Penyelarasan Perhimpunan


Assalamualaikum

Bila dah “tak jadi” perhimpunan bersih ni, secara psikologinya, kemenangan kepada pro kerajaan. Itu adalah fakta. Tapi luarannya pula, bersih ini seakan diterima kerana Ambiga telah diterima untuk menghadap Agong walaupun dia bukanlah sapa2 pun (dari sudut pemerintah berportfolio ).

Dengar kata bahawa perhimpunan ini akan dikecikkan skopnya, dari jalan raya sekitar kuala lumpur, ke satu premis yang tertutup. Khabarnya di stadium tempat laungan merdeka. Ada juga simboliknya. Tetapi secara logistik, lokasi itu tidak dapat diterima akal yang logik. Tempatnya kecik. Mungkin mudah untuk parking kat tanah kosong pudu jail dan membeli belah sesudah acara di petaling street. Puduraya juga sudah dingin hawanya.

Ataupun yang nak datang memeriahkan majlis itu sememangnya sedikit? 1/2 juta penyokong hendak dipadatkan di premis yang memuatkan 40 ribu orang. Kalau rujukan haiwan boleh aku taipkan, mereka ini akan jadi seperti ikan sardin yang dipek dalam tin. Mungkin.

Mungkin ada yang semangatnya sudah pudar apabila abang2 polis telah mula menguatkuasakan arahan sebenar? Ataupun semangat mereka semakin berkobar untuk menyekolahkan rakyat Malaysia ? Mereka sahajalah yang benar. Mereka sahajalah yang bijak. Yang menyokong kerajaan semuanya kurang pintar. Yang duduk diam kat rumah semuanya pengecut. Ssshhheeeiissshhh. Aku tergolong dalam list yang ini.

Ada juga orang macam aku yang menghela nafas lega tak jadinya “huru hara” yang terancang. Ada yang berkata bahawa aku ni takut tak tentu pasal. Tapi sekurang2nya aku tak menjerit “Konspirasi !!!” setiap kali ada komen tidak menyenangkan di wall kengkawan.

Agaknya, surat yang aku tulis minggu lepas tu agong baca kot. Ataupun aku syok sendiri? Tak kisahlah, janji matlamat tercapai. Ramai lagi yang berfikir macam aku, tapi salurannya mereka tepat kepada tuanku. Itu yang lebih bagus, daripada tidak berbuat apa2.

Ambiga tu rasanya nak 2-3 kali masuk istana sebelum berpindah ke lokasi baru. Sebab dia tak serahkan pun memorandum tu masa mengadap semalam. Ataupun dia dah lupa objektif sebenar bersih tu kerana keterujaan dapat melepasi pintu masuk istana. Seingat aku, tujuan dia untuk menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada tuanku.

Ataupun kita boleh membaca sekarang niatnya untuk menghimpunkan penyokong untuk membuat ‘kekacauan emosi’ selama 2-3 jam? Ataupun pa dia lupa nak masukkan printout tuntutan bersih kat internet sebelum bersolek menuju istana. Apa sebenarnya matlamat dia? Adakah 9 haribulan adalah hari pos istana? Mungkin setelah digoogle mereka, hanya tarikh itu pintu istana dibuka. Janganlah marah. Ini cuma andaian aku sahaja.

Dan kepada golongan yang “menjaga kepentingan bangsa”, adakah anda faham tindakan yang anda buat ??? Ataupun cubaan nak tunjuk siapa yang kuat ??? Mungkin perjuangan puak putih ini jelas. Tapi belum cukup menarik untuk aku mendaftar sebagai ahlinya.

Kalau nak try pun, agak2 laaa. Anda tak dilatih untuk mempertahankan negara. Pertahankan diri sendiri pun belum tentu. Kalau diserang fru, nak pergi mana pun tak tahu. Mungkin ada la segelintir dua yang jadi ahli pengakap,silat ataupun rela. Tapi yang kebanyakkan ni first time nak join rasanya. Dengan amarah di dada, kebarangkalian untuk menjadi terlalu sensitif itu ada.

Secara hipotesis aku yang melampau, kalau buah kelapa jatuh pun ada yang akan kata bom dilempar…. Agaknya. Kalau ada yang baling batu, akan disangka mortar… Mungkinlah. Yang salah tentunya puak pro kerajaan. Kerajaan sahaja yang salah. Malah dalam twitter, yang menunjukkan unsur “derhaka” secara terbuka juga boleh aku jumpa dengan mudah. Agong telah melakukan sesuatu yang salah. Dan yang ini amat menjengkelkan dan mengundang rasa marah.

Nasihat percuma aku, puak berbaju putih, serahkan kepada yang pakar. Bila sebut nama penuh polis dan tentera, akan terjumpa perkataan diraja. Merekalah yang akan memperjuangkan raja tembok yang pertama. Mereka dilatih sekian lama. Ada juga pengalamannya. Dah puak yang lain sudah kurang rasa percaya, aku cadangkan korang patuhlah kepada titah baginda. Percayakan pada polis dan tentera.

Kalau terkorbanlah pejuang2 negara ini, maka pada ketika itu, barulah kita yang tak dilatih ni bangkitlah dari sedia. Berjuanglah dengan kudrat yang ada. Mempertahankan Malaysia. Selagi mereka belum tewas, dan aku yakin mereka sukar untuk ditewaskan, maka kemenangan itu dalam genggaman. Skuad !!! Pertahankanlah mereka yang wajar dipertahankan.

Ini bukan zaman batu untuk tunjuk siapa kuat, dialah hebat. Ini zaman manusia menggunakan akal yang bijak. Aku menunggu peluang. Kalau semuanya ditangkap, lebih luas peluang aku nak jadi pm. Semuanya aku tak lepaskan dari penjara. Biar diorang rasa. Melambatkan aku ke tempat kerja semalam. Ini adalah antara dendam yang masih belum padam… 😉

Dan aku juga ada 1 tuntutan, ianya ialah….

Dulu aku kutuk miss universe, tapi hari ni aku nak cakap benda ni… “World peace”… :p

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s