Meruntuhkan rumah ibadah


Assalamualaikum

1.
Aku ada terbaca pasal nak “meruntuhkan” masjid kat Kedah. Ramai yang tak setuju. Sedikit yang setuju.

2.
Niatnya baik. Nak bina masjid yang lebih besar sebagai ganti. Dan juga nak mengelakkan “kesesakan”. Maslahat umum.

3.
Yang menjadi halnya, ada sebahagian rakyat Malaysia “amat memelihara” nilai sejarah dan nilai sentimental. Meruntuhkan masjid dilihat seperti meruntuhkan agama.

Seharusnya dalam negara yang majoritinya Islam, masjid ditambah, bukan untuk dirobohkan. Itu hujah asas yang tidak menyokong.

Pada aku, serahkan kepada pentadbir negeri untuk buat keputusan. Anda bebas untuk membantah dengan cara terhormat. Bukan menghentam keras dan berdemonstrasi.

4.
Apabila masjid di Kedah disentuh, ada sebuah rumah ibadah di Mid Valley juga disentuh sebagai rujukan. Isu ini berlanjutan.

5.
Di dalam fahaman aku, rumah ibadah tidak boleh dirobohkan. Tapi rumah ibadah yang bagaimana menurut Islam ?

6.
Jika ianya adalah pegangan ahli kitab, beriman pada Allah yang Esa, maka rumah ibadah tersebut tidak boleh dirobohkan.Tetapi jika rumah ibadah itu adalah tempat untuk menyembah idol atau berhala, maka ceritanya lain.

Isu ini agak sensitif kepada yang tidak memahami, tapi biarlah aku bagi contoh untuk dikiaskan.

Kesemua berhala di sekeliling Ka’bah dihapuskan. Tetapi rumah ibadah ahli kitab dibiarkan… Maka, carilah hipotesisnya sendiri.

7.
Islam menentang segala bentuk fahaman yang melebihkan Tuhan lebih dari satu. Itu jelas. Kerana berpegang kepada ajaran agama yang lama, menyembah Allah yang Esa, maka ahli kitab mesti dilayan sewajarnya.

8.
Rasionalnya, orang Islam boleh memakan sembelihan orang Yahudi, kerana ucapan yang wajib adalah “Dengan nama Allah”. Lelaki Islam juga dibenarkan bernikah dengan golongan ahli kitab ( ini perlukan kupasan mendalam, sila dapatkan pakar )

9.
Ada juga tempat yang pada aku wajar dirobohkan terus. Contohnya tempat yang membawa erti khurafat, seperti makam Habib Noor di Singapura dan makam2 Wali Songo di Indonesia. Arwah2 itu tiadalah salahnya. Semasa hidup dikenali kerana ilmu dan amalannya. Jasa mereka menyebarkan Islam kepada penduduk setempat.

Yang salah adalah mereka yang “memuja” dan “meminta” pada makhluk selain Allah. Meminta kepada ruh. Meminta kepada jasad.

Manusia. Yang memberi syafaat di akhirat kelak hanyalah Rasulullah. Kita adalah umatnya. Minta tetap pada Allah. Bukan kepada makhluk.

10.
Pada kamu agama kamu, pada aku agama aku. Silalah lihat sebab ayat ini diturunkan. Bisa menyuluh yang dalam kegelapan.

11.
Orang Melayu amat sensitif pada sejarah. Jangan pula sejarah itu mengundang kepada perkara seperti tahyul dan khurafat.

Namun Islam tidak menghalang untuk orang Islam memelihara kesenian. Malah Hagia Sophia dipelihara nilai estetikanya sehingga hari ini.

Jangan diagungkan sangat masjid. Lebih baik kita mengagungkan Allah. Solat di manapun, Allah menerimanya, jika khusyu’ pada amalannya.

Jadi apa kesudahannya ?

Tanyalah pada MB Kedah… Dia lebih tahu dari aku … 😉

Advertisements

Nigger Celaka


Assalamualaikum

1.
Ada sorang abang suarez kena ban sebab sebut perkataan nigroto kepada pakcik evra. Lapan game. Banyak tu…. !!! Cuti sebulan setengah.

2. Katanya, perkataan yg dicakap tu adalah ayat biasa kat benua dia. Tapi satu penghinaan pada benua yang lain.

3. Kalau berborak dengan orang Melaka hardcore, perkataan celaka memang tak lekang dari lidah. Itu adalah “lawak kasar” diorang. Bila masa celaka tu adalah perkataan penghinaan bila orang Melaka bercakap dengan orang Melaka,, tiadalah dapat dipastikan.

