The Sir Alex Ferguson Stand


Assalamualaikum

1.
Kenyataan awal. Aku penyokong Chelsea.

2.
Satu ketika dulu, aku pernah menjadi “merah setan mati keras kipas”. Setelah dicampak CR7 ke Real, aku bertukar pasukan.

Lagipun MU ni dah teror sangat. Expected to win. Kurang drama. Kurang nilai manusia. Robot yang dilatih AF untuk menang piala. Dan sangat pakar melakukannya.

Niat di hati nak sokong Maurinho. Tapi pindah pulak ke Real. Takpelah.

3.
Tapi aku tetap kagum dengan AF (Alex Ferguson). Dari saat bagaimana seorang pengurus muda mampu untuk melentur baran Cantona, dan memperkenalkan Wonder Boys era Beckham, Giggsy, adik beradik Neville, Butt, Sharpe membuatkan sokongan aku pada MU dahulu amat berbaloi.

4.
Dan yang paling meninggalkan kesan apabila MU menang Champions League dengan jaringan dari budak supersub dari Norway Ole Gunnar Solskjaer pada 1999. Emosi amat tebal. Apatah lagi sudah di ambang kekalahan kepada Bayern. Aku masih ingat game itu.

5.
25 tahun memang tempoh yang lama. Diktator yang disayangi ramai. Tiada siapa yang selamat jika tidak mengikut arahannya. Tak kira superstar Becham mahupun gelagat budak nakal Ronaldo. Tiada siapa yang lebih berkuasa dari pengurus.

Walaupun gajinya jauh lebih rendah dari budak2 pimpinannya. Bukti kuasa melampaui wang ringgit. Aku salute.

6.
Untuk meraikan 25 tahun era pemerintahan, Old Trafford mengumumkan kawasan tempat duduk di stadium yang paling besar, untuk dinamakan sebagai The Sir Alex Ferguson Stand. Nama yang akan kekal. Hidup selagimana stadium itu tidak dirobohkan.

7.
AF tak baca blog ni. Dia bukannya friend aku ataupun faham nak baca tulisan bahasa melayu. Cuma aku nak bagitau, orang tua ni mmg bagus.

Sekarang, bila dah habis puji, kalau MU kalah minggu depan, aku akan kutuk lagi. Lawan tetap lawan…

Heheheheheeee

Advertisements

3 thoughts on “The Sir Alex Ferguson Stand

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s