Penjelasan Pendirian Mengenai Bersih


Assalamualaikum

Dah selesailah acara bersih yang dilangsungkan. Aku juga dah bagi laporan minit dalam post aku yang lepas. Pada pandangan aku je la… Ada juga yang agak tidak berpuas hati dengan komen2 aku kat fb. Ada juga yang menyokong.

Sebenarnya aku tidaklah membangkang apa yang bersih cuba utarakan. Ada juga kebenarannya. Cuma aku tidak berpuas hati dengan cara segelintir masyarakat mengambil jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah itu. Dan aku tetap dengan pendirian, aku menentang segala bentuk demonstrasi jalanan.

Tiada siapa suka negara yang korup. Tiada siapa yang mahu pemimpin yang dipilih secara tidak adil. Jika mahu memperbetulkan spr, atau mana2 pun agensi kerajaan atau swasta, caranya kena betul. Caranya kena berhemah. Caranya kena menandakan bahawa kita ini orang yang bertamadun. Berakal. Berilmu. Orang Malaysia.

Apa salahnya “menghenyak” spr di laman web ataupun pejabat mereka? Buat sidang media. Pada masa yang sama, jika anda adil dan berfikiran terbuka, biar spr juga menjelaskan keadaan. Mereka juga terdedah kepada human error. Aku pun sama. Korang pun begitu juga. Kalau aku melepak kat pejabat korang, maka banyaklah kelemahan yang aku boleh jumpa. Aku jamin. Vice versa.

Untuk membersihkan daftar pemilih, aku alami sendiri perkara ni. Rakyat kita ni selalunya mengambil mudah sesuatu perkara. Ketahuilah bahawa spr tak boleh menambah atau melupuskan nama tanpa kebenaran rakyat. Kalau dipaksa mengundi juga adalah satu kesalahan. Walaupun ibubapa aku dah meninggal, aku rasa dalam lapan orang adik beradik aku, takde sorang pun yang melaporkan kepada spr untuk memadam nama mereka di daftar pengundi.

Sekarang ni, mungkin mudah sebab ada online dengan jpn. Kelahiran dan kematian.Tapi untuk yang terdahulu, rakyat sendiri yang seharusnya bertanggungjawab untuk mendaftarkan kematian mereka. Spr boleh memadam nama mereka dengan bukti. Mudah. Sangat mudah.

Dan aku memberikan tips sedikit. Kalau sesiapa yang saudaranya ada akaun asb… Kalau declare mereka dah meninggal, boleh dapat duit khairat kematian. Dalam seribu lebih juga rasanya. Haaa… Lenkali bgtau kat kengkawan yang lain ye. Kalau pasal ada imbuhan duit ni, ramai yang sanggup jadi runner untuk sedikit upah. Tapi kenalah bawa bukti yang sah.

Kalau anda rajin, bolehlah buatkan inspection kat keluarga sendiri. Tolong daftar, tolong keluarkan dari daftar. Sebenarmya ia bersifat tanggungjawab warganegara. Kalau semua orang mengambil bahagian, maka kemusykilan boleh diberi kepada spr, jika ada. Mereka boleh membuat tindakan ad hoc untuk mengatasi masalah itu. Dengan syarat, bawakan buktinya. Mudah sahaja. Aku jamin, spr akan melayan tuntutan yang sah dari anda.

Kenapa perlu berjalan di kuala lumpur? Adakah ia menyelesaikan masalah?

Pasal satu alamat, berpuluh penghuni, aku duduk di bandar terancang. Itu tak terjadi. Tapi pernah aku minta alamat pekerja aku di masjid tanah, alamatnya ialah “Kedai Hadapan Pejabat Pos Masjid Tanah…”. Aku call dia untuk pengesahan alamat. Takde nombor ke? Takkan alamat depan pejabat pos aje? Dia kata selama ni takde masalah. Surat pun selama ni sampai ajeee. Aku pun cuba. Dan ternyata dia terima surat itu. Bila jumpa dia, katanya semua rumah belakang pejabat pos masjid tanah menggunakan metod yang sama. Ini pada aku perlu diubah. Ianya mudah kerana terletak tidak jauh dari bandar. Tapi di kawasan pendalaman, di hutan, ianya agak susah. Dan jika hendak mengubah, bukan aku atau korang. Tetapi masyarakat di tempat itu. Nampak simple, tapi agak susah. Tak percaya, korang try la pujuk pakcik2 tu. Tak mahu bertukar kerana mereka dah selesa.

Kalau diubah pun, tak semestinya semua undi itu beralih ke pihak pembangkang yang ada sekarang. Bila bercakap, seolah2 semua undi yang diperbetulkan adalah milik mereka. Kalaulah pemerintah sekarang menang lagi, adakah slogan bersihkan rasuah pula? Nak berarak lagi? Sheissshhhh….

Pasal dakwat tu, pada aku nonsense je. Apa punya tamadun nak tag2 orang pakai dakwat? Apa ingat masuk disko ke?

Kad pengenalan kan ada. Dan spr kata diorang nak perkenalkan sistem biometrik. Langkah yang bagus. Tetapi yang merisaukan aku ialah efektifnya sistem ini di hari mengundi. Ia belum pernah diuji secara prektikel. Akan ada yang kadnya tidak boleh dibaca. Cipnya mungkin rosak ( lihat sahajalah berapa ramai yang menukar ic setiap tahun ). Ataupun akan berlakunya sistem down secara total. Dan ramailah yang akan mengamuk jika tidak dibenarkan mengundi kerana tiada identiti pengenalan yang sah. Pada aku, seharusnya spr mencuba metod ini pada pilihanraya kecil yang lepas. Dan merujuk kepada time limitation, tiada lagi pilihanraya kecil yang boleh diuji dengan biometrik ini. Harapnya spr dapat mengendalikan benda baru ini dengan sempurna. Aku doakan moga mereka diberikan kekuatan.

