Budak nakal


Assalamualaikum

Budak yang paling nakal di kampung mini
Paling kurang solat maghrib berjemaah setiap hari
Untuk bermain selepas mengaji

Budak itu berhijrah ke bandar tapi masih nakal lagi
Paling kurang solat jumaat di masjid seminggu sekali
Untuk mengelak umpatan teman pejabat tempat kais rezeki

Budak yang masih nakal itu lagi
Paling kurang solat aidilfitri setahun sekali
Untuk gayakan pakaian yang baru dibeli

Nakalnya dia
Makin lama makin kurang waktu solatnya
Kabur mengenal yang wajib dan yang sunat
Imannya melayang ditelan angin setempat

Budak yang nakal itu kini
Sudah tidak boleh solat lagi
Tubuhnya kaku, empat takbir bersilih
Jasadnya lurus dibalut kain putih

Kali ini dia berjanji
Sumpah takkan nakal lagi

Wallahi akan solat wajib lima waktunya
Wabillahi akan suci hati dalam ibadahnya
Watallahi yang sunat akan dilebihkannya

Kali ini, sumpah apa pun takkan ada ertinya lagi…

Advertisements

Perlaksanaan Hudud


Assalamualaikum

1.
Baru2 ni dalam satu forum Dr Maza ada mengatakan bahawa hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

2.
Che Det pula mencabar Nik Aziz untuk melaksanakan hudud sekarang. Dia bukan lagi perdana menteri yang menghalang hudud kini. (Note: Dulu Che Det ada menghantar surat supaya “tidak dilaksanakan” hudud di Kelantan)

3.
Kali ini aku berada di sisi Nik Aziz. Sekurang2nya untuk perlaksanaan hudud.

4.
Hudud itu dari Allah. Bila2 waktu, mana2 negara, hukum Allah adalah yang terbaik. Aku mahu jadi orang yang beriman. Percaya.

Mesti diketahui bahawa undang2 Islam adalah di bawah kuasa sultan setiap negeri. Bukan di bawah kerajaan Malaysia secara amnya. Maka setiap menteri besar di setiap negeri yang bersultan, bebas untuk menggubah undang2 untuk mencapai matlamatnya untuk mewartakan undang2 Islam.

Jika Kelantan mewartakan hukum hudud, ia tidak terpakai di negeri lain. Pujuklah Sultan Kelantan dengan sebaiknya.

5.
Dr Maza juga ada menerangkan bahawa ketidaksesuaian hudud dilaksanakan adalah kerana persekitaran majmuk. Hujah aku, jika dilaksanakan, hudud itu hanyalah untuk orang yang beragama Islam sahaja. Ini adalah limitasi undang2 Islam di Malaysia. Majoriti rakyatnya juga adalah Islam. Kenapa masih kurang sesuai?

Dr Maza juga menghujahkan bahawa di zaman ini, kebanyakkan kes akan diselesaikan dengan hukuman takzir (budibicara pemerintah seperti penjara). Aku setuju. Sukar untuk menjumpai orang yang kuat imannya, terpuji akhlaknya untuk dijadikan saksi.

Aku juga setuju bahawa hukum hudud adalah langkah preventive. Rujuk sahajalah berapa banyak kes hudud pada zaman Rasulullah. Berikan pada aku statistiknya.

6.
Pada aku, ia mestilah dimulakan dahulu. Mulanya pasti akan ada kontroversi. Perlaksanaannya juga akan longgar. Biarlah. Jika was2, lepaskan sahaja tertuduh. Buktinya kena cukup. Pastikan tiada yang teraniaya. Islam itu adil.

Islam bukanlah agama menghukum. Islam adalah agama sejahtera. Islam menyatakan garisan undang2 untuk masyarakat hidup secara aman dan tenteram. Itu matlamatnya. Konsep asas, tiada jenayah dilakukan, tiada hukuman perlu dilaksanakan.

Lama kelamaan, pelaksanaan hudud akan jadi mantap. Practice makes perfect. Detailnya akan kukuh dengan masa yang berjalan.

