Perihal 100


Assalamualaikum

SERATUS RINGGIT

1.
Semua ibubapa dapat seratus untuk setiap anak yang bersekolah. Aku dah ambik duit tu semalam. Tapi belum belanja lagi.

2.
Mesti diingat. Duit itu bukan milik anda. Milik anak anda. Sebelum nak serahkan balik pada kerajaan, ataupun nak bagi sekolah atau PIBG, tanyalah anak anda dahulu. Hak dia. Tanggungjawab makbapak untuk menyediakan kelengkapan sekolah.

Ada beza antara hak dan tanggungjawab. Untuk mereka yang prihatin.

3.
Dalam hujan, ramai yang datang dan beratur untuk menerima wang tersebut. Aku adalah antaranya. Membuktikan bahawa 100 untuk seorang murid, bukan jumlah yang dipandang remeh.

Kalau mahu, ambil. Nilai yang besar untuk keluarga yang besar tapi berpendapatan kecil.

4.
Yang selalu komplen ni, orang baru yang dah terlampau kaya. Tak mahu menerima bantuan kerajaan. Golongan ini merasakan mereka tidak layak.

Tapi bantuan buku teks ambil juga.
Bila skuad doktor gigi datang sekolah, periksa juga.
Masuk hospital kerajaan, bill anak percuma.
Taknak pula bayar pada kerajaan, bayaran yang sama “didermakan” pada sekolah swasta.

Golongan ini amat selektif dalam berkira. Menunjukkan kaya tidak pada tempatnya. Biasanya golongan yang baru kaya. Orang yang amat kaya, selalunya baik pekertinya.

5.
Sekali lagi, ambil atau tidak ambil not 100 itu adalah pilihan. Tiada paksaan.

Cuma janganlah riak sangat. Niat untuk membantu kerajaan anda, akan mengundang cebikan dari golongan yang lain.

Ambil 100 itu. Tanya pada anak anda siapa yang paling fakir dalam kelasnya. Bagilah pada budak miskin itu (dengan izin anak, duit kerajaan untuk anak ).

Aku yakin, budak miskin itu akan menangis kesyukuran (ekstrem… bikin drama).

Kalau tak ambil, duit akan dipulangkan kepada kerajaan “untuk diselewengkan” lagi. Lagi baik bagi kat budak miskin itu. Logik mudah. Penyelesaian mudah.

6.
Tapi dari senario di sekolah anak aku semalam, tiada lagi yang menolaknya. Ambil sahajalah, ye tak ? Kalau kerajaan selangor bagi pun aku ambik. Tiada masalah.

Tapi belum ada berita pasal kerajaan negeri nak bagi seratus. Biasanya politicians ni berebut2 nak buat kebajikan untuk mengambil hati pengundi. Ambillah selagi ianya halal.

Bila ramai pesaing, yang untungnya rakyat …. Dari duit rakyat … 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s