Biarkan mereka bernafas…


Assalamualaikum

Sekarang ni banyak juga cerita yang panas tentang syarikat2 kat Malaysia ni. Seperti biasa, banyaklah komplen yang dilemparkan pada mereka. Apa salahnya berbangga dengan syarikat negara sendiri yang maju? Biarlah mereka kaya. Di Malaysia ini, siapa yang berusaha boleh jadi kaya. Itu yang aku tahu.

Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar penswastaan di Malaysia. Daripada kerajaan mengambil peranan aktif, kini mereka mengambil langkah mudah. Hanya memungut cukai. Infra dan struktur diberi kepada rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan berkebolehan untuk memperkembangkan apa yang mereka tahu.

Tak perlu menambah orang kerajaan. Tak perlu skim pencen. Tak perlu keluarkan modal.

Mereka yang kreatif mahu ke hadapan dan memajukan Malaysia, tapi “dihalang” oleh birokrasi kerajaan. Contohnya petronas, astro, plus, proton, celcom dan airasia. Boleh aku katakan mereka ini adalah pemain baru yang hebat dalam ekonomi terbuka dunia. Pada mulanya, tidak dinafikan mereka dipimpin dan ditatih oleh kerajaan. Kini bila dah dewasa, mereka pula memimpin tangan.

Tak salah rasanya untuk membalas jasa mereka yang telah membesarkan. Sama juga setianya mereka seperti korang setia pada ibu dan bapa. Pada aku tiada salahnya. Tapi adalah salah jika membiarkan ibubapa di rumah orang tua dan memegang tangan ibubapa angkat, itu tidak sepatutnya terjadi. Pendapat aku sahajalah. Rasanya ada betulnya.

Biarlah mereka bernafas. Kenapa perlu dikongkong mereka? Adakah kita cemburu dengan kekayaan warga malaysia yang lain? Tension kerana mereka sudah kaya? Tak bolehkah kita turut rasa gembira? Turut merasa bangga?

PETRONAS

Ini syarikat yang paling diingini oleh rakyat malaysia yang inginkan kekayaan segera. Tak ramai yang tahu susah payah mereka membangunkan sektor petroliam ini. Di saat mereka mencari pasaran di dunia yang terbuka, tiada yang mahu memberikan kepercayaan kepada mereka. Almaklumlah, yang bekerjanya adalah orang berkulit campuran ali tan dan muthu dari sebuah negara ceruk yang bernama malaysia.

Dalam keadaan yang tak disangka, negara yang membuka jalan adalah vietnam. Negara yang dikatakan pro komunis. Dan bila mengorak langkah, rakyat malaysia membuktikan bahawa mereka tidak akan menoleh ke belakang lagi. Malah kini, perolehan mereka melebihi gnp melebihi negeri2 di malaysia. Cukai yang dibayar membolehkan malaysia bernafas lega. Sekurang2nya sehingga habis sumbernya.

Kenapa hendak dicuit syarikat ini? Biarlah mereka bernafas. Biarlah mereka lakukan apa yang mereka mahu. Kalau mahu ditampal sticker di belakang kereta schumacher, biarkanlah. Cara mereka. Duit mereka.

Mereka berada di landasan yang betul. Jangan diganggu penasihatnya. Dah betul dah jalan mereka. Di jalan yang lurus. Jika ada masalah royalti, jangan diheret mereka sama. Biar mereka melakukan tugas mereka, kaya dengan cara mereka, dan mereka membayar cukai dan bonus tiap tahun dengan cara yang telus. Sudah.

ASTRO

Ada sahabat aku dari Johor yang menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan astro yang mengenakan bayaran tambahan baru2 ini. Aku menyatakan hujah bahawa astro ini adalah satu kehendak, bukan satu keperluan. Dia membalas balik bahawa hanya dengan astro sahaja dia akan dapat siaran yang jelas siaran tv percuma seperti tv1, tv3 etc. Maka dengan astro menaikkan harga, maka golongan rakyat biasa yang “terpaksa” melanggan astro akan terasa bebannya.

Hujah aku pula, ia masih kehendak, bukan keperluan. Jika siaran itu menjadi tidak selancar yang diingini, maka penduduk setempat buatlah rungutan kepada menteri yang berkaitan. Suruh mereka meletakkan pemancar yang lebih banyak di kawasan itu contohnya. Atau menguatkan pemancar yang sedia ada.