7.
Sekurang2nya yang bukan Islam tidak perlu dimomokkan dengan “kekejaman” hudud. Ada yang takut tangan akan dikudungkan jika mencuri atau merompak. Seperti yang aku beritahu dahulu, jika tidak bersalah, kenapa perlu takut? Jika sudah takut, tidak akan dibuat perbuatan mencuri dan merompak itu. Inilah yang dinamakan preventive. Berjaga2 sebelum jenayah dilakukan. Yang hendak melakukan jenayah juga akan berfikir sebelum terjebak.

8.
Jangan asyik menyalahkan mantan perdana menteri mahupun kerajaan. Kuasa itu terletak pada sultan negeri. Berikan draf undang2 itu pada sultan untuk diluluskan. Jika tidak lulus, pujuklah. Berikan pencerahan. Tiada undang2 yang sebaik undang2 wahyu.

9.
Aku menyokong hudud. Tiadanya negara Islam kerana tidak disebut dalam AlQuran. Wajar juga aku katakan bahawa tiada juga parti politik Islam kerana ianya juga tidak disebut dalam AlQuran. Hudud itu ada dinyatakan. Buat sahajalah…

Islam itu universal. Ia wujud dalam setiap cara hidup. PAS mahupun bukan PAS.

10.
Teruskan sahaja usaha murnimu Tok Guru. Jangan asyik menunding jari. Kuasa itu ditanganmu. Di bawah kuasa sultan, atas nasihat Menteri Besar. Akan disoal di akhirat kelak.

Biarlah DS Najib ataupun Che Det disoal atas kepimpinannya kelak. Betul atau tidak keputusan mereka ketika menjadi pemimpin, hakimnya adalah Allah. Setiap individu akan disoal berasingan. Selesaikan amanah di atas bahu sendiri. Sekurang2nya di bawah negeri pimpinan sendiri.

Kerana kamu lebih mengetahui berbanding kami yang marhaen ini.

11.
Hudud bukanlah syarat untuk menjadi negara Islam. Tapi ia adalah sebahagian dari perundangan syariat Islam. Hukum munakahat (perkahwinan) dan mualamat (perniagaan) berasaskan Islam telah mula subur di negara ini. Ramai yang bukan muslim telah memilihnya. Nyatalah hukum Islam itu baik. Hukum faraid juga telah mula menjadi pilihan umat Islam dalam menyelesaikan kekusutan harta peninggalan si mati. Makin lama, makin rapat dengan AlQuran.

Walaupun belum sempurna, ianya telah ada. Aku yakin, ia akan mantap beberapa tahun lagi.

Siapa yang menentang usaha ini, akan aku tentang orang itu. Teruskan usaha. Jangan komplen atau bercakap sahaja.

Tegaknya sebuah rumah bermula dengan sebiji batu. Moga ada rumah aku di syurga kelak. Amin.

Gantunglah aku…


Assalamualaikum

Dalam mahkamah, bila hakim buat last call, biasanya dia akan kata “Ada apa2 lagi nak cakap sebelum keputusan dibacakan?”. Orang biasa akan merayu untuk hukuman diringankan sambil merujuk kepada tanggungan, ada anak isteri, ada mak yang tua nak dijaga, takut hilang pekerjaan….

Tapi dalam satu kes kat sungai petani kedah, ada seorang tukang gunting rambut yang dituduh membunuh ibunya, meminta hakim supaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati !!! Terkejut hakim tu. Tak pernah dibuat orang !!!

Ada juga orang yang nak mati secara sukarela lepas melakukan jenayah.

Hakim cakap, hukum maksima penjara 20 tahun. Yang tertuduh balas balik, penjarakanlah dia 20-30 tahun. Kat luar sana, dia ada banyak masalah.

Aku tak tahu samada penjara itu tempat untuk mengurung orang yang didapati bersalah, atau menghalang orang di luar mengapa2kan tertuduh. It goes both ways agaknya.

Dia berfikir outside the box. Penjara bukan tempat “penyiksaan”. Penjara baginya adalah “syurga” berbanding kehidupan yang diidamkan oleh kebanyakkan manusia.

