Chauvinist


Assalamualaikum

Tafsiran am post ini :

Saya : merujuk pada saya, Ismadi Mohd Isa.
Kamu : merujuk kepada mereka yang menggelarkan orang lain chauvinist.

1.Dalam dunia terbuka, ramai yang mahukan kesamarataan. Samada hak ataupun dalam soal pengagihan.

2. Realitinya tiada apa yang sama rata. Pastinya ada kecenderungan untuk melebihkan sesuatu. Siapa yang lebih berkuasa, pasti akan mempertahankan hak majoritinya. Tak kiralah samada bangsa atau agama mahupun warganegara.

Siapa yang tidak mengiyakan perkara ini, mungkin lebih chauvinist dari saya.

3. Ada yang mahukan hak yang samarata untuk semua. Tapi pada masa yang sama memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama untuk subjek di sekolah. Saya menyokong bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan matematik.

Kamu menyokong bahasa bangsa tapi tidak mengaku menyokong bangsa itu. Adakah kamu memang hipokrit atau lebih chauvinist dari saya?

4. Ada yang mahu hak samarata untuk agama. Saya tak pernah minta masjid yang amat besar di Bukit Bintang. Tapi pada masa yang sama, kamu sedang membina gereja yang amat besar di Shah Alam.

Adakah saya lebih chauvinist dari kamu ?

5. Ada yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tapi yang melaungkan hak ini mengarahkan gag order untuk pemimpin partinya, mengatakan sesuatu mengenai agama anutannya.

Saya jugakah yang lebih chauvinist?

6. Kesamarataan dalam pemilikan harta dan kekayaan. Lihatlah di sekeliling. Lihatlah taman sebelah. Kaum mana yang fizikalnya lebih mewah dari Melayu ? Sememangnya saya cemburu dengan kekayaan fizikalnya. Tapi saya tak pernah menyalahkan usaha gigih mereka.

Masih chauvinist kah saya ?

7. Tapi bila saya mempertahankan hak agama dan bangsa saya, saya chauvinist. Kamu juga mempertahankan nasib bangsa dan agama kamu. Maka gelaran apa yang harus saya berikan pada kamu ?

8. Apabila Melayu bersuara, diklasifikasikan sebagai Melayu ultra. Tapi bila kamu bersuara, itu adalah suara rakyat. Saya tak boleh bercakap. Hanya kamu yang boleh menghenyak saya.

Memang kamu tidak pernah bersikap chauvinist.

9. Bila saya merajuk, kamu kata memang sifat bangsa saya terlalu sensitif. Bila kamu merajuk, saya dikatakan telah melampaui batas.

Saya sahaja yang sentiasa salah mengeluarkan kata2 bersifat chauvinist.

10. Kamu kata kamu mahukan Malaysia yang bersatu. Tapi kawan dan komuniti kamu semuanya dari bangsa yang satu.

11. Saya berbicara dalam bahasa yang kamu fahami. Kamu berbicara bahasa yang saya tak tahu maknanya, di hadapan muka saya. Post kamu di fb juga dalam tulisan berlingkar yang tidak mudah untuk saya fahami.

Hanya saya yang layak digelar chauvinist.

12. Saya menghantar anak saya ke sekolah kebangsaan tanpa dalam kurungan c atau t. Kamu menghantar anak kamu ke sekolah bangsa, bukan kebangsaan.

Kamu kata kebangsaan itu melambangkan Melayu. Jadi sekolah apa yang kamu sifatkan sebagai bersifat kebangsaan ???

Tidakkah kamu bersikap chauvinist?

13. Mekanik saya berbangsa Cina, tukang masak saya berbangsa India.

Ratio pekerja di syarikat kendalian saya 10:1. Yang 1 itu Melayu.

Pekerja saya ada yang berpasport Indonesia dan Bangladesh. Kebajikan dan hak mereka semuanya terjaga.

Wajarkah saya digelar chauvinist bertaraf antarabangsa?

14. Bila sebut pasal antarabangsa, warga Malaysia semakin kurang senang dengan lambakan pekerja “kelas bawahan” dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia. Penuntut dari Afrika. “Membanjiri dan mengotorkan pandangan” gedung mewah di ibukota kamu sewaktu kamu balik ke kampung di musim perayaan. Tapi kamu tiada masalah dengan expatriate dari Amerika, Eropah ataupun Australia’sia’.

Bukankah itu juga chauvinist ?

15. Adakah saya telah tersalah guna perkataan chauvinist ini ? Atau perkataan chauvinist tidak kena penggunaannya dalam post kali ini ? Banyak disengajakan. Hanya sedikit tidak disengajakan.

Bombastik. Orang suka pada perkataan bombastik.

Chauvinist adalah salah satu di antaranya.

Kawan2 saya tidak bersikap chauvinist. Kerana saya memilih kawan. Sekurang2nya mereka tidak bersikap chauvinist di hadapan saya. Saya menerima segala kelebihan dan kekurangan yang kamu ada. Dalam masa yang sama, saya juga berharap, kamu bersikap adil juga dengan saya.

Islam itu adil. Saya cuba menjadi Muslim yang baik.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Tapi ramai yang masih tak sedar dengan chaunivisme mereka…. ;p

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s