Ceramah Tanpa Tauliah…


Assalamualaikum

1. Isu ini dah lama dah. Perihal ustaz2 yang beri ceramah tanpa sijil pentauliahan. Secara amnya, mereka yang tiada sijil ini, tidak dibenarkan untuk memberikan ceramah berbentuk keagamaan di negeri berkaitan.

2. Isu ini panas masa time Dr. MAZA kena “tangkap” dulu. Dia adalah bekas mufti Perlis yang “ditangkap” setelah berceramah di negeri Selangor tanpa tauliah dari jabatan agama negeri.

3. Mula2 aku tensen gak ngan isu ni. Dia tu mufti. Orang yang telah diberi mandat untuk mengeluarkan fatwa yang wajib diikut oleh orang Islam. Memang tinggi la tahap ilmu agamanya. Kenapa pula nak suruh dia ambil sijil tu? Kalau ambil peperiksaan pun, aku pasti jawapannya lebih konkrit dan lebih baik dari pegawai agama yang suruh dia mengambil peperiksaan itu (kalau ada).

4. Seharusnya, orang seperti Dr. Asri diberikan kelonggaran. Mesti disenangkan misinya berdakwah. Bukan untuk menyekat kebebasannya untuk bersuara.

Kat negara Islam yang lain, bebas sahaja mereka untuk memberikan tazkirah dan ceramah. Kenapa perlu cara yang berlainan di Malaysia.

5. Tapi undang2 tetap undang2. Bila dah sejuk sikit, ada juga logiknya. Timbul logik apabila golongan dari parti politik ni buat ceramah yang bersifat ekstrem. Tapi kebiasaannya mufti2 ni bebas dari parti politik.

6. Sehari dua ni timbul pula cerita Bob Lokman terkena perkara yang sama. Sekali lagi isu ni timbul. Dan sekali lagi, parti politik pemerintah dibalun kerana mempergunakan badan agama.

7. Abang Bob ni bekas super senior aku. Jadi latar belakangnya juga adalah pembelajaran rasmi ilmu agama. Sedalam mana ilmunya tidaklah aku tahu. Tapi yang nyata, ilmunya ada, rasa untuk memberi tazkirah itu ada.

Dia mempertikaikan kenapa masa dia buat “jahat”, takde siapa dari pejabat agama yang nak tahan dia. Masukkan dalam lokap.

Masa dia nak bagi ceramah keagamaan dia ditangkap pula. Apa kes ni pulak JAIS ? Tu kena jawab tu….

8. Mudahnya begini… Pergilah ambil sijil pentauliahan kebenaran untuk berceramah di masjid. Lepas tu ceramahlah kat mana2 pun.

Kalau parti politik atau sesiapa pun nak berceramah di tempat terbuka kena minta permit polis. Kekadang polis bagi. Kekadang permohonan kena reject. Dengan adanya sijil ini, 5 tahun permit bebas. Curahkanlah segala ilmu yang ada.

Dengan adanya tauliah ini, tidaklah menjadi kesalahan untuk berceramah di masjid atau surau dengan audiens yang ramai. Nak kumpul 20 ribu orang kat masjid negeri pun ok, takde masalah. Tak payah nak apply permit berminggu sebelum ceramah. Come and talk.

Kan mudah? Tak payah nak minta permit lagi… !!! Polis pun tak boleh “kacau”.

Pada aku, ini lebih memudahkan, bukan menyusahkan.

Kalau nak maklumat lanjut untuk permit… Bukaklah site ni…

http://tauliah.jais.gov.my/

9. Dengan menunding jari kat UMNO, adakah secara tersirat bahawa UMNO menguasai pemikiran Sultan Selangor dan Menteri Besarnya ? Ramai yang marah nanti…. Kerana JAIS di bawah kuasa Sultan. Exco agamanya adalah Dr Hassan Ali, wakil rakyat Pakatan Rakyat juga. Jadi aku tak nampak kat mana datangnya pengaruh UMNO kat situ.

10. Ilmu itu luas. Pemikiran juga kena luas. JAIS pun tak mahu menghalang ceramah agama. Cuma yang dia perlu adalah tauliah. Guru nak mengajar kat sekolah pun kena pergi kursus. Ada ijazahnya. Buka sesuka hati untuk mengajar kat sekolah yang mana.

11. Dan selepas mendaftar pentauliahan, harapnya JAIS dapat liase dengan pusat zakat atau baitulmal. Duit bebanyak tu, salurkanlah kepada penceramaha yang diiktiraf. Simpan buat apa ?

Hujah aku, tak wajarkah mereka ini masuk asnaf fi sabilillah ???

Ni yang aku tahu, ada penceramah yang nak buat tazkirah kat masjid, meminta upah ribu riban yang kadangkala agak mengarut. Tapi kalau dah suka, dibayar juga. Lagi eloklah bayar ustaz dari bayar artis untuk buat persembahan. Sekurang2nya betul pada pendapat aku.

12. Jadi, kepada Abang Bob, ambillah tauliah tu. InsyaAllah lulus. Teruskan berkarya dengan cara baru. Jangan asyik nak menyalahkan orang. Nanti habis pahala ibadah tu.

Kalau tak lulus walaupun dah dijawab soalan dengan betul, barulah jadikan isu.Diskriminasi.

Tapi jangan salahkan UMNO. Salahkan PKR dan PAS. Diorang yang perintah Selangor sekarang. Pegawainya pun dapat arahan dari pejabat Menteri Besar Khalid. Takkan takde “cable” untuk percepatkan dapat tauliah ini? Muaklah.

Kan abang Bob dah nampak benda ni masa Dr Maza kena dulu? Kenapa nak ulang lagi? Muslim yang baik tak masuk dalam lubang yang orang lain dah jatuh.

13. Jangan dibesarkan hal ni. Malu kat orang lain. Macam Islam ni amat jumud dan tak boleh berkembang maju.

Dan untuk kes seperti Dr Maza, seharusnya mufti diberikan lesen terbuka. Mohor Yang diPertuan Agong. Tapi undang2 Islam di Malaysia bersifat kenegerian. Apa nak buat …. ;(

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s