Penjawat Awam dan Kes Lembu


Assalamualaikum

1.
Ada pemimpin dari parti pembangkang menyatakan mahu untuk “menyelaraskan” penjawat awam sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya. Ada yang kata nak buang pekerja. Aku tak tahu apa agenda sebenar yang dimaksudkan.

Tak tahu mengagak caranya. Cuma dia yang boleh berikan cara maksud sebenar kenyataannya.

2.
Agak musykil. Dari sudut mendapat undi, rasanya majoriti 1.2 juta penjawat awam, sedikit sebanyak akan rasa tergugat. Takut hilang kerja. Hilanglah sedikit undi kat situ. Mungkin.

Dari satu sudut, mengaut undi dari “majoriti” orang awam yang dikatakan telah sekian lama tidak berpuas hati dengan tahap efisien kerajaan. Populariti akan meningkat. Mungkin juga.

Sektor apa yang dimaksudkan ada limpahan tenaga ? Guru ? Tentera ? Polis ? Doktor ? Rasanya mereka ini tidak terlibat. Firasat aku sahaja.

Jika ditanya pada aku, rasa aku yang sedikit masam dan tawar, penjawat yang kerja di jabatan kerajaan. Yang duduk kat pejabat berhawa dingin. Yang jika dilihat dari carta di luar pejabat mereka, secara teori pandang pertamanya banyak berlaku pertindihan kerja.

Jumlahnya juga agak kecil. Mungkin.

3.
Telah aku saksikan dengan mata aku sendiri, ada yang bermulut lancang menyatakan bahawa Budin Si Penjawat Awam Kerajaan,jangan nak “banyak suara” kerana Mamat Si Budak Kayalah majikan sebenar Budin Si Penjawat Awam. Mamat Si Budak Kaya telah membayar cukai. Cukai Mamat membayar gaji bulanan Budin yang hina.

Oleh kerana Mamat membayar cukai, maka Mamat Si Budak Kaya menganggap Budin Si Penjawat Awam adalah hamba sahayanya. Ikut sahaja perintah tuannya.

Oi Mamat !!! Perlu diingat !!! Budin yang bekerja dengan kerajaan itu juga membayar cukainya !!! Budin adalah tuannya sendiri, dan Mamat bukanlah Tuhannya…..

Itulah nilai orang yang berpendidikan tapi tiada adab.

Beginilah. Mutu kerja perlu ditingkatkan. Perlaksanaan kerja mesti disegerakan. Kualiti perkhidmatan tidak boleh lagi dibuat main.

Tegur dengan cara yang baik. Orang yang terpelajar senantiasa boleh berfikir dan menasihat dengan cara yang baik.

4.
Berbalik kepada topik, untuk mengurangkan penjawat awam (yang aku faham), adalah langkah yang tidak wajar.

Kerajaan yang baik seharusnya menyediakan pekerjaan untuk semua rakyatnya. Secara langsung dan tidak.

Secara langsung, bekerja dengan kerajaan. Dari jawatan pengarah, sehingga ke jawatan pembantu am rendah.

Secara tidak langsung, dengan pemberian projek yang memberikan kerja kepada rakyat biasa. Satu projek membina Cyberjaya, memberikan ribuan pekerjaan dan tawaran gaji kepada pekerjanya.

5.
Adalah tidak wajar untuk mengurangkan penjawat awam. Aku tak pernah setuju dengan projek penyingkiran terhormat seperti VSS yang dilakukan oleh sektor swasta.

Yang ada perlu ditambah. Berfikir di luar kotak. Banyak kerja ada. Banyak ruang baru. Ada banyak cara untuk mereka ini mendatangkan pendapatan dan berkhidmat dengan kerajaan. Pemerintah dan majikan kenalah kreatif.

Yang musykilnya, setelah dibuang pekerja secara beramai2, selang beberapa bulan, muncul iklan dari syarikat yang sama di suratkhabar untuk mengambil pekerja secara beramai2. Apa kes pulak tu ???

Rakyat seharusnya mesti senantiasa ada peluang untuk bekerja. Rasa selamat dalam pekerjaannya.

6.
Kerajaan dan majikan yang baik akan mewujudkan ruang untuk membuat kerja yang baru. Melatih pekerja baru. Masuk dalam bidang baru. Bukan untuk membuang pekerja mengikut keperluan semasa. Itu mengikut gaya orang eropah yang terdesak untuk mencari penyelesaian cara mudah. Jangan diikut langkah itu. Bila melangkah, kena pandang ke hadapan.

