Himpun Bersih


Assalamualaikum

Sejak dari minggu yang lepas, aku dapat tau adanya satu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) nak buat kat Shah Alam hujung minggu ni. Yang aku tau, tujuannya adalah untuk menandakan sokongan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Ada yang join. Ada yang tamau join. Itu pilihan masing2 sebab kita ni dalam negara yang boleh memilih. Tapi dari situ boleh tahu apakah konteks yang dipilih oleh masyarakat Malaysia amnya, Islam khususnya.

Ramai yang berminat lebih kepada isu politik lebih dari agama.
Ramai yang lebih rela hilang pengaruh dari hilang undi.
Ramai yang takut dicap ekstremist, mungkin.
Ramai yang lebih suka disimbah air fru dari himpunan aman.
Ini hanyalah pendapat peribadi aku je.

Atas nama apa lagi yang boleh menyatukan hati umat Islam? Isu murtad adalah klimaks kepada akidah yang terpesong. Ia adalah perjuangan yang di priority kan oleh Saidina Abu Bakar. Beliau memanggil askar dari perang di ambang kemenangan di jazirah, untuk menentang golongan murtad ini di Tanah Arab. Ini adalah perumpamaan sejarah yang boleh aku beri, untuk menandakan keseriusan isu murtad ini.

Politik, demokrasi dan pilihanraya adalah karya pentadbiran empayar Rom. Empayarnya gah.

Tapi ada juga empayar yang hebat tapi tidak memilih demokrasi. Mesir Purba, Mesopotamia, Indus, China…. Semuanya tidak bersifat demokrasi tapi mampu menjadi rujukan sejarah kerana kehebatannya.

Yang tersohor di masa kini hanyalah demokrasi. Semua ingin mengikuti tamadun agung Rom. Mahu menjadi beradab seperti orang Rom. Mahu berseni seperti orang Rom. Tamadun lain tiadalah nilainya. Mungkin.

Islam mengalahkan Rom. Sangat mendalam falsafah di sebaliknya. Noktah.

Apa lagi yang boleh menyatukan umat Islam? Mazhab yang pelbagai ? Nafsu yang serabai ? Ada dua perkara yang aku nampak semua umat Islam dunia ada kata sepakat secara konsensus.

Pertamanya, mengerjakan haji.
Keduanya, memperjuangkan Palestin.
Yang lainnya, buatlah perkiraan sendiri.

Jika parti politik boleh bersatu dalam bersih, apakah kewajarannya untuk tidak melibatkan diri dalam himpun? Matlamatnya lebih jelas.

Ketika bersih, “Ouh… Letakkan parti ketepi, kita berjuang untuk demokrasi”.
Ketika Himpun, “Ouh… Parti tidak terlibat. Was-was dengan unsur politik”.

Begitulah dengkelnya pemikiran sesetengah pemimpin. Kalau parti lawan buat, segalanya salah. Dicari kesalahannya. Kalau benar pun, tidak disokongnya.

Kalau parti sendiri buat program, dicari segala yang benar walau dalam salahnya. Perjuangankan manusia dan parti melebihi agamanya sendiri. Bukan semua. Sebilangannya….

Dan setahu aku, Himpun adalah diorganizekan oleh NGO. Sejauh mana kebenaran, aku tak tahu.
Samalah seperti bersih. NGO jugak, walaupun aku tahu sejauh mana kebenarannya.

Itu tidak penting, yang mustahak adalah pengisian matlamat yang mesti disokong oleh seluruh umat Islam. La budda abada.

Aku mahu berkata yang benar. Walaupun ramai yang tidak sependapat dengan aku.

Besar betul kuasa undi di zaman kini.
Takut betul pemimpin kalah pilihanraya.
Kalau tak sampai Putrajaya, seakan hilanglah nikmat dunia.

Fatwa mufti kini tiadalah diguna. Hanyalah pendapat peribadi sahaja. Huh ???
Hebat sungguh “fatwa” Ambiga. Seakan dicucuk hidung semua rakyat berpakat sepakat.

Ada yang takut akan tercetusnya masalah ketidakharmonian beragama di Malaysia. Pada aku tiada apa yang perlu ditakutkan ??? Islam dah selalu dijentik. Tapi diam tak bercakap apa. Kalau bercakap, takut dianggap ekstremist. Kalau mengangguk takut dilabel pengebom kedamaian. Kalau mengenyit dikatakan itu kod terrorist.

Teruskanlah menadah hidung dan telinga untuk terus dijentik sehingga merah padam. Masakan boleh terputus hidung dan telinga kerana jentikan orang… Tak gitu ???

Maruah harga diri telah hilang…

Berbalik kepada Himpun ini, aku doakan segalanya berjalan lancar. Akan ramailah yang akan datang dan menyokong usaha anda. Lain kali carikla ketua yang berani dan berani menonjolkan diri pada media. Mesti ada ketua yang semua orang akan kenal. Bersih boleh, takkan dalam berjuta, satu AJK pun tak layak? Ikon Himpun ni aku tak kenal pun… Nama pun tak tau… Janganlah jadi seperti buih di lautan ye… ;p

Buat kengkawan… Datanglah kalau boleh. Tapi jika tidak mampu, sekurang2nya doakanlah yang baik2. Kalau buat jahat sekalipun, jangan dihalang orang yang nak buat benda yang baik. Ini sekadar perhimpunan sahaja. Bersih pun berhimpun juga. Tapi yang Himpun ni ada permit. Dalam stadium. Takdelah chan nak main air ngan asap dengan abang FRU…. 😉

Yang pentingnya, menunjukkan sokongan fizikal dan moral. Yang hendak implementasi adalah pihak berwajib. Bukan untuk menanganinya dengan tangan yang kotor dan hati yang amarah. Itu bukan cara Islam.

Aku nak quote satu banner yang menyentuh hati aku secara total…

“Bapak-bapak, Peliharalah Hak Kami Sementara Menunggu Kami Besar”.

Hmmmm…. Rupa2nya Malaysia ini bukan milik aku. Bukan milik korang. Serahkan negara yang aman dan Islamik untuk anak2 kita. Dalam sungguh maknanya kepada yang mahu berfikir…. 😉

20111020-133535.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s