mungkin ada degree atau masters phd melayakkan kita melabel seseorang itu bijak. Itu adalah paras selamat untuk meletakkan tanda bijak seseorang.

Pakatan pembangkang kata rakyat Malaysia sudah bijak. Tapi dalam konteks yang lain, mereka memperjuangkan orang kampung yang katanya masih mudah untuk ditipu. Mungkin orang kampung bukan orang Malaysia. Tidak bijak.

Tidak adil untuk orang bandar melabelkan orang kampung tidak bijak. Mungkin kerana cara hidup mereka kurang ke hadapan, tapi tak semestinya mereka tidak bijak. Adakah bijak itu mengikut kawasan? Kalau begitu, bolehlah melabelkan orang eropah itu bijak, orang di malaysia ini bodoh. Hmmmm… Rasanya ada yang tidak kena di sini.

Tapi kekadang yang ada degree pun setakat ada helaian kertas. Bila buat pemilihan keputusan, nampak sangat tiada pandainya.

Pengalaman aku, jangan dicuba untuk berdebat dengan orang Malaysia. Pendiriannya tidak akan berubah. Walaupun tahu dia salah, dia takkan mengaku. Orang Malaysia ini secara asasnya mempunyai ego yang tinggi. Tak mahu meminta maaf atau mengaku kesalahan. Mungkin kerana cara mereka dibesarkan. Walaupun ada rakyat tidak bijak, puji sahajalah mereka bijak. Mereka akan suka. Senyum sampai telinga.

Kalau tak tergamak nak puji kerana takut dia rasa diperli, pujilah anaknya atau adiknya mahupun ayahnya. Mereka akan suka juga. Tempiasnya tetap ada.

Angkatan pemerintah kenalah kreatif dalam mengambil hati. Puji lebih sikit. Tapi cariklah idea lain. Kalau dicedok idea, tidaklah original.

Pro kerajaan kata pro pembangkang bodoh. Pro pembangkang kata pro kerajaan bodoh. Yang betulnya dua2 tak bijak. Macam mana nak ajak masuk kelab kalau korang asyik label pihak yang lagi satu bodoh??? Cubalah memuji. Mungkin juga termakan umpan di bibir itu.

Bila orang lain asyik memuji anda bijak, ambillah sedikit masa, fikirkan samada mereka itu memuji ataupun memerli.

Kita semua suka dipuji, tak suka dikeji. Lumrah hidup.

Biarkan mereka bernafas…


Assalamualaikum

Sekarang ni banyak juga cerita yang panas tentang syarikat2 kat Malaysia ni. Seperti biasa, banyaklah komplen yang dilemparkan pada mereka. Apa salahnya berbangga dengan syarikat negara sendiri yang maju? Biarlah mereka kaya. Di Malaysia ini, siapa yang berusaha boleh jadi kaya. Itu yang aku tahu.

Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar penswastaan di Malaysia. Daripada kerajaan mengambil peranan aktif, kini mereka mengambil langkah mudah. Hanya memungut cukai. Infra dan struktur diberi kepada rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan berkebolehan untuk memperkembangkan apa yang mereka tahu.

Tak perlu menambah orang kerajaan. Tak perlu skim pencen. Tak perlu keluarkan modal.

Mereka yang kreatif mahu ke hadapan dan memajukan Malaysia, tapi “dihalang” oleh birokrasi kerajaan. Contohnya petronas, astro, plus, proton, celcom dan airasia. Boleh aku katakan mereka ini adalah pemain baru yang hebat dalam ekonomi terbuka dunia. Pada mulanya, tidak dinafikan mereka dipimpin dan ditatih oleh kerajaan. Kini bila dah dewasa, mereka pula memimpin tangan.

Tak salah rasanya untuk membalas jasa mereka yang telah membesarkan. Sama juga setianya mereka seperti korang setia pada ibu dan bapa. Pada aku tiada salahnya. Tapi adalah salah jika membiarkan ibubapa di rumah orang tua dan memegang tangan ibubapa angkat, itu tidak sepatutnya terjadi. Pendapat aku sahajalah. Rasanya ada betulnya.

Biarlah mereka bernafas. Kenapa perlu dikongkong mereka? Adakah kita cemburu dengan kekayaan warga malaysia yang lain? Tension kerana mereka sudah kaya? Tak bolehkah kita turut rasa gembira? Turut merasa bangga?

PETRONAS

Ini syarikat yang paling diingini oleh rakyat malaysia yang inginkan kekayaan segera. Tak ramai yang tahu susah payah mereka membangunkan sektor petroliam ini. Di saat mereka mencari pasaran di dunia yang terbuka, tiada yang mahu memberikan kepercayaan kepada mereka. Almaklumlah, yang bekerjanya adalah orang berkulit campuran ali tan dan muthu dari sebuah negara ceruk yang bernama malaysia.

