Ipad Games Review


Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, post kali ni aku nak bagi review sket tentang game mudah, non high end graphic, yang boleh main untuk suka hati ataupun sakit hati… ;p

ANGRY BIRDS

Yang ni ada 3 version. Aku paling ok main yang rio ni. Burung yang nak lastik pun banyak sikit jenisnya. Yang tak bestnya, anak2 aku main dapat 1-2 bintang aje. Sesedar dah habis level tapi tak perfect bintangnya.

Agak tension juga, walaupun aku tau aku boleh main balik stage tu. Tapi apa yang annoying bagi aku, tidak semestinya annoying juga bagi korang.

Ni takyah nak bgtau pepanjang. Ramai org yang layan dah game ni. Macam dah jadi game wajib kat setiap pc. Kalau takde, tak sah…

4 bintang

CUT THE ROPE

Aku rasa game ni lagi ‘layan’ dari angry birds. Jenis potong2 tali, ada belon, ada duri kasi letup belon. Ni mencabar sikit iq aku yang tak berapa tinggi ni…

Bunyi katak yang makan candy tu pun bisa bikin bapak tension…!!! Jangan pecahkan screen anda. Ia hanya binatang dalam game…. Hahhaha… Macam pernah nak pecahkaaaannnnnnn aajeeee…. šŸ˜‰

Game ni addictive dan menggeramkan sanubari. Objektif dia sama macam angry bird… Dapatkan tiga bintang. Aku rekemen sangat untuk game ni.

4 3/4 bintang

BOP IT

Game ni mengajar korang untuk mendengar arahan !!! Bop it, squeeze it, pull it… Memacam lagi la… Adelya suka game ni.

Bagus untuk bebudak. Ajar dia dengar arahan… Nanti boleh dengar cakap mak bapak !!! šŸ˜‰

Multiplayer dia pun layaannnn… Simple je game ni. Tapi bolehlah nak tunjuk lagak dengan anak2… Hehehehhehe… Tapi nasihat aku, prektis la dulu sebelum nak bakar perasaan anak2 anda…

3 1/2 bintang

PLANTS VS ZOMBIES

Game yang ni teramat sangat addictive. Tersangatlah layannya. Boleh terlupa nak makan… šŸ˜‰

Objektif dia, tanam sayur2 yang keluarkan peluru untuk bunuh zombie yang nak datang menyerang rumah.

Game ni nampak simple. Graphic pun ala kadar aje. Mula2 aku malas nak main. Tapi bila Aisyah Adam Ammar dah sangkut kat stage, aku tolonglah. Sejak aku tolong tu… Takde chan diorang nak main… šŸ˜‰

Ini indah main dari rupa. Nampak game ni macam game bodoh, tapi kalau terer habiskanlah !!! Unlock semua zombie yang ada… (aku masih cuba untuk kalahkan yeti).

4 3/4 bintang

QUARREL DELUXE

Ni game stategy dan aplikasi vocab yang ada. Letakkan askar (2-7) kat spot yang korang nak. Lepas tu lawan la… Satu askar boleh bawak satu huruf.

Mungkin vocab korang bagus, tapi stategy nak taruk askar yang bawak huruf tu penting jugak.

Game ni pun best. Tahap iq dia pun agak tinggi. Boleh la belajar perkataan baru sambil main.

Aku tak minat sangat scrabble. Agak boring. Tapi ni alternatif yang baik untuk aku. Aisyah (darjah 2) pun dah start main game ni. Aku rekemen, baikkkkk punyeeerrrr… !!!!

4 1/2 bintang

EARLY BIRD HD

Kalau konsep angry birds lastik burung… Konsep ni pulak swipe screen kasi burung terbang… Objektif dia, swipe seminima mungkin sampai dapat makan cacing.

Jangan pakai swipe je… Strategy tu penting. Kontrol gerakan jari… Jangan lebih sangat, jangan kurang sangat.

Muka toya cacing yang mengejek kalau tak dapat makan dia, tersangatlah toyanya. Berlagak nak mampus. Tapi kalau dapat makan cacing tu pun, muka dia tetap toya. Jadi, maafkanlah ketoyaan cacing tu… Dia jeles dengan Worms kot… Eheheh….

Tiga bintang

P/s : Nnt aku update game hi end lakz… ;p

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s