AUKU, Seksualiti Merdeka dan Falsafah Bayi


Assalamualaikum

1.
Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melampaui batas perlembagaan. Pemerintah tidak berhak untuk melarang pelajar universiti dan kolej berpolitik. Kebebasan umum untuk berpolitik. Itu yang utamanya. Fasal yang lain ada lagi, tapi kurang mendapat perhatian. Sekarang rakyat Malaysia nak lihat adakah Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan alasan Mahkamah Rayuan.

2.
Belajar terus belajar. Untuk menjadi pelajar universiti, banyak aktivitinya. Belajar, peperiksaan, merempit, bercinta, assignment, clubbing, melepak, main gitar dan yang tak berapa nak terbaru, berpolitik. Dari dulu dah ada. Cuma cara yang pelbagai untuk mengelak dari ditangkap oleh pentadbir uni.

3.
Stand aku mudah. Nikmati zaman belajar. Tak perlulah nak libatkan diri dengan politik mainstream. Pilihanraya dalam universiti pun dah tunggang langgang. Bergaduh mulut dan emosi yang tak sudah. Bermusuh yang tiada asasnya.

4.
Kalau dibenarkan, apakah aku akan dapat melihat budak uni akan pakai baju umno pas dap kat kuliah ? Adakah itu akan menggantikan muka entah sapa2 kat t-shirt yang pelbagai warna ? Mungkin. Adakah ianya lebih baik. Aku tak tahu. Mahu cuba dahulu dan lihat perubahannya ?

5.
Dunia dah berubah. Rata2 pelajar berusia 18-24 dah tau nak carik bahan cerita di internet. Rata2 dah ada akaun fb dan twitter untuk berkomunikasi secara terus. Pakai epal dan beri. Samsung dan Nokia kalau duit loan belum clear lagi.

6.
Semuanya carik populariti. Apa yang diperjuangkan mereka aku kurang pasti. Yang aku yakin, sekurang2nya 90% daripada mereka belum bayar zakat fitrah, penganggur, hidup dengan ihsan ibubapa ataupun mengalami kejutan budaya. Layakkah mereka melaungkan perjuangan ? Mungkin. Kerana katanya, mereka lebih pandai berbanding kawan mereka yang tak lepas SPM.

Kawan yang tak lepas SPM boleh jadik ketua bahagian, kenapa pula yang cemerlang peperiksaan dihalang ? Kan mereka lebih bijak ???

7.
Bersabarlah. Habiskan degree. Kerja. Bila dah mampu beli seluar dalam dengan duit sendiri, buatlah apa yang hendak dibuat. Sokonglah apa yang hendak disokong. Ketika itu, tiada apa yang menghalang selagi bersifat waras dan berhemah. Seharusnya pemegang ijazah sarjana muda wajar berkelakuan begitu.

8.
Aku bercakap dari sudut pandangan yang berbeza. Cadangan aku buat pelajar, cubalah cari bukit atau bangunan tertinggi kat uni. Pandang ke bawah.

Apa yang korang nampak ? Itulah universiti. Sekolah yang mengumpulkan budak2 yang elok keputusan peperiksaan, untuk terus belajar. Kumpulkan teori sebanyak mungkin sebelum mengaplikasikannya di dunia sebenar di luar garisan pak guard uni.

SEKSUALITI MERDEKA

1.
Sekali lagi segelintir rakyat Malaysia mahukan hak yang sama rata. Mahukan kebebasan untuk hidup, berpelajaran, beragama, berpolitik dan yang terbaru untuk memilih jantina ataupun memilih pasangan dari jantina yang dimahukan. XX YY.

2.
Memperjuangkan hak. Tentulah Ambiga yang menjadi idola. Memberi ucaptama. Mengucup kakinya mungkin lebih mulia dari mencium cincin halimunan Rosmah.

3.
Bayi tiada hak untuk menamakan dirinya sendiri.
Bayi tiada hak untuk memilih warna kulit ataupun skema kecomelannya.
Bayi tiada hak untuk memilih agamanya.
Bayi tiada hak untuk memilih warna pakaiannya.
Bayi tiada hak untuk menghalang orang asing dari menciumnya.

Bayi bebas untuk menangis dan menunjukkan perasaan.
Tidak dimarah. Malah dipujuk supaya diam.

Bayi bebas untuk berak merata dan menunggu untuk dibersihkan.
Setelah dicuci dengan jari, dibersihkan semula. Kemudian dia berak lagi. Dicuci lagi.

Bayi bebas untuk tidur melebihi waktu yang ditetapkan.
Bila bangun, disuapkan makanan. Diberi susu. Dan kemudian dia tidur lagi.

Kebanyakkan orang amat menyayangi bayi. Walaupun lebih banyak mendatangkan “kesusahan” dari memberi manfaat kepada keluarga, bayi masih dikasihi. Didodoi, dikendong, dicium dan digomol.

Selepas 20 tahun, sayang yang sebegitu tidak dijamin. Kenapa ? Kerana tidak comel ? Sudah berpendidikan ? Sudah ada bulu di kaki ? Tanyalah kepada yang membuat kajian.

Dari ayat di atas, adakah bayi itu didiskriminasi ataupun sebenarnya dia adalah raja terhebat dunia kerana makannya disuap, najisnya dicuci ? Jika ada, namakan aku raja didunia yang mana dilayan sebegitu rupa…..

Apa kena mengena ini dengan post aku kali ini ? Menulis berselindung. Tapi yang benar tetap benar. Tulislah apa yang aku mahu.

4.
Sebagai bapa, aku tidak mengizinkan perkara ini terjadi di bumi yang aku pijak ini. Kebebasan ada batasnya. Manusia tidak boleh bertindak sewenang2nya. Perlu ada rasa malu. Perlu ada rasa bertanggungjawab.

Tiada orang yang waras kecing dan berak merata sesuka hati. Tandas akan dicari. Ada juga tahap malu di situ.

5.
Bulan dan Keris kini kerap bertelagah kerana kuasa.

Persoalan aku, negara dan umat yang bagaimana yang akan mereka pimpin bila mendapat kuasa ?

Demmmmmmmmmmmmmmmmmmm………….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s