Itu adalah tanggungjawab kementerian. Malah, jika diutarakan di ruangan yang betul, maka akan dapatlah apa yang dimahu. Kerana bila dah dekat dengan pilihanraya, tentunya kerajaan mahu menyalurkan “propaganda” mereka dengan cara yang lebih berkesan kepada bakal pengundi. Mintalah. Usahakanlah.

Jangan disalahkan astro. Mereka juga bukannya memonopoli. Ada 2-3 syarikat yang aku tahu telah diberikan lesen dan kemudiannya “bungkus” kerana tak cukup subscriber. Malah sekarang, kalau ambil unifi, internet dapat, tv pun dapat. Dari cerita sedara aku yang dah pakai unifi, taliannya hebat. Takde lag. Cubalah kalau mahu.

Tapi rasanya kebanyakkan yang subscribe pun bukan mahu tengok tv percuma sangat. Lebih terjurus nak tengok astro ria dengan akademi fantasianya. Nak tengok imam muda. Nak ketawa berdekah2 sekeluarga dalam maharaja lawak.

Biarlah astro tu kaya. Ramai rakyat malaysia yang bekerja di sana. Kalau banyak sangat larangan dan sekatan, bagaimana mereka nak melangkah ke hadapan? Mahu ditutupkah astro dan dibawa masuk kroni rupert murdoch ke malaysia semata2 mahukan perkhidmatan yang lebih murah? Biarlah mereka. Mereka juga adalah rakyat malaysia. Pemiliknya. Pekerjanya. Kalau dapat bonus 12 bulan, boleh aku minta ipar dan biras aku belanja secawan teh kalau dia mahu. Khabarnya dia juga bekerja di sana.

Tiada untung, tiada bonus, tiada teh percuma. Perkiraan matematik kehidupan yang mudah.

PLUS, PROTON, AirAsia

Sama juga konsepnya. Tak perlu diulas lanjut. Bosan kalau nak baca. Nak aku bukanlah org yang layak nak bagi komen.

Kalau Plus nak naikkan harga tol, biarkan. Lalulah jalan alternatif. Suruh wakil rakyat masing2 baiki jalan.

Kalau proton nak naikkan harga kereta, biarkan. Naiklah pengangkutan awam. Suruh menteri upgradekan pengangkutan awam yang ada.

Kalau airasia taknak kasi jambatan terapung, dan penumpang nak jugak naik jambatan, naiklah mas. Bayar sahajalah duit tambahan.

Jangan kerana orang tertentu “highlight” syarikat yang tertentu, kita ni turut sama nak belasah syarikat2 tersebut. Berfikir sebelum nak bertindak. Jangan hanya nak komplen dan perli tanpa membayangkan gambaran yang lebih besar dari apa yang cuba diutarakan.

Fikirkan siapa yang bekerja di syarikat2 tersebut.
Fikirkan peluang pekerjaan professional yang diwujudkan untuk warga malaysia.
Fikirkan teknologi baru dari ali tan dan muthu
Fikirlah, tidak berbanggakah kita nama malaysia harum di peringkat antarabangsa?

Tahu apa yang dikehendakkan.
Tahu apa yang perlu dilakukan.
Tahu apa siapa yang dipertanggungjawabkan.

Kalau nak kaya, usaha.
Kalau tak puas hati, buka syarikat sendiri.

Di Malaysia yang aku tahu, setiap rakyat boleh kaya jika mereka mahu. Tak percaya? Tanya Tony Fernandes. Dan belajarlah dari kepayahan yang terpaksa dia harungi sebelum boleh bertukar menjadi raksasa merah dunia.

Tapi pendapat aku berbeza untuk syarikat seperti carlsberg. Tapi itu topik yang lain. Namanya sahaja tidak melambangkan malaysia.

Biarlah mereka bernafas. Bumi ini luas. Janganlah disesakkan udara. Jadilah warga yang bijak. Kalau beli baju di pasar malam, janganlah nak kualitinya setanding butik di bukit bintang. Ukur baju badan sendiri.

Jangan ada hasad dengki. Kerana di hujung perjalanan, kita akan dihitung dari zarah ke zarah. Tanpa kompromi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s