Dalam keadaan yang tak disangka, negara yang membuka jalan adalah vietnam. Negara yang dikatakan pro komunis. Dan bila mengorak langkah, rakyat malaysia membuktikan bahawa mereka tidak akan menoleh ke belakang lagi. Malah kini, perolehan mereka melebihi gnp melebihi negeri2 di malaysia. Cukai yang dibayar membolehkan malaysia bernafas lega. Sekurang2nya sehingga habis sumbernya.

Kenapa hendak dicuit syarikat ini? Biarlah mereka bernafas. Biarlah mereka lakukan apa yang mereka mahu. Kalau mahu ditampal sticker di belakang kereta schumacher, biarkanlah. Cara mereka. Duit mereka.

Mereka berada di landasan yang betul. Jangan diganggu penasihatnya. Dah betul dah jalan mereka. Di jalan yang lurus. Jika ada masalah royalti, jangan diheret mereka sama. Biar mereka melakukan tugas mereka, kaya dengan cara mereka, dan mereka membayar cukai dan bonus tiap tahun dengan cara yang telus. Sudah.

ASTRO

Ada sahabat aku dari Johor yang menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan astro yang mengenakan bayaran tambahan baru2 ini. Aku menyatakan hujah bahawa astro ini adalah satu kehendak, bukan satu keperluan. Dia membalas balik bahawa hanya dengan astro sahaja dia akan dapat siaran yang jelas siaran tv percuma seperti tv1, tv3 etc. Maka dengan astro menaikkan harga, maka golongan rakyat biasa yang “terpaksa” melanggan astro akan terasa bebannya.

Hujah aku pula, ia masih kehendak, bukan keperluan. Jika siaran itu menjadi tidak selancar yang diingini, maka penduduk setempat buatlah rungutan kepada menteri yang berkaitan. Suruh mereka meletakkan pemancar yang lebih banyak di kawasan itu contohnya. Atau menguatkan pemancar yang sedia ada.

Itu adalah tanggungjawab kementerian. Malah, jika diutarakan di ruangan yang betul, maka akan dapatlah apa yang dimahu. Kerana bila dah dekat dengan pilihanraya, tentunya kerajaan mahu menyalurkan “propaganda” mereka dengan cara yang lebih berkesan kepada bakal pengundi. Mintalah. Usahakanlah.

Jangan disalahkan astro. Mereka juga bukannya memonopoli. Ada 2-3 syarikat yang aku tahu telah diberikan lesen dan kemudiannya “bungkus” kerana tak cukup subscriber. Malah sekarang, kalau ambil unifi, internet dapat, tv pun dapat. Dari cerita sedara aku yang dah pakai unifi, taliannya hebat. Takde lag. Cubalah kalau mahu.

Tapi rasanya kebanyakkan yang subscribe pun bukan mahu tengok tv percuma sangat. Lebih terjurus nak tengok astro ria dengan akademi fantasianya. Nak tengok imam muda. Nak ketawa berdekah2 sekeluarga dalam maharaja lawak.

Biarlah astro tu kaya. Ramai rakyat malaysia yang bekerja di sana. Kalau banyak sangat larangan dan sekatan, bagaimana mereka nak melangkah ke hadapan? Mahu ditutupkah astro dan dibawa masuk kroni rupert murdoch ke malaysia semata2 mahukan perkhidmatan yang lebih murah? Biarlah mereka. Mereka juga adalah rakyat malaysia. Pemiliknya. Pekerjanya. Kalau dapat bonus 12 bulan, boleh aku minta ipar dan biras aku belanja secawan teh kalau dia mahu. Khabarnya dia juga bekerja di sana.

Tiada untung, tiada bonus, tiada teh percuma. Perkiraan matematik kehidupan yang mudah.

PLUS, PROTON, AirAsia

Sama juga konsepnya. Tak perlu diulas lanjut. Bosan kalau nak baca. Nak aku bukanlah org yang layak nak bagi komen.

Kalau Plus nak naikkan harga tol, biarkan. Lalulah jalan alternatif. Suruh wakil rakyat masing2 baiki jalan.

Kalau proton nak naikkan harga kereta, biarkan. Naiklah pengangkutan awam. Suruh menteri upgradekan pengangkutan awam yang ada.

Kalau airasia taknak kasi jambatan terapung, dan penumpang nak jugak naik jambatan, naiklah mas. Bayar sahajalah duit tambahan.

Jangan kerana orang tertentu “highlight” syarikat yang tertentu, kita ni turut sama nak belasah syarikat2 tersebut. Berfikir sebelum nak bertindak. Jangan hanya nak komplen dan perli tanpa membayangkan gambaran yang lebih besar dari apa yang cuba diutarakan.

Fikirkan siapa yang bekerja di syarikat2 tersebut.
Fikirkan peluang pekerjaan professional yang diwujudkan untuk warga malaysia.
Fikirkan teknologi baru dari ali tan dan muthu
Fikirlah, tidak berbanggakah kita nama malaysia harum di peringkat antarabangsa?