4. Cubalah mencelakakan orang Kedah atau Kelantan. Memang celakalah nasib si penyebut perkataan celaka tu.

5. Berhati2 bila bercakap.

Cakap siang pandang2…

Kalau masuk kandang rimau mengembek, memang jadi lauk rimau la siapa yang mengembek…

6.
Aku suka nengok manager ngan player liverpool menyokong suarez. Semua pakai baju no 7… Nombor suarez. Tanda sokongan.

7.
Harapnya takdela kat Malaysia ni pemain negeri lain mencelakakan atau meniggerkan mahupun menjawakan pemain lain. Buruk padahnya… ;p

Dendam tak sudah


Assalamualaikum

1.
Anwar berdendam dengan Che Det. Habis semua “keturunan” dan “kroni” Che Det yang nak dilunyaikannya. Anaknya… Mahupun penggantinya… Semua mahu dilenyapkan, paling tidak, disenyapkan. Kalau tidak dihantar ke Sungai Buluh, rasanya Che Det adalah mentor terbaik yang dijulang Anwar. Dalam setiap ceramah, akan disebut nama bekas ketuanya itu.

2.
Nik Aziz pula berdendam dengan pemimpin kerajaan terdahulu yang menyingkir PAS dari barisan nasional. Habis madu sepah dibuang. Kini bila diajak untuk bersatu pun tak mahu lagi. Bak kata Karpal Singh, over my dead body (dalam konteks yang lain).

3.
Hal dendam ini mengundang sentimen. Mendatangkan rasa simpati kerana diperalatkan. Atau rasa dipermainkan. Manusia secara fitrahnya akan melakukan sesuatu untuk membantu yang teraniaya.

4.
Satu perkataan sahaja. Kasihan. Adalah amat sukar untuk hidup tenang jika dada penuh dengan dendam. Jiwa akan senantiasa tak tenteram.

Jika bapa yang buat salah, anak tak menanggung kesalahan yang dilakukan oleh bapanya… Jika ada hutang dengan bank, tiadalah anak menanggungnya. Lebih kurang begitulah analisisnya. Asas jurisprudens.

Jika Hussein Onn ada membuat kesalahan, maka anaknya Hisham tidak menanggung kesalahan bapanya.

Jika Che Det melakukan kesilapan, penggantinya Pak Lah dan Najib tidak bertanggungjawab atas kesilapannya.

Tetapi jika kebaikan yang dilakukan oleh bapa, anaknya pasti mendapat tempiasnya. Seperti berkawan dengan penjual perfume. Akan dapat harumannya.

5.
Tiada kebaculan dan merendahkan maruah dengan memaafkan. Allah Maha Pengampun, tetapi syariah tiada kuasa mengampunkan. Maafkanlah …

Tetapi jika ada kesalahan sivil, jenayah, syariah yang dilakukannya, maka wajarkanlah ia dengan memfailkan kes. Biarlah hakim mengadilinya.

Senario sekarang memutihkan mahkamah seMalaysia, katanya….

6.
Nik Aziz ada mengatakan bahawa beliau tak mahu dipatuk dua kali. Amat tidak bijak jika berlaku lagi. Amat benar. Bukan namanya seorang Muslim jika disengat lebah dua kali.

Hujah aku pula, ambillah iktibar dari sejarah. Bersatu itu boleh, tapi ambillah langkah agar jangan dibuang atau diperkotak katikkan lagi.

Itu sahaja. Mudah. Sekurang2nya mudah pada aku. Orang biasa.

7.
PAS tidak akan mendapat apa yang diperjuangkannya dengan Pakatan Rakyat. Itu hampir pasti. Perjuangan antara komponen mereka amat berbeza.

Ada yang menghujahkan, kenapa tidak UMNO sahaja yang bergabung dengan PAS ??? Mudah sahaja. Tidak ada asasnya, kerajaan majoriti yang masuk kepada parti minoriti.

8.
Satu perkara yang menghairankan aku. Tak pernah melangkau difikiran, parti yang menang kerusi paling banyak, akan menyerahkan tampuk pemerintahannya kepada pemimpin dari parti lain. Dari memilih ketua PAS sendiri seperti Abdul Hadi, diserahkan kuasa itu kepada ketua PKR, Anwar. Pelik tapi benar tapi musykil.

9.
Aku hampir menjadi ahli seumur hidup PAS. Matlamatnya baik. Tapi kerana berkawan dengan mereka yang kurang baik, kebarangkalian besarnya, ia sendiri akan menjadi tidak baik. Pengaruh rakan sebaya. Dan kerana itu, aku memilih the lesser evil mengikut pemikiran aku. Dan aku bertanggungjawab ke atas segala pilihan aku.

10.
Jika berbalah, kembalilah kepada asas yang diterima semua.

Bahawa Allah itu Esa.

Bergeraklah dari situ. Insya Allah, jika asas itu baik, natijahnya juga akan baik.

