Alam Flora vs Kerajaan Selangor


PENUBUHAN

1. Dulunya kontraktor kutipan sampah dan pembersihan ni dapat kontrak terus dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Apabila banyak sangat kerenah birokrasi, kontraktor mencadangkan adanya Alam Flora untuk menjadi “orang tengah” untuk menyelaras projek. Tentunya dengan sedikit bayaran perkhidmatan memantau dari kontraktor. Malah sebahagian kerja pembersihan dilakukan in house oleh mereka sendiri.

2. Mulanya dasar “penswastaan” ini berjalan lancar. Kontraktor lebih tersusun. Tapi lama kelamaan, Alam Flora sudah mula naik tocang. Oleh kerana kuasa menyelaras diserahkan pada mereka, maka kuasa itu semakin lama semakin mencengkam kontraktor sendiri.

3. Kontraktor mengalami double jeopardy. Jika ada aduan dari majlis, majlis akan mengeluarkan saman, dan alam flora juga mengeluarkan saman. Jika sebelum ini, hanya satu saman dari majlis sahaja.

4. Sepatutnya Alam Flora memantau dan menasihati kontraktor jika ada pekerjaan yang tidak memuaskan. Mesti dibetulkan. Tapi bila masa berlalu, mereka seakan menjadi penguatkuasa undang2 yang tidak diberi portfolio. Samannya juga tidak dikawal.

5. Di kawasan kerja aku dua tahun lepas, kami diminta menyokong Alam Flora untuk diteruskan perkhidmatan. Tapi bila Alam Flora mendapat semula mandat, kontraktor dilupakan.

6. Jika hendak terminate kontraktor yang tidak perform, aku tidaklah membantah, tapi boleh dikatakan 90% kontraktor ditamatkan perkhidmatan. Persoalan aku, jika dibuat secara terbuka, kenapa kontrak in house yang dilakukan mereka tidak ditender semula?

Wajar untuk tender semula. Ada yang sudah berbelas tahun membuat kerja yang sama. Tapi bila tender semula biarlah telus.

7. Pada aku ini adalah lebih kepada kes kawan makan kawan. Pengajaran di sini, jangan percaya pada orang lain. Lebih baik percaya pada diri sendiri.

8. Bermula bulan Ogos ini, kontrak untuk pembersihan seperti potong rumput, sapu sampah dan membersihkan longkang diambil semula oleh pbt. Aku menyokong langkah ini. Paling kurang tiada lagi double jeopardy. Rimas rasanya apabila ramai sangat memantau kerja. Penyelia mereka pun kerjanya tidak seberapa.

JADUAL KERJA

1. Untuk kengkawan, aku nak bagitau jadual kerja untuk pengetahuan korang.

A) Angkat sampah – samada IRJ (Isnin,Rabu,Jumaat) ataupun SKS (Selasa,Khamis,Sabtu). Tiga hari seminggu. Rujuk pada jadual di perumahan masing2. Biasanya satu papan tanda akan diletakkan kat padang permainan kawasan masing2. Siap nama kontraktor dan nombor untuk dihubungi.

B) Sapu sampah jalan hadapan rumah / potong rumput / bersihkan longkang – 2x sebulan

C) Sapuan jalan protokol dan jalan utama – setiap hari

Kalau ada kontraktor yang tak mengikut jadual ini, adalah hak anda untuk membuat aduan kepada pihak yang berkenaan. Anda telah membayar cukai pintu dan cukai berkaitan.

ADUAN DAN NTC

1. Bila ada aduan, akan dikeluarkan Notice to Correct (NTC) pada kontraktor. Secara asasnya, kalau sampah tidak diangkat, mesti diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Kalau berkaitan hal lain, 48 jam.

2. Adalah lebih baik untuk untuk menyimpan nombor kontraktor kawasan anda. Jika ada aduan, masalah boleh diselesaikan terus. Jika menerusi majlis atau alam flora, garisan prosedur melambatkan penyelesaian.

3. Bila membuat kerja2 ni, hubungan kemanusiaan adalah penting. Adakah anda suka mengadu atau anda ingin menyelesaikan masalah, itu pilihan anda. Pada pandangan aku, selesaikan dengan kontraktor. Jika kontraktor degil, buatlah aduan sebanyak mana yang korang mahu.

SELAMAT JALAN ALAM FLORA

1. Aku nak merakamkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan mereka selama ini. Dalam banyak2 tak puas hati, ada juga kebaikan yang dilakukan.

2. Mereka juga harus mempertahankan pekerja2 mereka yang berbelas ribu untuk mencari sesuap nasi. Aku doakan pekerja2 mereka tidak teraniaya. Bukan mudah untuk mencari pekerjaaan sekarang.

3. Untuk kes mahkamah antara Alam Flora dan Kerajaan Negeri Selangor, biarlah mahkamah menentukan. Lebih banyak unsur politik dari unsur kerja didebatkan. Pandai2 lah selesaikan. Itulah akibatnya menggigit selepas diselamatkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s