Tahu apa yang dikehendakkan.
Tahu apa yang perlu dilakukan.
Tahu apa siapa yang dipertanggungjawabkan.

Kalau nak kaya, usaha.
Kalau tak puas hati, buka syarikat sendiri.

Di Malaysia yang aku tahu, setiap rakyat boleh kaya jika mereka mahu. Tak percaya? Tanya Tony Fernandes. Dan belajarlah dari kepayahan yang terpaksa dia harungi sebelum boleh bertukar menjadi raksasa merah dunia.

Tapi pendapat aku berbeza untuk syarikat seperti carlsberg. Tapi itu topik yang lain. Namanya sahaja tidak melambangkan malaysia.

Biarlah mereka bernafas. Bumi ini luas. Janganlah disesakkan udara. Jadilah warga yang bijak. Kalau beli baju di pasar malam, janganlah nak kualitinya setanding butik di bukit bintang. Ukur baju badan sendiri.

Jangan ada hasad dengki. Kerana di hujung perjalanan, kita akan dihitung dari zarah ke zarah. Tanpa kompromi.

Benda kecik boleh settle…


Assalamualaikum

Aku dapat idea ni lepas solat jumaat tadi. Ini tentang hal yang kecik2 sampaikan kita nengok pun takde rasa apa2 sebab dah biasa. Sekurang2nya untuk aku.

Selipar kat masjid

Aku agak annoyed bila aku parking selipar aku elok2 kat luar masjid, lepas tu datang orang yang lambat, selamba aje nak pijak2 selipar orang lain. Selipar tu kepunyaan orang. Kalau nak pijak, mintak izin lah. Yang lebih elok, tak payah la nak pijak !!! Kalau terpaksa pijak tanah pun, bukannya najis. Pergila basuh pasir tu kat tempat yang sepatutnya. Kepada yang membaca, lenkali jgn pijak2 selipar orang kat masjid ye. Carik jalan alternatif untuk masuk ke masjid.

Penyelesaian dia aku dah jumpa kat masjid shah alam. Cukup tempat parking selipar. Bagus. Bukan ke Islam mengajar umatnya supaya buat sesuatu dalam keadaan yang tertib dan teratur?

Buang air kat petrol pump

Ni aku konfiden ramai yang buat. Bila perut dah meragam untuk mengeluarkan yang kecik ataupun yang besar, toilet yang paling mudah adalah petrol pump. Lepas parking, terus menuju ke toilet melepaskan hajat. Perggghhhh… Leganya. Lepas melabur, start kereta pas tu teruskan perjalanan.

Tunjuklah gesture yang baik. Belilah air ke, gula2 ke kat kedai kat petrol pump tu. Bukannya wajib. Tapi tanda berterima kasih je. Yang bersihkan toilet tu hendak dibayar gajinya. Air yang diguna juga tidaklah percuma. Kalau tandas tu rosak, kena ada juga modalnya untuk baikinya.

Belilah buah tangan sikit. Kalau banyak pun takpe. Korang jugak yang melantak apa yang korang beli. Tapi untuk RnR, bolehlah digunakan secara percuma. Kita dah bayar masa bayar tol tu… Pendapat aku aje laaa..

Panggil waiter kat kedai mamak

Ada yang bersiul, “bersuwit” bila nak panggil mamak amik order. Ni sangat biasa tapi boleh dibaiki. Kekadang ni waiter2 yang ada jalan laju tah nak ke mana tah. Amik order dia, hantar order dia, kira pun dia. Serba boleh.

Tapi panggillah diorang tu dengan nama yang baik. Aku panggil abang walaupun aku tau dia bukan abang aku. Adam advanced… Dia panggil anney, mana dia dapat pun aku tak tau. Macha, thamby… Korang pilih aje la.

Bila nak panggil orang, panggillah dengan elok. Bila hati dia senang, buat kerja pun ikhlas la sikit.

Saja je nak berkongsi. Aku yakin kita boleh jadi manusia yang lebih baik. Semua ada potensi… 😉

Penjelasan Pendirian Mengenai Bersih


Assalamualaikum

Dah selesailah acara bersih yang dilangsungkan. Aku juga dah bagi laporan minit dalam post aku yang lepas. Pada pandangan aku je la… Ada juga yang agak tidak berpuas hati dengan komen2 aku kat fb. Ada juga yang menyokong.

Sebenarnya aku tidaklah membangkang apa yang bersih cuba utarakan. Ada juga kebenarannya. Cuma aku tidak berpuas hati dengan cara segelintir masyarakat mengambil jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah itu. Dan aku tetap dengan pendirian, aku menentang segala bentuk demonstrasi jalanan.

Tiada siapa suka negara yang korup. Tiada siapa yang mahu pemimpin yang dipilih secara tidak adil. Jika mahu memperbetulkan spr, atau mana2 pun agensi kerajaan atau swasta, caranya kena betul. Caranya kena berhemah. Caranya kena menandakan bahawa kita ini orang yang bertamadun. Berakal. Berilmu. Orang Malaysia.