Aku tertarik dengan isu ini. Nampak sangat dia ni sudah insaf. Orang yang sudah insaf wajar diberi peluang kedua. Kalau aku hakim itu, aku akan menggunakan budi bicara dan sifat kemanusiaan untuk menghukum seminima mungkin, dan menggunakan sisa hayatnya untuk membuat kebaikan pada orang lain. Tapi aku bukan hakim itu.

Perlu ada orang memberitahu tertuduh bahawa mati tidak membawa manfaat lagi. Kematiannya mematikan ilmunya yang belum diberitahu. Kematiannya “menghalang” untuk terus membuat kebaikan. Kematiannya akan menyedihkan aku.

Teringat pula aku kisah orang yang berzina dan datang kepada Rasulullah untuk menghukum perbuatannya. Ini adalah tanda orang yang insaf dan bertaubat nasuha.

Tapi ramai antara kita terlalu ego untuk meminta maaf. Apatah lagi untuk menyuruh menjatuhkan hukuman semaksima mungkin atas kesalahan yang kita buat sendiri. Kalau ada, aku salute.

Setiap orang melakukan kesalahan. Jangan difikir mereka akan ke neraka sahaja.

Jika telah bertaubat dan meminta maaf, manusia akan berkata ia akan ke syurga. Kerana dirinya telah suci bersih. Namun, final decision adalah hakmilik eksklusif Allah. Dan Allah tidak pernah zalim terhadap makhluknya.

Aku doakan yang pesalah itu menemui hidayah. Aku doakan aku menemui hidayah.

Dia telah menginsafi kesalahannya secara total. Dia diberitahu apa kesalahannya.

Aku pula, belum menginsafi kesalahan aku secara total. Aku tidak diberitahu kesalahan aku. Aku mohon untuk diberitahu. Aku merayu.

Harapnya, aku ini suci bersih sebelum ajalku tiba….

“Sepuluh Saat Yang Bodoh”


Assalamualaikum

Bila seorang MeiMei membunuh diri kerana seorang lelaki, ceritanya tamat di situ. Tapi penceritaannya bermusim panjangnya. Bersusah payah ibu dan ayahnya menjaga dari kecil hingga dewasa. Bangga dengan kecomelan dan keputusan peperiksaan yang cemerlang, hanya untuk ditamatkan riwayat sepuluh saat. Terjun dari tingkap apartmentnya. Dengan satu keputusan bodoh yang dilakukannya, memenatkan dan membazir masa dan emosi yang masih hidup.

Apabila Sugumaran, seorang akauntan melakukan pecah amanah dan dipenjara, maka seakan sia2 pendidikan yang diberi oleh ibubapanya… Enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah, lagi enam tahun ketika mengambil ijazah. Satu kesalahan cukup untuk memberitahu kepada umum bahawa segalanya sia2. Sepuluh saat antara hukuman dibacakan hakim hingga saat gavel dihentak. Siapa membaca kisahnya di akhbar, mencemuhnya.

Dan apabila Johan, seorang pemandu bas tertidur untuk sepuluh saat sewaktu memandu dan menyebabkan kematian berpuluh nyawa, habislah riwayat kerjayanya. Kecuaian yang mengorbankan nyawa dan juga ikhtiar hidupnya. Putusnya nafkah untuk isteri dan anaknya. Hilang tempat bergantung. Kehidupan perlu diteruskan juga. Dengan hinaan, cacian dan umpatan di sel yang dikhususkan.

Kadangkala kita ini tidak berfikir panjang. Selalunya tidak berfikir. Tiada manusia yang motivasinya positif setiap saat. Akan ada sepuluh saat yang hitam dalam hidup. Adakah kita bersedia untuk masa yang akan tiba itu ???

Yang penting, selalu ingat bahawa kita ada pencipta. Kita tidak dicipta untuk membunuh diri.

Jangan buat keputusan bodoh. Sayangi diri anda. Paling kurang, sayangilah ibubapa yang membesarkan anda. Sebelum membuat keputusan yang bodoh, bayangkan apa kata ibubapa anda jika terkantoi melakukannya.

