iPad App Yang Aku Pakai….


Assalamualaikum

Sempena memperingati iSteve yang baru meninggal… Aku nak bagi review apa yang dia dah buat untuk menyenangkan hidup aku… Sedikit.

Apps ni untuk pengguna iPad jer. Yang aku anggap sangat prektikal.

Belilah kat App Store benda alah ni kalau mahu. Ia sangat berbaloi…. 😉

Sygic Malaysia Singapore GPS

Aku dah cuba macam2. Papago, TomTom. Tapi aku still suka dengan Sygic punya GPS ni.

Cantik. 3D. Best. Accurate. Up to date.

Pernah apply kat area KL, Singapura dan Sarawak. Takde masalah direction.

Yang menjadi masalahnya…

1. Mahal. $59. Tapi berbaloi la… 😉

2. Kuat makan battery. Macam dah tiga hari tak makan nasi. Solutionnya, belilah car charger untuk iPad… ;p

Cambridge Advanced Learner’s Dic

Kekadang bila baca Cerita bahasa omputih, ada juga ayat yang aku tak paham. Jadi dengan adanya benda ni, bolehlah aku paham atau buat2 paham.

Ada awek boleh tolong bacakan kalau tak tau nak sebut.

Buat bapak2 nak menunjuk pandai dengan anak2, ini adalah app yang sesuai untuk berlagak pandai cakap omputih… 😉

Islamic Compass

Kalau tengah travel, cara paling prektikal adalah ikut muncung astro !!! Kat hotel sekarang pun ada arah kiblat samada kat siling ataupun dalam drawer.

Tapi untuk menyenangkan, ada la benda ni.

Dan yang best, mengingatkan kita waktu solat. Ada azan automatik. Dia ingatkan aje. Solat kenalah buat sendiri… Winkwink

Quran Majeed

Antara bebanyak Quran punye version, inilah yang aku minat.

Tersusun, bahasa terjemahan pun cantik, dan boleh download reciter.. Dalam kes aku, aku download Said Al Ghamidi, kemas dan terang bacaannya.

Senang nak bawak ke mana2. Kalau anak menangis tak tentu pasal tetengah malam, pasangkan je audionya. InsyaAllah senyap la. Kalau susah hati, bacalahkat mana2pun, akan tenanglah jiwa yang kacau.

Kalaupergi ziarah orang meninggal, kalau nak berlagak, tak payahlah capai buku yassin… Muahahahahah….

Eurosport

Yang ini pree. Untuk peminat bola sedikit tegar macam aku, amat berguna la app ni. Up to date.

Kalau kat astro kata bola start pukul 10, diorang menceceh dulu. Aku bukan nak nengok orang menceceh dan main teka2 score. App ni fact based. Kalau game start pukul 1050 pm, dia bagitau terang2.

Aku suka kepada yang tidak berselindung….

myPad+

App ni untuk peminat tegar Facebook. Aku suka app ni sebab ini ajelah app yang ok dari apa yang ada. Simple. Kemas. Tapi yang tak bestnya, masih ada video yang tak boleh bukak (Apple anti Flash!!!)

Pilih yang ada tanda + kalau taknak iklan terjojol bila tengah berfacebook. Kalau pilih yang pree… Tahanlah dengan iklan2 tu… Yang pada aku amat annoying.

Office2 HD

App ini untuk mereka yang dah biasa gunakan Microsoft Office. Word, Excell, Powerpoint. Pada aku, tak payah carik yg lain la. Tak best. Ni aje yang ok. Format dan formula pun cukup. Sekurang2nya untuk user macam aku.

Cukuplah untuk aku. Semuanya ada kat sini.

Tapi kalau korang peminat tegar Apple… Aku cadangkan belilah iWorks… Kat situ ada Pages, Numbers, ngan Keynote. Lebih prektikal. Layout pun lebih lawa. Nnt aku tulis pasal iWorks ni kalau ada kesempatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s