Apa salahnya “menghenyak” spr di laman web ataupun pejabat mereka? Buat sidang media. Pada masa yang sama, jika anda adil dan berfikiran terbuka, biar spr juga menjelaskan keadaan. Mereka juga terdedah kepada human error. Aku pun sama. Korang pun begitu juga. Kalau aku melepak kat pejabat korang, maka banyaklah kelemahan yang aku boleh jumpa. Aku jamin. Vice versa.

Untuk membersihkan daftar pemilih, aku alami sendiri perkara ni. Rakyat kita ni selalunya mengambil mudah sesuatu perkara. Ketahuilah bahawa spr tak boleh menambah atau melupuskan nama tanpa kebenaran rakyat. Kalau dipaksa mengundi juga adalah satu kesalahan. Walaupun ibubapa aku dah meninggal, aku rasa dalam lapan orang adik beradik aku, takde sorang pun yang melaporkan kepada spr untuk memadam nama mereka di daftar pengundi.

Sekarang ni, mungkin mudah sebab ada online dengan jpn. Kelahiran dan kematian.Tapi untuk yang terdahulu, rakyat sendiri yang seharusnya bertanggungjawab untuk mendaftarkan kematian mereka. Spr boleh memadam nama mereka dengan bukti. Mudah. Sangat mudah.

Dan aku memberikan tips sedikit. Kalau sesiapa yang saudaranya ada akaun asb… Kalau declare mereka dah meninggal, boleh dapat duit khairat kematian. Dalam seribu lebih juga rasanya. Haaa… Lenkali bgtau kat kengkawan yang lain ye. Kalau pasal ada imbuhan duit ni, ramai yang sanggup jadi runner untuk sedikit upah. Tapi kenalah bawa bukti yang sah.

Kalau anda rajin, bolehlah buatkan inspection kat keluarga sendiri. Tolong daftar, tolong keluarkan dari daftar. Sebenarmya ia bersifat tanggungjawab warganegara. Kalau semua orang mengambil bahagian, maka kemusykilan boleh diberi kepada spr, jika ada. Mereka boleh membuat tindakan ad hoc untuk mengatasi masalah itu. Dengan syarat, bawakan buktinya. Mudah sahaja. Aku jamin, spr akan melayan tuntutan yang sah dari anda.

Kenapa perlu berjalan di kuala lumpur? Adakah ia menyelesaikan masalah?

Pasal satu alamat, berpuluh penghuni, aku duduk di bandar terancang. Itu tak terjadi. Tapi pernah aku minta alamat pekerja aku di masjid tanah, alamatnya ialah “Kedai Hadapan Pejabat Pos Masjid Tanah…”. Aku call dia untuk pengesahan alamat. Takde nombor ke? Takkan alamat depan pejabat pos aje? Dia kata selama ni takde masalah. Surat pun selama ni sampai ajeee. Aku pun cuba. Dan ternyata dia terima surat itu. Bila jumpa dia, katanya semua rumah belakang pejabat pos masjid tanah menggunakan metod yang sama. Ini pada aku perlu diubah. Ianya mudah kerana terletak tidak jauh dari bandar. Tapi di kawasan pendalaman, di hutan, ianya agak susah. Dan jika hendak mengubah, bukan aku atau korang. Tetapi masyarakat di tempat itu. Nampak simple, tapi agak susah. Tak percaya, korang try la pujuk pakcik2 tu. Tak mahu bertukar kerana mereka dah selesa.

Kalau diubah pun, tak semestinya semua undi itu beralih ke pihak pembangkang yang ada sekarang. Bila bercakap, seolah2 semua undi yang diperbetulkan adalah milik mereka. Kalaulah pemerintah sekarang menang lagi, adakah slogan bersihkan rasuah pula? Nak berarak lagi? Sheissshhhh….

Pasal dakwat tu, pada aku nonsense je. Apa punya tamadun nak tag2 orang pakai dakwat? Apa ingat masuk disko ke?

Kad pengenalan kan ada. Dan spr kata diorang nak perkenalkan sistem biometrik. Langkah yang bagus. Tetapi yang merisaukan aku ialah efektifnya sistem ini di hari mengundi. Ia belum pernah diuji secara prektikel. Akan ada yang kadnya tidak boleh dibaca. Cipnya mungkin rosak ( lihat sahajalah berapa ramai yang menukar ic setiap tahun ). Ataupun akan berlakunya sistem down secara total. Dan ramailah yang akan mengamuk jika tidak dibenarkan mengundi kerana tiada identiti pengenalan yang sah. Pada aku, seharusnya spr mencuba metod ini pada pilihanraya kecil yang lepas. Dan merujuk kepada time limitation, tiada lagi pilihanraya kecil yang boleh diuji dengan biometrik ini. Harapnya spr dapat mengendalikan benda baru ini dengan sempurna. Aku doakan moga mereka diberikan kekuatan.

