Kampung Baru


KG BARU

1. Akhirnya SPR terkantoi juga dengan isu Kg Baru yang didaftarkan sebagai pengundi. Makin akan makin teruklah SPR akan diasak dan “dimalusinasikan”.

2. Tapi bila dah kena, SPR kenalah bertanggungjawab membetulkan. Lebih berhati2 membuat keputusan.

3. Ada sesuatu yang memusykilkan yang pastinya terjadi. Pernah tak korang daftar mengundi? Aku tak tahulah cara korang daftar sebab aku dah daftar lama dah. Dah 2 kali mengundi… 😉 Aku mendaftar kat pejabat pos Kelana Jaya. Ada mamat yang duduk kat meja lipat, yang ambil kad pengenalan aku dan mengisi borang yang sepatutnya. Masa tu tulis kat kertas la. Sekarang aku tak pasti guna komputer atau tidak.

Dia akan check, confirm dan buat salinan. Agak memusykilkan kalau nama aku Ismadi dia boleh tulis sebagai “kg baru”. Bila dia bawak balik pejabat untuk didaftarkan oleh orang kat office dalam komputer, tak check ke nama dan salinan kad pengenalan? Jauh beza nama Ismadi dan Kampung Baru. Nasib baik yang key in data aku tu celik huruf. Aku mendaftar dengan jayanya. Betul segalanya. Mungkin yang menjaga kaunter kat pejabat pos kelana jaya tu, paling kurang lulus UPSR. Tahu membaca dan menulis.

Yang tuan punya badan kg baru tu pun tak check ke salinan yang diberikan? Tak nengok ke nama dah bertukar jadi kampung? Ke komplot sama, nak test water dalam hal ini? Agak memusykilkan. Tapi yang penting, yang salah mengaku salah. Perbetulkan apa yang salah.

4. Aku rasa ini bukan tindakan bertaraf careless. Ini dah sampai taraf sabotage. Kerajaan terkenal dengan kerenah birokrasi. Berapa banyak lapisan dan tapisan kena dilalui. Kenapa dengan lapisan2 bawang itu, masih boleh ada kesilapan yang sebegini?

5. Oleh itu, SPR carilah siapa yang mendaftarkan Kg Baru ini. Carilah siapa yang dalam line of command. Kan boleh semak siapa si polan yang tak reti nak eja ni. Ambillah tindakan sewajarnya. Kenakan tindakan tatatertib yang keras. Kalau kerja kat GLC mungkin dah kena notis 24 jam dah.

Suruh dia amik ujian mata ke… Suh dia amik kelas membaca ke… Atau kalau malu, suruh dia join belakang kelas pra sekolah anak aku. Carilah anggota kerajaan yang mendaftarkan Kg Baru ni. Lunyaikan dia. Setelah penat boss mempertahankan anak buahnya, tewas dengan perkara yang tidak sepatutnya. Selagi orang itu ada, selagi itu ramai yang tidak berpuas hati.

6. Ada yang menimbulkan hujah bahawa “orang Anwar” dan pro PAS yang melakukan semua ni. Kamikaze jawatan kerana setia. Sukalah aku maklumkan. Selagi mereka “dibayar gaji” oleh pihak kerajaan, kerajaan bertanggungjawab kepada segala tindaktanduk yang digajinya. Tidak kisah ke mana lenggok undinya. Itu bukan alasan.

Ada yang memberikan alasan kaunter pendaftaran yang dibuka pembangkang adalah dalang semua ni. Haissshh… Kalau mereka nak “try” sistem SPR, sepatutnya spr menangkis. Bukan mengikut membuta tuli. Bukannya memasukkan daftar tanpa periksa.

7. Selepas ini akan lebih banyak cerita lucah yang akan membogelkan SPR. Kalau orang lain bogel pun SPR yang akan menjadi tajuk utama. Kasihan kepada warga SPR lain yang jujur bekerja. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Aku nak tahu siapa yang key in Kg Baru ni. Nak nengok mukanya. Mismah dah jumpa. Nak tengok muka yang buat data entri ni pula. Orang mana, sekolah mana, anak sapa… Biarlah ditanggungnya aib sehingga ke kurun ke 32. Takkan SPR tak boleh trace? Malulah kalau berkata begitu.

8. Berhati2lah membuat kerja. Segala tindak tanduk diperhatikan. Dalam lingkungan mikro. Biar lambat key in, asal betul daftar.

9. Tak payah nak berdemo pun, boleh dibetulkan. Cakap baik2 pun, spr dengar juga. Diperli dengan pendaftaran Kg Baru pun terasa pedas sehingga merah telinga.Tapi kenalah ada bukti yang nyata. Carilah lagi di mana ada kesalahan spr mendaftar. Aduan mestilah disaluran yang betul. Baru boleh diperbetulkan.

Dan terbukti dah jumpa loop hole dalam chain itu. Baikilah segera sebelum nama “Jam Ban” didaftarkan dan menjadi lawak spr utk empatbelas keturunan tak habis.

10. Buat yang belum daftar mengundi, daftarlah. Aku mendaftar takde masalah pun. Seluruh isi rumah aku didaftarkan dengan tepat. Tapi lain kali, check dulu la siapa yang amik info tu. Pastikan dia boleh mengeja dan membaca. Jangan jadi hantu yang tidak boleh mengundi, antara wujud dan tak wujud, kerana tak mendaftar.

11. Perlukah bubarkan spr? Pada aku tak perlu. Benda masih boleh pakai lagi. Cuma perlu diperbetulkan secepat dan setepat mungkin. Kalau bubarkan pun, akan balik kepada square one. Mana nak dicampakkan pekerja? Secara logiknya, pekerja yang sama akan di recycle semula. Kita mesti melihat di penghujungnya, apa yang akan terjadi. Konsekuensinya perlu dilihat secara menyeluruh.

12. Aku bukanlah pro spr. Takde gaji pun nak membela spr. Tapi yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Yang benar tetap relevan. Yang salah wajib dibetulkan.

Katanya ada bukti beribu2 pengundi hantu yang boleh mengundi dua kali. Bersihkanlah segera kalau mahu. Berilah buktinya. Aku yakin akan diperbetulkan kecacatan yang ada. Caranya kena betul. Rakyat Malaysia kan semuanya sudah pandai. Maka tertib perlakuannya juga harus menunjukkan bahawa mereka pandai menyelesaikan masalah.

Mahu diaibkan lagi spr, atau mahu daftar pemilih yang suci? Itu adalah pilihan. Jika spr dibubarkan, konsekuensinya amat hebat. Di tahap maksimum, pilihanraya akan datang terpaksa ditangguh, pemerintahan tentera perlu dilaksanakan. Itu tahap maksimum. Aku sengaja memberikan contoh yang ekstrem.

13. Bila berbicara, lihat pandangan dari sudut sisi yang luas. Jangan hanya hendak menjatuhkan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk membina semula. Itu namanya perosak negara.

Pilihanraya dah nak dekat ni… Kalau tak mengundi, janganlah nak buka mulut sekurang2nya lima tahun lagi. Bingit…. !!! 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s