Rugi hidup ini jika tidak pandai membeza halal haram, betul salah. Dalam masa yang sama jangan cuai dalam bekerja.

Sepuluh saat . Hidup ini lebih besar maknanya dari “sepuluh saat yang bodoh” itu….

Merdeka Kita… Halal atau Haram ???


Assalamualaikum

1. Malaysia tak pernah dijajah. Ada benarnya.

2.

Pulau Pinang dipajak dari Sultan Kedah.

Singapura dipajak dari Sultan Johor.

Melaka ditukar suka sama suka dalam Perjanjian Ingeris-Belanda 1824.

Maka wujudlah NEGERI2 SELAT.

3.

Perak membenarkan British memajak tapak untuk mendulang bijih timah. Perjanjian Pangkor.

Selangor ditekan menerima residen untuk melindungi laluan kapal di Kuala Selangor dan Tanjung Rachado.

Sultan Pahang terpaksa kerana matinya seorang cina di hadapan istana.

Negeri Sembilan pula menerima kerana persempadanan daerah yang kelam kelibut.

Maka lahirlah NEGERI2 MELAYU BERSEKUTU. Negeri2 ini “tidak dimiliki” oleh British. Mereka hanya mentadbir segalanya kecuali perihal adat dan agama.

4. Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis “diserahkan secara sukarela” oleh Siam kepada British dalam Perjanjian Bangkok 1909.

Sejarah Johor agak unik dan agak panjang. Kerana orangnya pada ketika itu bijak.

Maka ada pula NEGERI2 MELAYU TIDAK BERSEKUTU. Inilah negeri2 sebenar yang dimilik oleh British menerusi pemberian terbuka oleh Siam.

5.

Sabah memajak tanah dan sungainya kepada syarikat Dent.

Sarawak pula memajak tanah dan sungainya kepada Brooke.

Kesimpulannya, “keempunyaan” Malaysia, khususnya Tanah Melayu bercelaru. Manusia yang bikin ia celaru. Kerana tanah, nama dan kuasa.

6. Tiada mana dalam sejarah menyatakan bahawa Malaysia “dijajah” secara total oleh British. Seperti kata Dr Mahathir, ia adalah dalam bentuk teknikal. Aku setuju.

7. Datuk moyang kita tidak ditawarkan untuk menjadi warga British. Kalau kita dijajah, taraf kerakyatan adalah British Citizen (bandingkan dengan British Subject).

Hanya istimewanya untuk penduduk negeri2 selat. British subject, citizen of Singapore.

Secara asasnya, rakyat Tanah Melayu masih mahu berajakan sultan negeri masing2.

British pula tak hingin untuk menjadikan penduduk kulit gelap ini sebagai teman sebarisnya. Macam juga orang Malaysia tak mahu warga Bangladesh dan India menjadi warganegara. Mahu kulit yang cerah sahaja. Yang dimasak “well done” ditolaknya. Biasalah. Mengata orang paku serpih. “Racist” ????

8. Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa2 Bersatu ditubuhkan pada 1945.

Charter of the United Nations diwartakan, di dalam bab XI (Artikel 73 and 74), negara2 penjarah seperti British, hendaklah memulakan usaha untuk negara yang dijajah untuk merdeka. Usaha ini dipanggil dekolonisasi. Ini dimulakan pada 1946.Ini adalah dalam kata dua, samada jadikan negara dijajah itu di bawah satu bendera, atau merdekakan negara tersebut

Banyak negara yang merdeka kerana ini. Malaya adalah di antaranya.

9. Oleh kerana itu Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Tunku yang “tahu baca bahasa undang2 omputih”, memanfaatkan peluang yang ada untuk kita mencapai kemerdekaan. Usaha dekolonisasi dimulakan dengan memperkenalkan Sistem Ahli. Orang Tanah Melayu diberi peluang mentadbir negara sendiri (sambil diperhatikan oleh British).

Tunku menggunakan peluang yang ada untuk merdeka. Dibukakan jalan yang mudah. Ada pula genius seperti Tun Dr Ismail dan Tun Abdul Razak. Memudahkan kerjanya.