Aku pun ada sedikit je pengetahuan tentang spr ni. Takde kawan2 yang aku tahu bekerja di sana. Tapi aku tegaskan aku tak suka dengan cara segelintir orang menyelesaikan ketidakpuashatian mereka dengan cara berdemonstrasi di jalanan. Kerana ia akan pastinya berjangkit. Selepas ini apa pula??? Sprm …JPN…Kementerian Kesihatan.. Jpj… Imigresen… Banyak isu yang boleh dikaitkan dengan agensi2 ini.

Yang tidak elok mesti diperbaiki. Yang penting, caranya. Aku ulangi… CARA menangani masalah ini. Jangan heret yang tak berkenaan untuk perkara seperti ini. Dan aku agak marah bila ada yang membawa anak berusia lima tahun untuk hadir ke perhimpunan haram tanpa permit itu. (Dengan izin) Takde akai punya orang.

Selama ini kita hidup aman sejahtera. Sistem2 yang ada pun semakin lama semakin baik, secara gradual. Bersabarlah. Masing2 ada cara dan fikiran mereka sendiri. Apa korang ingat pekerja spr taknak ke kerja senang, update je info daftar pengundi kat jpn? Tapi secara prektikelnya, ia tak semudah yang difikirkan. Akta juga ada peranannya. Mereka hanya melakukan kerja mereka.tertakluk kepada undang2 sedia ada.

Anda juga seharusnya menerima human error dalam dunia serba canggih ni. Kita sendiri perlu mengubahnya kalau kita hendakkan negara yang lebih baik.

Ajaklah keluarga dan jiran tetangga, kawan office mahupun kawan fb untuk daftar mengundi. Kemudian pastikan nama mereka ada dalam senarai. Jika semua orang bertanggungjawab, maka masalah ini boleh diselesaikan. Yang pastinya bukan di jalanan.

Dengar kata ada pula versi 3.0. Sudah2lah tu. Ramai yang kata golongan macam aku ni diperalatkan kerajaan. Aku kata, korang yang menyertainya juga menjadi alat pihak pembangkang.

Dah dikatakan jangan menyertai, jangan masuk ke kuala lumpur untuk perhimpunan ini, tapi datang juga. Bila ada kematian dan kecederaan, mahu salahkan polis. Bak kata kawan aku masa kat kolej dulu, takkan nak polis baling cekelat hacks pulak ??? Dalam sungguh maksud dia.

Ada juga yang bagi link untuk lihatkan bagaimana demonstrasi di london dan australia untuk tatapan. Dan apa yang aku lihat, mereka memprotes dalam confinement yang disediakan. Bukankah PM dah kata boleh buat di stadium. Jika tidak di stadium merdeka, stadium malawati kan ada? Bukankah polis sudah menyatakan bahawa mereka sedia untuk memberikan permit segera yang istimewa? Kenapa tak mahu?

Jelas sangat maksudnya untuk memprovokasi polis dan fru. Dan bila sudah “kena”, mahu gembeng. Bila dan cedera, baru mahu beli plaster.

Jika buat di shah alam, apabila dibuat liputan oleh media asing, ia akan dirujuk sebagai “demonstration at the outskirt of kuala lumpur”… Maka efeknya tidaklah sehebat tajuk “demonstration in kuala lumpur, capital of Malaysia”. Ada bezanya. Satu kurang impak. Pilihlah. Anda boleh membuat pilihan. Sengaja membuat onar memburukkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi. Sebenarnya beramai2 meludah ke langit. Lihatlah kahak siapa yang jatuh di atas kepala.

Tentang permit bersih yang dinafikan, aku faham tindakan polis. Ia adalah pertubuhan yang tidak berdaftar. Hanya sekadar nama gabungan. Maka ia seharusnya ditolak. Gunalah nama persatuan lain yang ada. Yang telah didaftarkan dengan ros. Apa yang susahnya? Mengapa perlu provokasi? Siapakah yang gemar melakukan provokasi ini? Kalau melakukan kesalahan memberi permit yang tidak wajar, akan disaman oleh patriot pula…!!! Maka lakukanlah sesuatu mengikut undang2 yang ada.

Adakah telah habis caranya untuk berbincang dan memperbetulkan keadaan? Tidak adakah gunanya kerusi meja teh dan karipap untuk memperbaiki kelemahan? Sekali lagi aku jelaskan, aku menentang demonstrasi di jalanan.

Tiada kekejaman yang dilakukan polis. Amaran telah diberikan. Malah nak masuk ke kuala lumpur juga sekatan jalan telah dilakukan. Bahagian mana yang mereka tidak faham, aku tidaklah mengetahuinya. Ignoratia juris neminem excusat.

Banyak aku nengok video kekejaman polis. Kesimpulan aku mudah. Kalau tak datang, tak kena. Aku yang duduk kat jusco cheras selatan sabtu lepas, tiadalah disepak terajang polis. Dijeling pun tidak. Kerana aku tak melakukan apa2 kesalahan. Mudah.