Bacalah cara Che Det menangani pekerja “nenasnya”. Cara menguruskan birokrasi dan kerenah otai sebuah badan kerajaan. Aku baca kat buku tersohornya. Itulah cerita majikan yang bagus.

7.
Jika ada lambakan atau pertindihan tugas, maka wajar untuk diberikan portfolio baru kepada petugas. Contohnya, akauntan yang diperlukan di Kementerian Kewangan hanya 10. Sekarang ada 11. Maka yang 1 itu diserapkan ke Bahagian Audit di Kg Solok Baru, misalnya.

Sebagai pegawai kerajaan, tidak boleh membantah. Kerja sahajalah di mana sahaja diarah. Majikan anda mengeluarkan perintah.

Jika tidak mahu, itu adalah hak individu untuk keluar dari kepompong kerajaan. Kerjalah sendiri. Tiada siapa menghalang.

Yang itu, pilihan sendiri untuk tidak bekerja. Peluangnya ada. Itu dinamakan kuasa memilih.

8.
Tapi untuk diberhentikan dengan cara apa sekalipun, aku tak setuju. Ramai beranggapan bahawa kerja dengan kerajaan Malaysia adalah pekerjaan yang selamat.

Gaji senantiasa dibayar mengikut masa. Tidak pernah lambat.
Kebarangkalian untuk dipecat adalah kecil.
Jika ada krisis ekonomi, gaji tetap diterima seperti biasa.

Bila sudah selamat kerjayanya, tindakan mereka dikatakan bersahaja. Tidak wajar diklasifikasikan begitu. Ada juga yang melakukan kerja mereka dengan sepenuh jiwa.

9.
Pada aku, ia adalah soal penstrukturan. Adalah wajar untuk menyedarkan penjawat awam yang leka. Tapi adalah sangat tidak wajar untuk menakutkan mereka dengan program pemberhentian kerja (jika ada).

Kepada yang berkuasa kelak, harapnya tidak terjadilah perkara ini.

Ada beribu cara untuk menasihat manusia. Dan yang bekerja dengan kerajaan, antara syarat yang diwajibkan adalah yang waras akalnya. Boleh menerima teguran jika kena pada tempatnya.

10.
Eropah ada memperkenalkan program elaun kebajikan. Jika tidak bekerja, maka akan dapat duit dari kerajaan untuk menampung hidup yang ala kadar.

Jika tiada kerja, akan melakukan jenayah untuk mendapat wang saku. Di Malaysia sekarang sudah ada bayangan akan berlaku.

Jika sudah melakukan jenayah, perlu disediakan lokap. Perlu untuk beri makan percuma setiap hari. Segala kepakaran dan ilmu yang ada, mati begitu sahaja di penjara. Pembekuan tenaga dan minda.

Adalah lebih baik untuk kerajaan memberi kerja dan memberi upah gaji, berbanding memberi upah jika tidak bekerja. Itu tanggapan aku. Orang Asia Malaysia.

11.
Kenapa hendak diagah penjawat awam ? Apakah ancamannya ? Apa pula motifnya ?

Tapi yang bercakap itu bukanlah ketua parti pembangkang. Cuma penasihat kecilnya sahaja.

Cuma aku mencari2, siapakah yang mengaut lebih untung dalam “epedemik” yang bakal menyusul selepas ini. Tunggu dan lihat sahajalah. Pasti akan ada cerita di sebalik cerita.

Maklumlah, sudah ada cahaya pilihanraya….. ;P

Projek Lembu

1.
Jika mahu menjadi menteri yang bersih, pastikan keluarga terdekat tidak terlibat dengan projek yang membabitkan kerajaan. Ringkas dan padat.

Pilih antara wang atau kuasa. Manusia tak boleh memiliki semuanya dengan adil.

Che Det sebagai PM boleh buat. Kenapa tidak anda wahai Puan Menteri ?

Kehidupan keluarga anda telah disuluh. Jawablah sendiri.

2. Aku pernah bertemu dengan beliau. Baik orangnya. Lembut tuturnya. Bersahaja wataknya. Tapi yang salah tetap salah. Betul dari segi undang2, tapi salah dari segi moral. Walau apa pun alasannya.

Ramai yang lebih teliti dan skeptikel melihat kepada aspek moral melebihi dari aspek kebolehan.

Sejarah telah membuktikan kenyataan aku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s