Piala Demokrasi 2011…


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke laporan tertunda Piala Demokrasi 2011 di antara Bersih melawan Pilihan Malaya XI. Piala ini merebut tempat ke parlimen Malaysia yang dijadualkan tahun hadapan. Selama berminggu2 kita nantikan perlawanan ini dan pertikaman lidah antara jurulatih kedua2 pasukan menjadikan perlawanan ini amat hangat.

1″
Ambiga melakukan sepak mula. Bola dihantar kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan. Seluruh Malaysia bersorak.

2″
Perkasa melakukan terjahan kasar terhadap bersih. Pemuda UMNO datang dan campur tangan. Berlaku pergaduhan lisan antara kedua2 pasukan. Pengadil perlawanan, Hishamudin mengeluarkan kad kuning pertama untuk semua.

5″
Perkasa melakukan sepakan lencong jauh menuju sasaran gol. Ibrahim cuba menenangkan dengan menyuruh penyokong membeli makanan untuk ditonton sepanjang perlawanan ini. Penonton marah dan mahukan permainan ini diteruskan. Mereka datang stadium bukan untuk makan.Bersih membantah provokasi Perkasa. Perlawanan diteruskan.

8″
Khairy, Anwar dan Nik Aziz minta ditukarkan untuk sementara. Mahu ke Palestin,London dan Mekah. Pemain gantian dibawa masuk. Rakyat mendoakan mereka selamat kembali ke stadium.

12″
Permainan bertambah rancak. Lorongan bola yang cantik oleh Perkasa. Namun dibentes oleh Bersih. Pengadil berang dengan perangai pemain. Kad kuning kedua dilayangkan !!! Pemain dibuang padang !!! Oh tidak !!! Pengadil mungkin terlupa tentang peraturan dua kad kuning = kad merah. Pemain harus lebih berhati2 sebelum pengadil sedar.

18″
Di luar padang, kami mendapat maklumat di Pulau Pinang, penyokong pasukan Pilihan Malaya XI menyatakan protes di pulau pinang. Guan Eng agak marah dengan situasi di luar stadium ini. Polis diminta untuk menyuraikan keadaan. Penyokong Pilihan Malaya XI melaungkan kebebasan untuk bermain bola di atas jambatan dijamin perlembagaan. Namun tidak diendahkan. Mereka diarah untuk main winning eleven di rumah sahaja. Double standart.

25″
Berlaku pertengkaran antara kedua2 pihak. Tak tahu pula apa sebabnya. Ambiga berkeras mahu perlawanan diteruskan. Patriot dan Perkasa meyatakan jika bola dilontar ke dalam padang, mereka akan meneruskan permainan. Lontaran ke dalam dilakukan ke tengah padang oleh bersih.

32″
Oh Sayang sekali !!! Bola yang dirembat melepasi palang. Patriot diberi amaran kerana menyepak bola selepas wisel ditiup. Semua protes !!! Kad kuning ketiga dilayangkan kerana membantah keputusan pengadil, namun semua pemain masih berada di dalam padang. Peraturan baru ini wajib diteliti oleh FIFA

45+2″
Separuh masa pertama tamat. Pemain mengadap Agong yang memberi amaran supaya tidak melakukan foul play. Arahan dan amaran dikeluarkan secara live di seluruh Malaysia.

46″
Perlawanan disambung semula. Pilihan Malaya XI menjangkakan permainan akan lebih tertutup. Namun jangkaan meleset. Bersih terus ingin bermain dalam posisi terbuka.

58″
Polis telah mula mengepung barisan penyerang dari kedua2 pasukan. Trak fru diletakkan di hadapan pintu gol. Pemain tidak mampu mencipta gerakan melepasi garisan midfield. Permainan semakin membosankan.

65″
Dengan bantuan video dan pengadil keempat… Sejarah tercipta !!! 66 pemain dilarang untuk memasuki padang!!!

