Kedai 1Malaysia


Assalamualaikum

KEDAI 1MALAYSIA

1.
Aku tak faham apa yang nak disibukkan dengan kedai 1Malaysia ni. Tengok kat suratkhabar, banyak la pulak yang mengomen tentang harga barang dan kualiti.

2.
Aku belum jumpa lagi kedai 1Malaysia ni. Di Cheras mahupun di Puchong. Kat mana lokasi pun aku tak tahu. Hanya dengar cerita. Tapi oklah, baru nak mula.

Harapnya aku jumpa. Kedai “franchise” serbaneka murah milik rakyat Malaysia.

3.
Pada aku, kedai ni macam kedai serbaneka yang lain. Jual barang.

Kalau nak beli, belilah. Kalau taknak beli, tak payahlah. Duit korang. Suka hatilah nak berbelanja kat Kedai Ah Keong ataupun kedai Pak Abu. Tiada paksaan.

Yang membelinya orang “biasa-biasa”. Yang kaya tetap memilih pasaraya dengan namanya bukan berbahasa malaysia. Tesco Carrefour Giant Jusco 7 11…..

4.
Yang aku tahu, kedai ni diusahakan oleh kumpulan perniagaan jenama Mydin. Sokonglah kedai rakyat tempatan, tak kira Melayu Cina India mahupun Mamak. Moga satu hari nanti boleh ganti 7 11. Yang kaya rakyat Malaysia jugak. Ye dak ???

Sampaikan spender jenama 1Malaysia pun nak dijadikan bahan lawak. Tapi kalau spender jenama levis atau bum, lebih mulia untuk dipakai dengan baju seluar dan talipinggang sejenama.

Kerana nama… Lawak tetap lawak. Sinis.

5.
“Selemah2 pengetahuan” golongan berpendapatan rendah, masih tahu bezakan harga yang mahal atau murah. Mereka lebih prihatin tentang harga.

Kalau gula naik 5 sen pun dah melenting. Takkan diorang tak tahu harga bandingan dengan kedai lain ???

Dan golongan ini juga yang aku tahu, rajin membandingkan harga antara pasaraya. Nak mencari yang paling murah. Jadi, tak perlulah nak “mengajar” yang mana mahal yang mana murah. Mereka lebih arif. Kalau lebih satu sen pun mereka tahu.

Kerana kurangnya duit, mereka berjimat selagi boleh. Mereka lebih selektif dan prihatin dalam harga.

6.
Tentang kualiti barang, biarlah Persatuan Pengguna seperti CAP untuk bagi ulasan. Baru aku percaya.

Setakat wakil rakyat kaypoh ni, nak masuk tv ngan suratkhabar aje lebih ( mode geram ). Apa salahnya menyokong perniagaan rakyat Malaysia ??? ( berapa kali aku nak type daaa )

Asyik2 pembohongan barisan nasional … Pasaraya besar yang menjanjikan harga terendah pun bohong juga. Taktik meniaga.

Cuma konsumer Malaysia belum rajin untuk komplen. Kalau murah beli. Kalau tak, pergilah ke pasaraya lain. Mudah.

7.
Adakah dengan menjatuhkan kedai 1Malaysia ni dapat membantu rakyat ??? Kenalah ada persaingan. Bila banyak pesaing, maka harga akan lebih murah. Itu konsep ekonomi mudah yang aku tahu.

Tak wajar (bagi aku) membandingkan dengan Carrefour dan Tesco. Mereka adalah pasaraya gergasi. Mereka beli pun berkontena2. Mereka mampu untuk dapatkan economics of scale.

Bandingkan dengan kedai runcit lain seperti 7 11. Kalau tak pun kedai 99. Baru betul. Kedai yang ada di kawasan perumahan. Tak perlu naik motor atau kereta ke pasaraya berdekatan.

Yang aku nampak kedai 1Malaysia ini adalah alternatif kedai runcit. Bertambahnya pilihan.

Tapi kalau benar barangan mereka lebih murah, kumpulan Mydin ni memang hebat.

8.
Sekali lagi, pilihan di tangan pengguna. Kalau boleh sokong kedai rakyat Malaysia, sokonglah. Kalau tak mahu beli, takde siapa memaksa.

Barulah orang Malaysia nak bersaing, dah kena tujah. Kena tiaw kiri dan kanan. Modal nak berniaga pun belum dapat balik. Semata2 kerana kepentingan politik sesetengah pihak.

Mungkinkah towkay Mydin tu bukan orang Pakatan Rakyat sehingga mahu dibangkrapkan ???

Berkhidmat untuk rakyat wahai wakil rakyat, bukan hanya untuk penyokong pakatan rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s