10. “Halal” kah merdeka kita pada 31 Ogos 1957 ??? Atau “haram” kerana kita meminta taraf merdeka dari negara yang sebenarnya tidak menjajah kita?

11. Selepas perang, PBB memudahkan bicara. Mengambil jalan mudah, pihak koloni mana yang TERAKHIR “mentadbir secara fizikal” di negara2 tersebut. Kalau British, Ke England lah… Kalau komunis, ke China lah.

Negara2 besar inilah sahaja yang boleh mengiktiraf koloninya untuk merdeka. Dan sampai sekarang, kita ada negara Commonwealth. Sukannya pun kita anjurkan.

Kalau komunis menjajah Tanah Melayu, PBB akan tetap memberikan kemerdekaan. Ia tidak menghalang fahaman. PBB cuma mahukan negara itu boleh berdiri di atas kaki sendiri. Independent. Caranya, rakyatnya lah tentukan. Nasib baik atok moyang aku memilih “jalan yang benar”.

Kita kena melihat situasi pada zaman itu. Selepas Perang Dunia kedua, banyak belanja untuk membangunkan semula negara. British macam biasa tak mahu lembu, dia hanya mahu susunya. Lebih baik British menghabiskan duitnya untuk tanah air sebenarnya.

Mereka perlu memerdekakan koloni di timur, tapi pada masa yang sama, perlukan bahan mentah dari negara kita. Nak buat macam mana??? (rujuk la blog aku yang lepas, ada la penerangan yang ringkas).

12. Nota kaki yang harus diingat, Tanah Melayu dan Singapura ini unik, sehinggakan adanya jawatankuasa khas dan keistimewaan khas diberikan kepada mereka di PBB.

13. Maka kemerdekaan kita adalah sah secara teknikal dan fizikalnya… Disahkan oleh dunia. Menerusi PBB. Kenapa perlu pertikaikan lagi… ???

Kenapa? Nak mansuhkan merdeka? Tak suka merdeka? Atau saja2 je test the water got alligator or not?

Katanya mahu sejarah diperbetulkan, bila diberitahu yang benar, hendak diperlekehkan. Apa sebenarnya yang kau nak mat? Kalau nak taruk nama Mat Sabu atau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri yang pertama? Taruklah. Aku yakin tak ada yang akan percaya buta.

14. Macam kawan aku cakap, kalau hari ni kiamat, semuanya salah UMNO (sinikal). Seperti tiada langsung jasanya. Seperti tiada langsung benarnya. Segalanya sesat lagi menyesatkan.

Ehhhh… Macam yang aku nulis ni betul sangat jer… Degree sejarah pun takde.

Tapi aku menulis apa yang benar sahaja…. Kalau salah minta dibetulkan… 😉

Transformers…


Assalamualaikum

Aku ni jenis kedekut bila nak belikan mainan untuk anak2. Bukanlah tak pernah beli, dah berbakul dah mainan diorang. Banyak yang dah dibuang pun. Tapi dalam sepuluh kali diorang mintak, ada la sekali aku beli. Banyaknya membazir je lebih (ayat bapak kede). Tapi bebudak ni, kalau sehari belikan sepuluh mainan pun tak cukup.

Tapi kal ini aku nak ceritakan sikit pasal mainan ni. Baru2 ni, ada kawan aku post dia belikan mainan transformers untuk anak dia. Jadi aku terus teringatkan zaman aku kecik2 dulu. Bila anak aku petik perkataan robot, aku pun pergilah kedai beli mainan untuk 2 hero aku tu.

Masa aku kecik2 dulu, mainan ni mahal giler !!! (sekarang ni pun masih mahal lagi). Masa dulu, siapa ada mainan ni kira hebatlah… Ada action figure robot. Oleh sebab berada dalam keluarga yang sederhana, tak mampulah family aku nak beli mainan2 macam ni untuk aku.

