Tebuan sarang dijolok jangan


Assalamualaikum

Kekadang ni, kita lihat perwatakan seseorang itu senyap dan macam takde perasaan. Kalau bercakap pun senyum aje. Kalau orang lain bercakap, dia senyap balik. Bila orang gelak, dia gelak bersama. Bila orang bercakap dia senyap balik. Kesimpulan awal, susah nak bercakap dengan orang yang begini. Tak tahu apa respon dia. Kekadang rasa macam bercakap dengan dinding pun ada.

Polis dan tentera pun sama. Jangan ingat air yang tenang itu tiada buaya. Libasan ekornya tak kenal saudara. Kekadang aku kasihan pada mereka pun ada. Di sebalik helmet itu, ada taman di hati. Bila nak dihenyak belantan, mungkin yang di depan itu jiran atau saudara sendiri. Rasa tak sampai hati. Tapi itu dah menjadi tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul sendiri. Menghayun sambil menutup mata tanda kecewa.

Sudah diumumkan 66 jahanam (bukan merujuk kepada neraka, tapi yang merosakkan). Secara terang2an yang tersenarai ini tidak menggunakan akal yang bijak dan waras pada masa yang sesuai. Tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang2. Dipencilkan di tanahair sendiri. Malah ada yang melangkaui tahap, ingin juga masuk ke kuala lumpur. Kononnya berani dan mahu bergelar wira. Silakanlah masuk jika mahu. Itu pilihan anda. Tapi ketahuilah bahawa anda tidak boleh melakukan apa2 di belakang pintu penjara. Mengikut undang2, hanya boleh diubah di parlimen, dan di parlimen sahaja. Menghabiskan duit negara. Mengeringkan airmata keluarga dan bonda. Mungkin itulah hajat sebenar anda.

Aku membaca risalah Bersih. Ada frasa menyatakan bahawa jangan takut jika ditangkap dan dibawa ke balai. Tenang sahaja. Jangan diberitahu perihal diri anda. Ada wakil yang telah ditempatkan posisi dan wangnya yang akan mengikat jamin anda. Setelah diikat jamin, boleh pulang dengan rasa bangga. Melibatkan diri dengan cubaan untuk menyedarkan pemerintah negara.

Tapi sebagai bekas pelajar undang2 yang dah tua, aku ingin memberitahu bahawa Ordinan Darurat sedang dipakaiguna, mungkin ISA juga. Di bawah peraturan ini, anda boleh ditahan selama 60 hari tanpa perlu bicara ataupun selama mana yang dimahukan oleh paduka baginda. Ikat jamin itu tidak terpakai. Wang berkepuk di poket puak anda tiada lagi nilainya.

Maka tidurlah dimana disuruh tidur. Makanlah apa sahaja yang dicampakkan ke dalam sel kecil itu. Itu tidak diterangkan dalam risalah bersih itu. Dan aku yang kerdil ini ingin memberitahu, kalau masih ada yang tidak tahu.

Juga tahulah kamu bahawa urusan naik turun mahkamah itu bukanlah ringkas dan senang. Wang dibelanjakan, emosi dimainkan, hilang pendidikan atau pekerjaan. Hilang nikmat untuk berfacebook bila bosan.

Aku bukan hendak menakut2kan. Sekadar memberi peringatan. Kerana aku tiada kepentingan selain menasihatkan sebelum terjadi. Kalau dah masuk dalam kuali, jangan kata tiada sahabat yang hendak menasihati.

Kalaupun dibuat di shah alam, alor setar ataupun pulau pinang sekalipun, peraturannya tetap sama. Walau permit diberi, tapi jika timbul rusuhan dan provokasi, maka pihak berkenaan akan mengambil langkah yang telah dirancang. Sama sahaja. Bila menjerit dan caci maki, akan ada perkataan yang memusnahkan sabar di hati.

Kepada 66 jahanam, saya amat berharap anda sebagai ketua kepada puak2 anda, dapat mengambil langkah rasional untuk menyedarkan konsekuensi ‘bakaran’ anda. Kalau anda semua masuk merasa kenikmatan penjara, silakan. Kebanyakkan daripada anda telah meninggalkan keluarga bekalan yang cukup untuk dimakan beratus musim. Fikirkanlah rakyat biasa yang mengharap imbuhan di hujung bulan. Fikirkan putusnya nafkah untuk keluarga yang hidupnya bersandarkan pada si polan.

Tidak kiralah anda peguam, ketua pemuda, ahli parlimen mahupun guru agama, jika anda menyuruh juga pengikut anda mara, secara peribadi, saya akan melabelkan anda sebagai pemimpin yang kejam. Tiada jihadnya di sini. Tiada perang salib yang terjadi. Cuma rakusnya manusia yang laparkan nama dan kuasa untuk dibanggakan di dunia ini. Jika benar anda pemimpin sejati, fikirkanlah perkara yang lebih efektif yang boleh dilakukan melangkaui esok hari.

Tiada siapa suka dan bertepuk tangan bila keluarga atau sahabat mereka menderita. Jika itu berlaku, maka yakinlah aku bahawa telah sakit jiwanya. Aku masih sayang saudara dan sahabat2 aku. Harapnya tidak ditarik nikmat itu.

Telah kuberitahu apa yang aku ingin kamu tahu. Tapi akal dan rasional pemilihan adalah milik anda sendiri. Selamat memilih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s