Dan gambar kebaikan polis, amatlah kurang publisitinya. Mungkin terlampau kejam sehingga tak sanggup di kongsi ramai.

Aku lihat dah ada yang saman polis, nak saman menteri, kalau ada bau2 bacang pun nak saman. Gembeng. Untuk kali entah ke berapa aku nak ulang, kalau tak datang, tak kena !!!!

Aku dah lemau nak post banyak kali benda ni. Jadi harapnya inilah yang terakhir. Harapnya tiadalah lagi kemungkaran jalanan akan berlaku. Jadilah orang yang beradab. Pakcik depan sogo pun tahu itu adalah tindakan biadap.

Bila bukan Islam quote hadis…


Assalamualaikum

Dah banyak kali dah timbul isu ni. Malah ada juga orang yang bukan Islam quoting Al Quran dalam ucapan2 mereka. Ramai juga yang agak marah2 dengan isu ni. Katanya, yang mengemukakan hujah2 ini, seolah2 mempersendakan agama. Dan semalam, timbul lagi satu isu di selangor, di mana seorang adun diarah keluar dewan kerana mempertikaikan seorang adun berbangsa cina yang agamanya bukan Islam yang hendak menggunakan hadis sebagai hujah dalam ucapannya.

Tolong ambil nota bahawa aku bukanlah seorang ahli agama. Aku bukannya pakar. Cuma aku nak gunakan pengetahuan yang aku ada, ditambah dengan logik akal untuk menjawab isu ini.

AlQuran adalah wahyu Allah. Hadis pula adalah kata2 Muhammad Rasulullah. Itu adalah asasnya walau masih ada pecahan yang lain. Buat masa ni, aku mudahkan perbincangan.

Alquran dan hadis adalah milik seluruh manusia. Bukan eksklusif untuk umat Islam sahaja. Sesiapa sahaja boleh membacanya. Sesiapa juga boleh mendengar orang lain membacanya. Ia adalah mukjizat Allah kepada Muhammad untuk disampaikan kepada seluruh manusia.

Jadi pada aku, tiada salahnya sesiapapun untuk quote quran atau hadis. Kerana kata2 Allah dan Rasul pastinya benar, tiada yang lebih benar melainkan kebenaran yang nyata. Kenapa perlu melarang yang bukan Islam quote?

Tetapi yang agak merisaukan aku ialah bilamana mereka quote dengan memberikan traslation sahaja. Bahkan, ramai yang quote ayat2 kat fb tanpa memberikan ayat sebenar dalam bahasa arab. Ini boleh dilihat jelas setiap hari.

Malah, apabila penerangan terjemahan, yang selalunya diterangkan dalam kurungan… Ie (…), digunakan sebagai hujah tanpa kajian yang mendalam, ia boleh mendatangkan kekeliruan.

Diturunkan dalam bahasa arab bersebab. Halusnya bahasa. Dan di dalamnya ada rahsia. Allah memilih bahasa arab berbanding hebrew untuk kitab terakhirnya, tentulah ada sebabnya. Malah ramai scholar menyatakan bahawa bahasa arab adalah bahasa yang terbaik di dunia, baik segi bahasa dan nahunya.

Bila ditulis dalam bahasa lain, tujuannya adalah untuk memudahkan manusia yang tidak fasih dalam bahasa arab. Bukan untuk menggantikan ayat al quran. Mungkin inilah yang dirunsingkan oleh abu bakar ketika diminta umat untuk membukukan alquran.

Malah ada juga yang terikut2 dengan gaya bible untuk memperjelaskan nama. Contohnya Abraham,Moses… Yang mana untuk ini aku tidak bersetuju. Di dalam alquran telah dinyatakan dengan jelas bagaimana untuk menyebut nama nabi2 ini. Bukan sukar untuk menyebut Ibrahim dan Musa. Mengapa perlu terikut2??? Banggalah dengan bahasa asalnya. Menyebut dengan fasih juga ada pahalanya.

Dan aku melihat trend sekarang, ramai juga yang quote ayat alquran sebegini… (2:3 )… Secara kasarnya merujuk kepada juzuk dan ayat. Ia memudahkan. Tidak dinafikan. Tetapi sudah hilang seninya berbanding contoh Surah Al Baqarah, Ayat 3. Bila seninya tiada, apalah erti manusia.

Jadi, aku mencadangkan, adalah lebih baik kalau hendak quote, sertakan dahulu ayat asalnya di dalam bahasa alquran. Bahasa arab asal. Secara logiknya, kita mendapat pahala dengan membaca alquran itu. Bukannya terjemahannya. Terjemahannya hanyalah untuk memudahkan pemahaman. Pendapat aku sahaja.

Tidak tahulah untuk hadis. Kerana ada juga di dalam blog ulama’ yang terus memberikan terjemahan hadis, tanpa memberikan nasnya di dalam bahasa arab. Ini aku tidak tahu. Mungkin boleh disuluhkan ilmu kepada aku yang kayu.

