Mismah… Miss Maaaaaaa !!!


Assalamualaikum

Baru2 ni gempar sekejap dengan hal si Mismah yang dapat kerakyatan dalam masa empat jam. Heboh kejap, sampai sekarang tak reda lagi. Banyak juga kengkawan yang post2 berita yang kurang menyenangkan ini. Menggoncang semangat kenegaraan aku.

Tapi telah diterangkan dengan jelas oleh datin yang bertugas. Si Mismah ni dah dapat PR dari tahun 1982 lagi. Baru Januari tahun ni dapat kerakyatan Malaysia. Adillah jika begitu. Tapi dah berapa kali aku ulangi, bila berita yang tidak baik dah tersebar, cakap apa pun tak guna. Ada saja salahnya. Persepsi. Kepercayaan.

Pada aku ini adalah salah laporan. Wartawan seharusnya tidak bersikap begitu. Dan beginilah jadinya.
Bila nak buat sistem online tak cukup ramuan, dah dihidangkan. KDN tak seharusnya begitu. Dan beginilah jadinya.

Kalau wartawan tak buat kerja rumah, itu adalah cuai dan culas. Kalau sistem sudah ada tapi tak diupdate, penjawat awam di kementerian itu juga cuai dan culas. Ambil tindakan yang sewajarnya.

Sebut pasal PR ni, ramai rakyat Indonesia yang jadi warganegara. Untuk bersikap tidak rasis, kaum Cina dan India begitu juga. Ramai yang berkahwin dengan lelaki dan wanita warga asing kerana ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memikat rakan sewarganegara.

Bila ekonomi Malaysia di kemuncak, ramailah yang datang berhijrah di bumi Malaysia. Maka tersangkutlah dengan jejaka dari bumi Rangga dengan Ada Apa Dengan Cinta. Bila datang angin Kuch Kuch Hota Hai, maka warga Bangladesh juga dikatakan seiras Shah Rukh Khan. Warga China dilihat seiras Ekin Cheng dalam Young and Dangerous. Tapi siapalah aku untuk menilai. Dari kajian menyatakan bahawa lelaki Malaysia tidak cukup romantik, tidak cukup belai. Cuma untuk memberitahu bahawa ramai lagi lelaki Malaysia yang boleh pakai… 😉

Bila bernikah, akan ada anak. Anak itu perlu disekolahkan. Beza untuk menyekolahkan anak warga Malaysia dan bukan warganegara. Untuk ke hospital juga terdapat double standart antara warganegara dan bukan warganegara. Boleh dilihat jelas pada papan tanda deposit hospital.

Yang dekat dengan aku, abang aku berkahwin dengan warga Filipina. Tidak wajarkah kakak ipar aku mendapat pr? Dan 12 tahun selepas setianya bersama suami, dinafikan hak untuk memohon menjadi warganegara? Tidak bolehkah dia berkongsi harta sepencarian dengan isterinya? Jika tidak boleh, maka sesungguhnya Malaysia itu tidak adil dan bergerak ke arah terkebelakang.

Dengan adanya taraf ini, bolehlah mereka berkongsi nama membeli rumah idaman. Jika ada simpanan, bolehlah si isteri menggunakannya jika ada situasi yang memerlukan. Kalau ada kwsp, senang nak buat penama.Jika isteri kurang sihat, bolehlah untuk membayar bayaran minima di hospital kerajaan. Seringgit untuk sekali rawatan.

Ada juga saudara aku di singapura berkahwin dengan rakyat malaysia. Khabarnya si isteri mendapat pr di sana. Walaupun dah beranak pinak, tapi belum menyerahkan kerakyatan Malaysianya. Jika cukup syarat dan mahunya, maka akan jadilah dia juga warga singapura. Sama sahaja. Di mana2 ceruk dunia.

Dan kalau dilihat di australia dan uk pun, cukup dengan menamatkan sarjana di universiti di sana, sistem pointer membolehkan warga luar untuk memohon pr di sana. Bermacam2 cara. Pilihlah yang mana suka.

Jika setelah cukup syarat, apa hak negara itu untuk menafikan hak rakyat yang sedia ada? Mereka berkahwin, bekerja, belajar atas kerelaan sendiri. Kita semestinya menghormati keputusan individu merdeka yang berbuat begitu. Tentu mereka ada alasan tersendiri.

Jangan terlalu mempolitikkan semua perkara. Perasaan orang lain juga perlu dijaga. Kalau dinafikan hak yang disebutkan di atas, tidak mustahil mereka akan menyaman kdn jpn. Syarat dah dipenuhi. 12 tahun sudah diharungi. Apa lagi? Jika tidak mahu memberi taraf kerakyatan pada individu asing, ubahkan konvensyen. Ubah dahulu undang2 Malaysia.

