Encik Jamil


Assalamualaikum

Minggu lepas aku ke Sarawak. Buat pertama kalinya, anak buah aku menikah. Lepas ni rasanya ramai yang mengikut. Kalau takde aral melintang, tahun depan jadilah aku atuk !!! Elis pulak jadi Wai (Wan). Muda-muda nak jadi Datuk dah !!! Rezeki Allah….

Sebut tentang hal menikah ni, minggu sebelumnya aku ada menyampuk kat wall kawan sekolej dulu. Tentang menikah empat. Cepat betul melenting kaum wanita bila cakap yang empat ini. Tapi bukan tuan punya wall yang bingit, kengkawan dia yang komen…

Jadi, kesimpulannya, kebanyakkan perempuan Melayu memang cepat tersinggung dengan nombor empat ni. Gatal. Miang. Tak sedar diri. Perkataan yang dikaitkan dengan nombor empat.

Tapi kalau Allah dah beri lelaki keistimewaan, janganlah membantah. Rezeki ajal maut hakmilik Allah. Kepada yang mahu berfikir. Tak perlu ulas. Semua dah tahu. Tapi saja buat tak tahu kerana tak mahu.

Yang lelaki pula pertimbangkanlah sewajarnya. Kuasa jangan disalahguna. Nanti akan diundi kat akhirat. Kiri kanan kena timbang. Kalau senget sebelah, pepandailah settle. Itupun kalau boleh settle. Itu sahaja.

Dalam wall yang lain pula, ada sedara aku kata kaum isteri ni membincangkan perihal nak bunuh diri kalau suami nikah lain. Huh ??? Elok2 kuota tinggal dua, jadi tiga balik !!! Siapa yang untung ??? Suaaammiiiiiiii jugak….

Dan yang lebih sadis, nak dihiris anu suami lepas tu dicurahkan perahan limau. Perghhh… Hudud negeri mana yang dia pakai, tak tahu pula aku.

Ramai kawan yang dah berkahwin dan beranak pinak. Tahniah aku ucapkan.
Sedikit yang sudah berpisah. Aku doakan kalian bertemu jodoh yang berkekalan.
Ada juga yang sudah menjadi Encik Jamil. Aku harap sejahtera dunia akhirat.

Masa aku ke Timur Tengah dengan Elis, ada suami yang bawa dua isteri dan segerombolan anak2nya bersama. Manis sahaja. Bukan dibuat2. Bahagia mereka kelihatan jelas. Ke masjid bersama, makan bersama, melepak kat lobby bersama. Tapi benda2 yang baik ni jarang nak ditonjolkan. Yang buruk sahaja dihighlight untuk dijadikan sempadan.

Yang aku perhatikan, selalunya lelaki yang takut isteri yang selalu menjadi Encik Jamil. Yang jenis senyap. Yang jenis menurut.

Kebiasaannya, yang bercakap nak menikah lapan sepuluh ni, cakap je lebih, buatnya tidak juga. Saja nak bermegah dengan kengkawan. Kononnya terer dah. Cheh… Cakap boley laaaa…

Dan menjadi budaya komuniti sekeliling aku, pemandu teksi yang selalunya pasang dua tiga empat. Apa sebabnya aku tak buat kajian la pulak… !!! Patutlah ramai abang2 aku dah mula bawak teksi ngan limo… Hahahhahah… Nak jadi Encik Jamil ke bang ??? 😉

Jadilah apa nak jadi. Asalkan boleh berlaku adil. Tak guna larang sebab ternyata halal. Asal jangan diabaikan rumah tangga dan anak2 dan isteri2…. Go ahead go stunt.

Kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kat anak buah aku. Dia baru satu. Maintain dulu ye… Jangan cecepat nak jadi Encik Jamil.

Tahniah kepada kawan aku yang dah jadi pun Encik Jamil. Kalau dah tiga, jangan lupa beli sports car. Senang apek bawak bendera nak terjun dalam kereta… Ehehehehe…

Tahniah juga kepada Puan Latipah dan Cik Hasnah. Payung emas milik anda.

Aku ??? Kalau aku dah join bawak teksi, korang taulah apa sebabnya… 😉

Advertisements

2 thoughts on “Encik Jamil

    • Kor… Fungsinya macam cermin. Takde cahaya, takde reflection… Muahahahahhaha… Glow in the dark itu mungkin… ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s