Jadi kesimpulan aku, tiada masalah untuk aku jika cina,india,kadazan,murut yang bukan islam agamanya untuk quote hadis atau quran. Cuma bila nak quote, hafal dan fahamilah ia dalam bahasa asalnya iaitu bahasa arab. Ia boleh menyelamatkan dari tohmahan ataupun tuduhan mempersendakan Islam, yang mana, isu ini amat sensitif pada masyarakat Islam.

Kalau tidak kenal alquran, manalah mereka hendak dekat dekat islam??? Kerana islam itu indah. Namun bila melihat akhlak dan perlakuan umat islam, tiadalah ia memperlihatkan kehebatan islam yang sebenar.

Jika aku salah, minta diperbetulkan. Dan Allah itu sifatNya Maha Mengetahui.

Piala Demokrasi 2011…


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke laporan tertunda Piala Demokrasi 2011 di antara Bersih melawan Pilihan Malaya XI. Piala ini merebut tempat ke parlimen Malaysia yang dijadualkan tahun hadapan. Selama berminggu2 kita nantikan perlawanan ini dan pertikaman lidah antara jurulatih kedua2 pasukan menjadikan perlawanan ini amat hangat.

1″
Ambiga melakukan sepak mula. Bola dihantar kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan. Seluruh Malaysia bersorak.

2″
Perkasa melakukan terjahan kasar terhadap bersih. Pemuda UMNO datang dan campur tangan. Berlaku pergaduhan lisan antara kedua2 pasukan. Pengadil perlawanan, Hishamudin mengeluarkan kad kuning pertama untuk semua.

5″
Perkasa melakukan sepakan lencong jauh menuju sasaran gol. Ibrahim cuba menenangkan dengan menyuruh penyokong membeli makanan untuk ditonton sepanjang perlawanan ini. Penonton marah dan mahukan permainan ini diteruskan. Mereka datang stadium bukan untuk makan.Bersih membantah provokasi Perkasa. Perlawanan diteruskan.

8″
Khairy, Anwar dan Nik Aziz minta ditukarkan untuk sementara. Mahu ke Palestin,London dan Mekah. Pemain gantian dibawa masuk. Rakyat mendoakan mereka selamat kembali ke stadium.

12″
Permainan bertambah rancak. Lorongan bola yang cantik oleh Perkasa. Namun dibentes oleh Bersih. Pengadil berang dengan perangai pemain. Kad kuning kedua dilayangkan !!! Pemain dibuang padang !!! Oh tidak !!! Pengadil mungkin terlupa tentang peraturan dua kad kuning = kad merah. Pemain harus lebih berhati2 sebelum pengadil sedar.

18″
Di luar padang, kami mendapat maklumat di Pulau Pinang, penyokong pasukan Pilihan Malaya XI menyatakan protes di pulau pinang. Guan Eng agak marah dengan situasi di luar stadium ini. Polis diminta untuk menyuraikan keadaan. Penyokong Pilihan Malaya XI melaungkan kebebasan untuk bermain bola di atas jambatan dijamin perlembagaan. Namun tidak diendahkan. Mereka diarah untuk main winning eleven di rumah sahaja. Double standart.

25″
Berlaku pertengkaran antara kedua2 pihak. Tak tahu pula apa sebabnya. Ambiga berkeras mahu perlawanan diteruskan. Patriot dan Perkasa meyatakan jika bola dilontar ke dalam padang, mereka akan meneruskan permainan. Lontaran ke dalam dilakukan ke tengah padang oleh bersih.

32″
Oh Sayang sekali !!! Bola yang dirembat melepasi palang. Patriot diberi amaran kerana menyepak bola selepas wisel ditiup. Semua protes !!! Kad kuning ketiga dilayangkan kerana membantah keputusan pengadil, namun semua pemain masih berada di dalam padang. Peraturan baru ini wajib diteliti oleh FIFA

45+2″
Separuh masa pertama tamat. Pemain mengadap Agong yang memberi amaran supaya tidak melakukan foul play. Arahan dan amaran dikeluarkan secara live di seluruh Malaysia.

46″
Perlawanan disambung semula. Pilihan Malaya XI menjangkakan permainan akan lebih tertutup. Namun jangkaan meleset. Bersih terus ingin bermain dalam posisi terbuka.

58″
Polis telah mula mengepung barisan penyerang dari kedua2 pasukan. Trak fru diletakkan di hadapan pintu gol. Pemain tidak mampu mencipta gerakan melepasi garisan midfield. Permainan semakin membosankan.

65″
Dengan bantuan video dan pengadil keempat… Sejarah tercipta !!! 66 pemain dilarang untuk memasuki padang!!!

70″
Khairy terperanjat, setibanya di stadium, dia mendapat arahan tidak dibenarkan masuk padang. Satu sidang akhbar akan diadakan.
Anwar pula menyatakan dia ada cara untuk menyelinap masuk ke padang.

