Suka bila dipuji


Assalamualaikum

Bile berborak dengan member aku, dia bagi satu pandangan public relations yang aku pun tak terfikir. Tapi katanya juga ada benarnya. Kalau nak pikat hati, selalulah memuji. Itu aku tahu. Bila nak mengorat pun, kalau puji awek tu macam2, last2 cair jugak.

Angkatan pembangkang dah lama gunakan pendekatan ini. Dan sekarang, kalau berborak kat kedai mamak pun, akan terdengar orang kata ayat ini. “Orang Malaysia dah bijak!!!”. Orang yang bijak takkan diperbodohkan. Paling kurang, tidak mudah diperbodohkan.

Bila dah keluar ayat rakyat Malaysia dah bijak, ada yang akan perasan bahawa mereka sebenarnya tidaklah bodoh. Mereka tidak mudah untuk diperbodohkan oleh orang lain.Maka dengan itu, bila rasa bijak, mulalah semua nak melakukan sesuatu yang melambangkan mereka ini bijak.

Tapi kadangkala, perbuatan yang dilakukan tidaklah sebijak mana kerana sebenarnya mereka belum cukup bijak. Hanya terasa bijak bila orang berkata mereka itu bijak. Pening? Banyak sangat perkataan bijak agaknya. Ayat yang aku susun tidak bijak.

Tiada salahnya menjadi orang yang bijak. Tapi salahnya bila merasakan diri sudah bijak, walhal tidaklah sebijak mana pun. Aku suka aje kalau semua warga Malaysia bijak. Bila berkawan dengan penjual minyak wangi, paling kurang aku dapat baunya yang harum. Kalau berkawan dengan orang bijak, paling kurang dapatlah ilmu sekati dua.

Lagipun apa ertinya bijak ini sebenarnya? Adakah sijil bijak dunia? Aku tak tau. Mungkin ada degree atau masters phd melayakkan kita melabel seseorang itu bijak. Itu adalah paras selamat untuk meletakkan tanda bijak seseorang.

Pakatan pembangkang kata rakyat Malaysia sudah bijak. Tapi dalam konteks yang lain, mereka memperjuangkan orang kampung yang katanya masih mudah untuk ditipu. Mungkin orang kampung bukan orang Malaysia. Tidak bijak.

Tidak adil untuk orang bandar melabelkan orang kampung tidak bijak. Mungkin kerana cara hidup mereka kurang ke hadapan, tapi tak semestinya mereka tidak bijak. Adakah bijak itu mengikut kawasan? Kalau begitu, bolehlah melabelkan orang eropah itu bijak, orang di malaysia ini bodoh. Hmmmm… Rasanya ada yang tidak kena di sini.

Tapi kekadang yang ada degree pun setakat ada helaian kertas. Bila buat pemilihan keputusan, nampak sangat tiada pandainya.

Pengalaman aku, jangan dicuba untuk berdebat dengan orang Malaysia. Pendiriannya tidak akan berubah. Walaupun tahu dia salah, dia takkan mengaku. Orang Malaysia ini secara asasnya mempunyai ego yang tinggi. Tak mahu meminta maaf atau mengaku kesalahan. Mungkin kerana cara mereka dibesarkan. Walaupun ada rakyat tidak bijak, puji sahajalah mereka bijak. Mereka akan suka. Senyum sampai telinga.

Kalau tak tergamak nak puji kerana takut dia rasa diperli, pujilah anaknya atau adiknya mahupun ayahnya. Mereka akan suka juga. Tempiasnya tetap ada.

Angkatan pemerintah kenalah kreatif dalam mengambil hati. Puji lebih sikit. Tapi cariklah idea lain. Kalau dicedok idea, tidaklah original.

Pro kerajaan kata pro pembangkang bodoh. Pro pembangkang kata pro kerajaan bodoh. Yang betulnya dua2 tak bijak. Macam mana nak ajak masuk kelab kalau korang asyik label pihak yang lagi satu bodoh??? Cubalah memuji. Mungkin juga termakan umpan di bibir itu.

Bila orang lain asyik memuji anda bijak, ambillah sedikit masa, fikirkan samada mereka itu memuji ataupun memerli.

Kita semua suka dipuji, tak suka dikeji. Lumrah hidup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s