Harimau Muda


Assalamualaikum

1.
Malam ni, Harimau Muda nak lawan Garuda Muda. Havoc dah kat wall FB. Ramai yang sokong, ramai yang komen.

Panas juga komen2. Hangat pra final.

2.
Yang lawan ni untuk Sukan SEA. Ada macam2 event.

Malaysia dah dapat 52 emas (setakat ini). Yang lain tu takde la exposed sangat kat berita. Cuma bola ni lebih sikit. Peminat pun lebih.

3.
Family Alex Yoong yang bertiga tu pun dah contribute 3 emas, perak dan gangsa. Lagi hebat. Adiknya yang umur 9 tahun buat rekod jadi pemenang paling muda emas sukan SEA. Tapi sebab diorang menang sukan air, kuranglah publisiti.

Kalau bola ni, yang mainnya 11 orang, tapi pingat emasnya kira satu aje. Bukan 11. Tapi liputannya, menenggelamkan acara yang lain. Kasihan atlet yang lain. Dah macam syiok sendiri. Menang ke, kalah ke, orang macam tak peduli.

Kalau aku tanya sapa coach dan wakil negara dalam acara terjun tiruk, rasanya 99 persen takleh jawab. Tapi kalau tanya sapa coach harimau muda, ramai yang pernah dengar atau kenal muka Ong Kim Swee ataupun Apex.

Begitulah penangan bola.

4.
Orang kata, emas bola ni ibu segala emas. Jadi menang emas bola ni kira raja SEA Games la.

Persepsi, hakikatnya tak begitu.

5.
Aku tak nengok games yang lain. Aku nengok bola aje. Sempatlah nengok wushu dengan cycling sementara meneman Alice kat Hospital.

Harapnya malam ni dapat nengok kat mamak… Nak jerit kat sepital, kuranglah sopannya pulak.

6.
Aku menyokong pasukan Malaysia dalam apa pun games. Tapi semangat setiakawan mestilah utuh.

Kita kan serumpun ??? Tak payahlah mengeluarkan komen pedas dan menyentuh perasaan yang lain. Walau apa pun provokasi. Menulis dan mengomen secara matang.

7.
Aku tak marah kalau 100 ribu warga Indon mengejek 11 harimau muda di atas padang. Itu adalah psikologi taktikal.

Tapi aku marah kalau 100 ribu warga Indon tidak menghormati Negaraku. Walau apa pun alasannya.

8.
Aku doakan harimau muda menang malam ni. Ujian untuk psikologi. Tak boleh dipelajari atau dapat tempat prektikal di tempat lain.

Eksklusif. Hanya di Stadion Bung Karno, Indonesia.

9.
Tambah lagi satu pingat emas. Ibu pingat emas.

Menanglah Harimau Muda…. !!!! Biar aku senyum puas malam ini !!!!

😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s