Masih ada pekerja dan bekas pekerja aku tidak mendapat taraf ini. Cara mendapatkannya bukan mudah. Berjerih payah. Turun naik kementerian. Kerana mahukan “keadilan di bumi yang dijanjikan kemewahan”. Dan jika Mismah boleh dapat dalam masa empat jam, aku jamin berjuta rakyat indonesia yang bekerja di sini akan berdendam. Yang sudah lama bermukim akan menyumpah seranah. Aku sebagai warganegara tidak akan duduk membisu.

Perlu dibuktikan di mana setianya. Perlu dibuktikan sebabnya. Seperti juga umno menentang jus soli. Tidak diberikan sewenangnya. Perlu lengkap permohonannya.Perlu penuhi keperluan syaratnya.

Sibuk dinyatakan bahawa mereka itu seakan tiada hak mengundi. Jika sudah warganegara, terbukti tahap setianya, biarlah mereka mengundi. Setiap warga berhak memilih pemimpin yang akan mewakili mereka di setiap konstituensi.

Tapi ramai beranggapan bahawa setiap kali diberi taraf warganegara, maka undi barisan kerajaan akan bertambah. Soalan mudah, adakah ada wakil kerajaan mengundi menggunakan kad pengenalan biru mereka? Adakah wakil kerajaan yang memangkah bagi pihak mereka sewaktu hari mengundi? Adakah warga asing yang mendapat taraf kerakyatan tidak mampu berfikir sendiri? Tidak mampukah mereka membaca? Tidak mampukah mereka memegang sebatang pensel dan membezakan dacing dan simbol yang lain?

Mungkin persepsi ini berbeza jika Ali berkahwin dengan Angelina Jolie. Tan berkahwin dengan Megan Fox. Ataupun Muthu berkahwin dengan Jenifer Lopez. Artis terkenal. Bangga kalau mereka jadi warganegara Malaysia. Tapi perkaranya tetap sama. Undi masing2 adalah rahsia. Apa yang dibuat di sebalik meja tertutup sentiasa rahsia.

Jika masih sebegini pemikiran rakyat Malaysia, nampak sangat bahawa kail masih sejengkal panjangnya.

12 tahun bukan masa yang sedikit. Fikir sendirilah. Tapi jika ada yang tidak mematuhi syarat ini, dedahkanlah. Biar dibuang pegawai yang meluluskannya. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena. Aku menentang sesiapa yang korup. Waima pembantu rumah sekalipun. Apatah lagi menteri yang diberi amanah.

Isu Mismah ini tidaklah merisaukan aku. Nampak sangat ada yang tidak logiknya.Sekurang2nya pada aku. Jantina Mismah juga aku tidak tahu. Jelas public relations kerajaan tidak setajam pr pihak pembangkang. Lambat untuk menepis tohmahan. Agaknya tak mahu untuk menyambung tempoh perkhidmatan.

Yang merisaukan aku adalah post semakan pengundi. Ada nama, ada kawasan mengundi dan lokaliti, tetapi alamatnya tiada. Haaaaa…. Yg ini aku musykil. Macam mana spr tahu kawasan mana untuk diundi sedangkan alamatnya tiada dalam sistem? SPR kenalah menjawab tentang hal ini. Masalah sistem ke, tak update ke, atau info tak sampai kat warga seperti aku ke…. Terangkan. Suluhkan. Mungkin kecik pada yang lain, tapi agak besar pada aku. Ini mesti diperbetulkan secepat mungkin. Jangan sampai timbul keraguan.

Bila telah jadi rakyat Malaysia, semuanya setara. Jangan diungkit kisah lama. Dari mana asalnya. Yang penting setianya. Sesungguhnya Malaysia ini bumi bertuah. Ramai yang ingin jasadnya diselimuti tanah di sini. Darahnya ditumpahkan di sini. Bukti pemerintah yang terdahulu telah menjalankan tugas yang baik sekali. Pemerhatian yang perlu dikaji. Beza dengan kenyataan rakyat telah lama dizalimi.

Mungkin tiada warga Malaysia yang hendak menyerahkan kad pengenalan biru untuk menggantikan dengan kad pengenalan india, bangladesh, nepal atau myanmar. Kerana kita tahu negara kita memang bagus. Tapi sentiasa kita melihat rumput di seberang lebih hijau. Maka ada juga yang berhijrah ke negara yang lebih maju seperti england dan australia. Pilihan masing2.

Walaupun isu ini mudah, janganlah merumitkannya lagi. Serahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jika mahu menuduh,lengkapkan dulu faktanya.

Jangan menyebarkan fitnah. Yang bekerja kat SPR KDN juga manusia. Adanya perasaan. Jangan paranoid tak tentu pasal. Dengar dahulu penjelasan. Bersikap adil. Jangan melompat tak tentu pasal. Jika tidak betul, kita berusaha untuk diperbetulkan segera. Jika masih cuai dan malas, maka ambillah tindakan sewajarnya.

Jika fitnah anda menzalimi pekerja di KDN dan JPN, dan didoakan anda yang bukan2, apa nak kata? Doa orang dizalimi fitnah di bulan Ramadhan.

Kerana di hujung jalan kita akan dihitung dengan setiap amal yang dilakukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s