Tapi kalau nak main jugak, ada member aku masa sekolah, namanya Masri. Kitorang pergi la rumah dia, belek2 apa yang patut. Harga satu robot dia boleh buat belanja sekolah aku 4-5 bulan !!! Lepas tu berlambak pulak robot kat rumah dia. Perghhhh…kaya 3x…

Jadi bila teringat balik, tu yang aku nak beli robot transformers untuk anak aku. Yang besar harga 200+… aku beli yang kecik dulu biar diorang rasa. Suka giler diorang. Tido pun peluk robot.

Ada ketikanya kita tak mahu anak merasa “kesusahan” macam mana kita rasa dulu. Orang lain ada mainan best2… Yang macam aku ni jadi pemerhati aje. Orang lain ada basikal, aku jadi pembonceng aje. Tapi zaman tu happy aje. Pernah jugak mintak basikal, tapi bila nengok muka mak aku berubah, aku tak pernah nak tanya untuk kali kedua. Sampai sekarang aku masih belum beli basikal pertama aku. InsyaAllah akan aku beli satu hari nanti.

Layanlah anak2 anda selagi mampu. Bukannya nak beli selalu. Biar dia happy sikit. Kalau asyik2 dapat mainan happy meal pun tensen jugak… !!! 😉

Ni mintak ipad2 pulak… Aku cakap… “Beli la sendirik !!! ” …. Kuikuikui….

Caj Terang dan Tersembunyi


Assalamualaikum

1. Ni datang pulak caj perkhidmatan 6% untuk prepaid. Yang bill tu dah memang ada siap tambah kat statement. Apa ke halnya dengan tax2 semua nih? Tu la… Ikut sangat sistem kat eropah ngan us… Akhirnya menyusahkan. Terutama orang yang kurang pandai matematik mcm aku ni.

2. Dalam Islam, kosnya perlulah terang. Kalau dulu, tido kat hotel ada ++. Harganya jadi lebih mahal bila nak bayar bill sebab ada ++ ni. Lama kelamaan, makan kat mamak pun ada tax.

Kenapa perlu ada semua ni? Jangan nak dicukaikan semua benda. Aku tak setuju.

Bila beli makanan kat McD contohnya… Promonya 5.99 … Tapi bila bayar jadi 6.15. Apa salahnya promo 6.15 terus? Masa aku belajar subjek bisnes dulu, dikatakan .99 ni memberikan faktor psikologi yang baik. Apa yang baiknya kalau di hujung kata menyusahkan pengguna?

3. Kalau nak promo, bagi la harga akhir. Contohnya “McValue Lunch now RM 6.15”. tak payah nak selindung2. Kalau nak juga 5.99, diorang kena la absorb cost.

Tak perlu nak berahsia tentang harga2. Cakap terang2. Kata memperjuangkan hak pengguna. Maka pengguna tak perlu culculate setiap masa sewaktu nak beli barang. Boleh tau straight forward harga barang tu.

Lagipun kuasa membeli seharusnya di tangan pembeli. Biar pembeli yang buat keputusan. Syaratnya, harga yang ditawarkan mestilah jelas.

Dan yang lebih bagus lagi, kalau sistem Islam, tak wujud tax2 yang macam ni.

4. Ikut ajelah sistem Islam. Tak payah tax semua benda. Dah cukup haul/setahun, baru la bayar zakat (cukai). Itupun 2.5% je. Sangatlah murah.

Contoh secara asas cukai pendapatan… Kalau gaji RM 1000… korang tolak 2.5%… atau nak senang… 1000 / 40. Jadi zakatnya 25 ringgit je. Apalah sangat. Sistem konvensional tax dia rata2 10% ke atas. Jadi cukai tahunan dia kalau gaji RM 1000, kena bayar RM 100.

Suka tak dengan Islam? Saya sukaaaaaaaaa !!!! Menjimatkan. Merangsang ekonomi.

5. Tak payah la ikut sistem ekonomi barat ni. Dah terbukti menyusahkan. Service tax lah… VAT lah…Amerika pun dah nak papa kedana dah sekarang ni. Buat apa ikut cara negara yang macam tu?

Itulah pentingnya sejarah. Belajar dari kesilapan orang lain untuk perbetulkan masalah sendiri. Bukan meniru orang dan menanggung masalah yang sama. Itu tidak bijak namanya.