Aku pun ada sedikit je pengetahuan tentang spr ni. Takde kawan2 yang aku tahu bekerja di sana. Tapi aku tegaskan aku tak suka dengan cara segelintir orang menyelesaikan ketidakpuashatian mereka dengan cara berdemonstrasi di jalanan. Kerana ia akan pastinya berjangkit. Selepas ini apa pula??? Sprm …JPN…Kementerian Kesihatan.. Jpj… Imigresen… Banyak isu yang boleh dikaitkan dengan agensi2 ini.

Yang tidak elok mesti diperbaiki. Yang penting, caranya. Aku ulangi… CARA menangani masalah ini. Jangan heret yang tak berkenaan untuk perkara seperti ini. Dan aku agak marah bila ada yang membawa anak berusia lima tahun untuk hadir ke perhimpunan haram tanpa permit itu. (Dengan izin) Takde akai punya orang.

Selama ini kita hidup aman sejahtera. Sistem2 yang ada pun semakin lama semakin baik, secara gradual. Bersabarlah. Masing2 ada cara dan fikiran mereka sendiri. Apa korang ingat pekerja spr taknak ke kerja senang, update je info daftar pengundi kat jpn? Tapi secara prektikelnya, ia tak semudah yang difikirkan. Akta juga ada peranannya. Mereka hanya melakukan kerja mereka.tertakluk kepada undang2 sedia ada.

Anda juga seharusnya menerima human error dalam dunia serba canggih ni. Kita sendiri perlu mengubahnya kalau kita hendakkan negara yang lebih baik.

Ajaklah keluarga dan jiran tetangga, kawan office mahupun kawan fb untuk daftar mengundi. Kemudian pastikan nama mereka ada dalam senarai. Jika semua orang bertanggungjawab, maka masalah ini boleh diselesaikan. Yang pastinya bukan di jalanan.

Dengar kata ada pula versi 3.0. Sudah2lah tu. Ramai yang kata golongan macam aku ni diperalatkan kerajaan. Aku kata, korang yang menyertainya juga menjadi alat pihak pembangkang.

Dah dikatakan jangan menyertai, jangan masuk ke kuala lumpur untuk perhimpunan ini, tapi datang juga. Bila ada kematian dan kecederaan, mahu salahkan polis. Bak kata kawan aku masa kat kolej dulu, takkan nak polis baling cekelat hacks pulak ??? Dalam sungguh maksud dia.

Ada juga yang bagi link untuk lihatkan bagaimana demonstrasi di london dan australia untuk tatapan. Dan apa yang aku lihat, mereka memprotes dalam confinement yang disediakan. Bukankah PM dah kata boleh buat di stadium. Jika tidak di stadium merdeka, stadium malawati kan ada? Bukankah polis sudah menyatakan bahawa mereka sedia untuk memberikan permit segera yang istimewa? Kenapa tak mahu?

Jelas sangat maksudnya untuk memprovokasi polis dan fru. Dan bila sudah “kena”, mahu gembeng. Bila dan cedera, baru mahu beli plaster.

Jika buat di shah alam, apabila dibuat liputan oleh media asing, ia akan dirujuk sebagai “demonstration at the outskirt of kuala lumpur”… Maka efeknya tidaklah sehebat tajuk “demonstration in kuala lumpur, capital of Malaysia”. Ada bezanya. Satu kurang impak. Pilihlah. Anda boleh membuat pilihan. Sengaja membuat onar memburukkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi. Sebenarnya beramai2 meludah ke langit. Lihatlah kahak siapa yang jatuh di atas kepala.

Tentang permit bersih yang dinafikan, aku faham tindakan polis. Ia adalah pertubuhan yang tidak berdaftar. Hanya sekadar nama gabungan. Maka ia seharusnya ditolak. Gunalah nama persatuan lain yang ada. Yang telah didaftarkan dengan ros. Apa yang susahnya? Mengapa perlu provokasi? Siapakah yang gemar melakukan provokasi ini? Kalau melakukan kesalahan memberi permit yang tidak wajar, akan disaman oleh patriot pula…!!! Maka lakukanlah sesuatu mengikut undang2 yang ada.

Adakah telah habis caranya untuk berbincang dan memperbetulkan keadaan? Tidak adakah gunanya kerusi meja teh dan karipap untuk memperbaiki kelemahan? Sekali lagi aku jelaskan, aku menentang demonstrasi di jalanan.

Tiada kekejaman yang dilakukan polis. Amaran telah diberikan. Malah nak masuk ke kuala lumpur juga sekatan jalan telah dilakukan. Bahagian mana yang mereka tidak faham, aku tidaklah mengetahuinya. Ignoratia juris neminem excusat.

Banyak aku nengok video kekejaman polis. Kesimpulan aku mudah. Kalau tak datang, tak kena. Aku yang duduk kat jusco cheras selatan sabtu lepas, tiadalah disepak terajang polis. Dijeling pun tidak. Kerana aku tak melakukan apa2 kesalahan. Mudah.

Dan gambar kebaikan polis, amatlah kurang publisitinya. Mungkin terlampau kejam sehingga tak sanggup di kongsi ramai.

Aku lihat dah ada yang saman polis, nak saman menteri, kalau ada bau2 bacang pun nak saman. Gembeng. Untuk kali entah ke berapa aku nak ulang, kalau tak datang, tak kena !!!!

Aku dah lemau nak post banyak kali benda ni. Jadi harapnya inilah yang terakhir. Harapnya tiadalah lagi kemungkaran jalanan akan berlaku. Jadilah orang yang beradab. Pakcik depan sogo pun tahu itu adalah tindakan biadap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s