75″
Penyokong mula merusuh masuk ke padang. Yang berbaju merah di penjuru bukit bintang, berbaju kuning di sebelah kiri padang, di hadapan stesyen KTMB dan menara Maybank. Anwar dan Ambiga pula masuk melalui penjuru hotel Hilton. Cubaan serangan pantas dilakukan. Namun kekebalan pertahanan fru menidakkan peluang mereka untuk mara menjaringkan gol.

78″
Khairy, Hadi Awang, Ambiga dibuang padang !!!! Akhirnya…Kad merah pertama untuk 10 pemain sekaligus. Mereka terpaksa diiringi fru untuk meninggalkan stadium ke bilik persalinan. Penyokong mula resah dan marah2.

79″
Anwar cedera parah dan terbaring ditengah padang. Seperti berlakunya terjahan keras. Namun tiada dapat melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Kamera pula sedang difokus ke arah lain. Setelah bangun dari cedera dan memberikan komen kepada Reuters, dia tiba2 rebah dan kelihatan semakin parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital pantai. Anwar turut bertanyakan mengapa dia tidak dibuang padang. Pengadil kata, kalau nak tahu sebabnya, jumpa dia selepas perlawanan.

81″
FRU membentes dengan senapang air dan bom asap. Ramai pemain bersih dan patriot tersembam ke tanah. Perkasa tidak kelihatan. Dengar khabarnya masih berjalan2 di Titiwangsa lebih baik dari datang ke stadium yang semakin huru hara. 1400 orang penyokong diarah keluar padang. Ramai digari dan diarah menaiki stretcher black maria ke luar stadium.

83″
Polis bertindak kejam dengan menyediakan khemah kahwin tanpa karaoke dan live band untuk penyokong kedua2 pasukan di pusat latihan polis. Beriyani telah digam pada mulut penyokong. Mereka dipaksa untuk memakan nasi dilumuri minyak. Ayam telah dibunuh dengan kejam untuk disodok di mulut penyokong. Mereka juga dipaksa untuk minum air sirap dan diambil gambar kononnya mulut mereka penuh darah. Mereka juga dinafikan untuk beribadah di masjid dan hanya disediakan khemah untuk solat. Tiada hospital bercop pantai disediakan, hanyalah katil lipat yang diberi untuk penyokong yang ditindas. Malah jururawat disediakan tidak memakai baju putih bersih.Tindakan polis amat kejam. Ramai yang mengutuk tindakan ganas polis ini.

85″
Perlawanan diteruskan. Namun kekebalan pertahanan fru masih belum boleh dipatahkan. Kedua2 pasukan masih buntu mencari gol. Kesemua striker telah dibuang padang. Perlawanan ini semakin membosankan.

88″
Para pemain menunjukkan tanda protes dengan berjalan meninggalkan stadium. Perlawanan masih berbaki 2″ !!! Tapi pemain2 dan penyokong mula meninggalkan stadium. Yang tinggal hanyalah barisan pemain pertahanan untuk bersedia sekiranya ada counter attack di hujung perlawanan.

90″
Masa sebenar telah tamat. Menunggu masa wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

90 + 4″
Dan perlawanan tamat. Keputusannya 0-0. Walaupun begitu, kedua-dua pasukan menyatakan mereka telah menang secara moral. Secara realitinya tiada jaringan dapat dilakukan.

Ya…begitulah siaran tertunda perlawanan. Semoga berjumpa di lain siaran. Bos saya minta saya berkejaran untuk update kekejaman polis tadi. Bersih 0 – Pilihan Malaya 0. Salam hormat. Moga kita berjumpa lagi di Final Piala Pilihanraya ke 13 yang belum dikeluarkan jadualnya lagi.

Jumpa lagi. Babaaaaaiiiiii….

Kena siram…


Assalamualaikum

Ada sesiapa pernah kena siram dengan fru? Apa rasa? Dengar kata ada pedih2 sikit… Ada gatal2 sebab katanya fru ada taruk kemikel untuk kasi efek kat air tu. Bom asap pun sama juga katanya. Kalau tak, takkan khairy kena tangkap masa tengah gosok mata (katanya).

Aku pun ada pengalaman kena siram ni. Banyak kali dah. Masa kenduri kawin la selalunya. Adat budaya famili aku. Minggu lepas pun ada juga. Cuma yang selalu digunakan ialah air sirap orang kawen, air bekas orang basuh tangan, dan air paip kosong. Yang ni takdela rasa apa2. Cuma kanak2 akan lebih gembiranya. Yang melihat pun akan tersenyum tawa.

Bila dah tenang… Mungkin boleh buat pesta air Malaysia… Syok wooooo… Akau rasa kengkawan aku yang datang masa majlis resepsi aku masih ingat benda ni. Aku rasa diorang pun terhibur… 😉

Life is too short to be unhappy…