Mulut busuk … Maaf Zahir Batin


Assalamualaikum

1. Di bulan puasa ni, ada jugalah yang menyatakan bahawa nafas dari mulut yang berbau itu, akan menjadi seharum kasturi di akhirat nanti. Tapi ada juga yang menyatakan kat aku bahawa itu hadis yang tidak diterima. Tentang hal itu tanyalah pada yang pakar.

2. Tapi kali ni aku nak cerita sikit la pasal mulut yang senantiasa busuk dan berbau ni. Yang senantiasa menceritakan keburukan seseorang kepada orang yang lain. Yang ni bukan mulut aje busuk, hati dan jiwanya juga sudah busuk.

3. Kekadang tu malas juga nak ambik kisah bila orang bercerita buruk pasal kita. Bila di dalam komuniti yang sama, cerita tu berlegar2, akhirnya akan ada orang yang dalam keadaan sedar yang akan menanyakan apa cerita sebenar.

4. Yang menghairankan aku, yang bercerita tentang keburukan ini adalah dari saudara terdekat. Yang paling rapat. Tapi bermuka2. Depan kita baik, belakang kita kutuk memacam. Kisah dijaja di rumah orang. Pelik. Bersusah payah untuk memburukkan orang lain.

5. Kalau tak puas hati, cakaplah dengan tuan punya badan sendiri. Dengan menceritakan keburukan kat orang lain, tidak mengangkat darjat anda sebagai seorang hero atau heroin.

Menceritakan keburukan tidak menyelesaikan masalah. Ia hanya menambah dosa dan mewujudkan masalah.

6. Hal orang jangan dijaja. Hal sendiri, sendirilah jaga. Mudah sahaja. Kalau salah, nasihat. Bukan berniaga dosa di bazar ramadhan.

7. Busuk mulut dan jiwa ini senang sahaja untuk diubati. Diam. Dan jiwa itu akan pulih sendiri.

8. Bila proses salam bersalaman di hari raya, minta maaf dengan sejujurnya. Beritahu apa yang telah dimuntahkan. Di mana bau busuk itu dihidu.

9. Memohon maaf yang am, memadamkan kesalahan yang am. Kesalahan yang dibuat dalam keadaan tidak sedar.

Memohon maaf secara khusus, memadamkan kesalahan yang khusus. Yang dibuat dalam keadaan nyata dan waras.

10. Pilihlah. Meminta maaf sekadar melepaskan batuk di tangga, ataupun meminta maaf untuk menjernihkan suasana. Taubat nasuha. Kenalah bagitau secara jelas, dosa apa yang telah dilakukan dalam keadaan sedar. Jika tidak, kat akhirat akan ditanya. Di kala itu sudah tidak berguna.

Maaf zahir dan batin… Ini adalah contoh meminta maaf yang am. Kerana aku tak berniat hendak menceritakan keburukan orang yang aku tahu rupa dan namanya.

Maafkan aku sebab aku fitnah kau curik durian kat dusun Ahmad kat Ali semalam… Ini adalah contoh minta maaf yang khusus.

Cuma aku doakan, semoga berbuihlah mulutnya dengan sabun ekonomi handalan, moga harum dan wangilah mulutnya di dunia ini…. 😉

Hindari orang yang bermulut busuk. Aku takkan maafkan apa yang tidak khusus.

Doa orang yang teraniaya katanya maqbul … (bisik2 dlm hati)… Amin.

Advertisements

2 thoughts on “Mulut busuk … Maaf Zahir Batin

  1. madi, mungkin kita juga pernah terbusuk mulut pd orang tp harap kita juga dah bersalaman khusus dgn mereka. wangikan hati kita dan doakan semoga hati dan mulutnya juga menjadi wangi melalui doa anda yang dizalimi sbb doa tu makbul insyaallah. kan lagi tenang bila memaafkan 😉

  2. “Ter” tu ok la sal… Tapi siap buat parti ngumpat dari rumah ke rumah tu apa yang “ter” pulak ??? Tu tahap longkang dah tu…

    Rasanya tidaklah busuk sangat mulut aku ni sal… Rasanya belum ada kawan yang aku sebarkan cerita tak baik dalam sedar… Ye dak? Atau ko penah dengar aku ngumpat? :p

    Akan aku maafkan, kalau dia minta maaf. Tu jek….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s