70″
Khairy terperanjat, setibanya di stadium, dia mendapat arahan tidak dibenarkan masuk padang. Satu sidang akhbar akan diadakan.
Anwar pula menyatakan dia ada cara untuk menyelinap masuk ke padang.

75″
Penyokong mula merusuh masuk ke padang. Yang berbaju merah di penjuru bukit bintang, berbaju kuning di sebelah kiri padang, di hadapan stesyen KTMB dan menara Maybank. Anwar dan Ambiga pula masuk melalui penjuru hotel Hilton. Cubaan serangan pantas dilakukan. Namun kekebalan pertahanan fru menidakkan peluang mereka untuk mara menjaringkan gol.

78″
Khairy, Hadi Awang, Ambiga dibuang padang !!!! Akhirnya…Kad merah pertama untuk 10 pemain sekaligus. Mereka terpaksa diiringi fru untuk meninggalkan stadium ke bilik persalinan. Penyokong mula resah dan marah2.

79″
Anwar cedera parah dan terbaring ditengah padang. Seperti berlakunya terjahan keras. Namun tiada dapat melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Kamera pula sedang difokus ke arah lain. Setelah bangun dari cedera dan memberikan komen kepada Reuters, dia tiba2 rebah dan kelihatan semakin parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital pantai. Anwar turut bertanyakan mengapa dia tidak dibuang padang. Pengadil kata, kalau nak tahu sebabnya, jumpa dia selepas perlawanan.

81″
FRU membentes dengan senapang air dan bom asap. Ramai pemain bersih dan patriot tersembam ke tanah. Perkasa tidak kelihatan. Dengar khabarnya masih berjalan2 di Titiwangsa lebih baik dari datang ke stadium yang semakin huru hara. 1400 orang penyokong diarah keluar padang. Ramai digari dan diarah menaiki stretcher black maria ke luar stadium.

83″
Polis bertindak kejam dengan menyediakan khemah kahwin tanpa karaoke dan live band untuk penyokong kedua2 pasukan di pusat latihan polis. Beriyani telah digam pada mulut penyokong. Mereka dipaksa untuk memakan nasi dilumuri minyak. Ayam telah dibunuh dengan kejam untuk disodok di mulut penyokong. Mereka juga dipaksa untuk minum air sirap dan diambil gambar kononnya mulut mereka penuh darah. Mereka juga dinafikan untuk beribadah di masjid dan hanya disediakan khemah untuk solat. Tiada hospital bercop pantai disediakan, hanyalah katil lipat yang diberi untuk penyokong yang ditindas. Malah jururawat disediakan tidak memakai baju putih bersih.Tindakan polis amat kejam. Ramai yang mengutuk tindakan ganas polis ini.

85″
Perlawanan diteruskan. Namun kekebalan pertahanan fru masih belum boleh dipatahkan. Kedua2 pasukan masih buntu mencari gol. Kesemua striker telah dibuang padang. Perlawanan ini semakin membosankan.

88″
Para pemain menunjukkan tanda protes dengan berjalan meninggalkan stadium. Perlawanan masih berbaki 2″ !!! Tapi pemain2 dan penyokong mula meninggalkan stadium. Yang tinggal hanyalah barisan pemain pertahanan untuk bersedia sekiranya ada counter attack di hujung perlawanan.

90″
Masa sebenar telah tamat. Menunggu masa wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

90 + 4″
Dan perlawanan tamat. Keputusannya 0-0. Walaupun begitu, kedua-dua pasukan menyatakan mereka telah menang secara moral. Secara realitinya tiada jaringan dapat dilakukan.

Ya…begitulah siaran tertunda perlawanan. Semoga berjumpa di lain siaran. Bos saya minta saya berkejaran untuk update kekejaman polis tadi. Bersih 0 – Pilihan Malaya 0. Salam hormat. Moga kita berjumpa lagi di Final Piala Pilihanraya ke 13 yang belum dikeluarkan jadualnya lagi.

Jumpa lagi. Babaaaaaiiiiii….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s