Panggilan Haji


Assalamualaikum

1.
Ada yang berkemampuan, tapi belum lagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Menunaikan fardhu haji.

Katanya, belum sampai seru
Kata aku, serunya dah lama sampai, tapi tak dijawab panggilan. Missed call.
Jangan sampai malaikat telco dapat instruction untuk tamatkan talian nyawa … Bila sudah dilafaz “Cannot be reach at the moment”, maka talian hidup tidak berguna lagi…

2.
Ada yang cakap serong, tak puas hati Mak Ngah tiap2 tahun pergi haji. Terlebih sudah. Kalau dikira, boleh panggil Hajjah Hajjah Hajjah Hajjah Mak Ngah.

Katanya, nak menunjuk.
Kata aku, biarlah. Kalau dia pergi shopping kat London 3 kali setahun, korang tak kisah kan ???
Lagipun, tak effect nama kat i/c. Cuma panggilan rakan masjid nak bezakan yang sudah mengembara atau belum. Itu sahaja.

3.
Ada yang mencebik, Pak Jusoh perangai tak ubah selepas balik haji. Masih melepak buang masa kat kedai kopi.

Katanya, sesia aje perjalanannya.
Kata aku, sekurang2nya dia dah tunaikan yang wajib sebelum menghirup teh mamak itu. Kita ???

4.
Ada yang berpendapat, tak perlu pergi haji masa muda. Perbanyakkan ilmu agama. Telah cukup isi di dada, barulah ke sana.

Katanya, kalau baca quran pun berterabur, dapatkah haji yang mabrur ???
Kata aku, kalau dah mampu, teruskan ke sana. Kalau mampu, buatlah lagi. Tiada salahnya. Orang di tanah Arab, tiap tahun melakukannya.

Lagipun, ilmu itu takkan pernah lengkap. Ustad ada pernah cakap.

5.
Ada yang tak sanggup tinggalkan anak kecil dan gedung perniagaan yang baru hendak membesar. Tunggulah lagi setahun dua.

Katanya, nak buat haji biar dalam keadaan tenang.
Kata aku, urusan dunia sampai bila pun takkan habis, kecuali setelah mati. Harapnya bolehlah tenang selepas meninggal nanti.

6.
Orang buat baik, jangan ditegah. Jangan diusik. Usah diperli. Jangan diremeh.

Allah sahaja yang bisa menilai hati dan niat manusia.
Allah sahaja yang memberi rezeki kepada hambaNya.

Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan ???
Nikmat Allah yang mana yang kamu hendak sembunyikan ???

Kepada sedara aku yang sedang menunaikan ibadah haji, aku doakan bertambah imannya. Tenang jiwanya.

Kepada kengkawan yang hendak ke sana dalam setahun dua, moga Allah berkati perjalanan kalian kelak.

Dan kepada golongan yang masih belum berkemampuan, tekadkan niat. Moga tiang yang kelima itu kukuh berdiri di dalam keutamaan.

Dan aku tergolong dalam golongan yang bertekad. Moga dipermudahkan urusan.

Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s