11.
Akan ada yang tidak bersetuju akan nasihat aku pada Tok Guru. Siapalah aku. Bagai langit dengan bumi. Aku sedar di mana aku berpijak.

Tapi aku rasa, apa yang tulis ini, ada benarnya. Nik Aziz juga bukan maksum.

Jika tiada siapa yang mahu memberi pandangan dari sisi yang berlainan kepada beliau, menggalakkan perpaduan, maka jadilah kamu dari golongan yang melagakan umat Muhammad di seantero Malaysia… Maka terputuslah tali itu.

12.
Jika lama disimpan, dendam akan membusukkan hati. Rohani dan jasmani.

Putaran dendam ini pula takkan habis jika saling tidak memaafkan.

“Sampai mati aku akan ingat…!!! “. Maka selepas dia mati, dendam itu diwariskan kepada anaknya. Maka saka dendam ini akan berlanjutan selagimana “bomoh” tidak membuangnya ke laut atau sungai. Jangan diwariskan perkara yang tidak baik. Tinggallah perkara dan persekiran yang baik untuk difaraidkan kepada semua umat Islam di Malaysia.

Alangkah baiknya kalau kita ini ada memori yang baik2 sahaja.

Seperti dalam setiap amin pada akhir solat jenazah…

“Apa yang ingin katakan pada arwah/jenazah ini ?”

“Baiiikkkkkkkkkk” ….. 😉

Ahmad Deedat


Assalamualaikum

1.
Bebaru ni aku terjebak dengan YouTube seorang penceramah terkenal yang baru aku sedar kemampuan oratornya. Namanya Ahmad Deedat. Sebelum ni aku cuma dengar nama dan membaca petikan artikelnya dengan evangelist Swaggart. Baru sekarang aku lihat dengan mata sendiri kelebihan yang ada padanya.

2.
Dia menjawab soalan yang dah lama aku tunggu orang memberikan jawapannya. Tentang sambutan Krismas, tentang old testament new testament, tentang Nabi Isa dan Kristianiti secara amnya.

3.
Yang hebatnya, dia menghujah menggunakan bible itu sendiri. Menghafaz. Di kala umat Islam “menolak” Bible, dia merapatkan Bible dalam dirinya. Di kala ramai yang menjauhkan diri dari Nabi Isa, dia di kalangan yang sedikit “mengenali” Nabi Isa, tanpa menafikan Nabi Muhammad adalah Rasulullah yang paling agung.

4.
Hujahnya pula simple, logik dan tepat sampai maklumatnya. Tak meleret. Disulami dengan humor yang sedikit. Menepati ciri ceramah yang aku nak dengar.

5.
Ramai penceramah terlalu serius. Cakap bersungguh2. Over cooked.
Ramai juga yang asyik buat lawak. Asyik mahu menarik perhatian.

Tapi Ahmad Deedat dalam kelasnya yang tersendiri.

6.
Sayangnya beliau telah meninggal. Legasinya diteruskan oleh penceramah seperti Zakir Naik. Ilmunya tinggi, tapi kekuatan oratornya tidak semampat Deedat.

7.
“Tak malukah kau, berhujah tentang Al-Quran sedangkan kau tak tahu berbahasa Arab”, kata seorang Menteri Saudi.

“Aku salahkan engkau. Aku yang tak tahu bahasa Arab mengelilingi dunia menerangkan Islam, sedangkan kau yang tahu, duduk di atas punggungmu” kata Deedat.

Dan Menteri itu meminta maaf dan berlalu…

8.
Ucapan beliau tiada unsur untuk memecahbelah. Mahu memupuk perpaduan atas nama Islam. Ucapannya penuh fakta dan logik akal. Dan untuk itu, aku tak segan untuk memberitahu bahawa dia memang istimewa.

9.
Dia membuka minda aku yang mendengarnya. Tentang bible, tentang Nabi Isa, tentang Islam dan Muhammad saw.

Tengoklah dalam YouTube. Anda pasti terkesima…. 😉

10.
Sejahteralah dikau wahai Ahmad Deedat. Bertambah satu jiwa di Malaysia yang mendoakan kesejahteraanmu di sana.

Sepuluh tahun


Assalamualaikum

28 Disember 2011

1.

Aku meraikan sepuluh tahun aku dah bernikah. Hasil tersurat, ada empat orang cahaya mata. Yang tersiratnya banyak.

2.

Masa berborak dengan biras aku, dia ada kata bahawa kami dah lepas tempoh dugaan. Melewati tempoh selamat. Mudah-mudahan. Memang banyak betul dugaan sepanjang sepuluh tahun. Tapi halangan2 kami harung satu per satu. Aku yakin Allah takkan bagi ujian yang aku tak mampu nak tanggung. Selesaikanlah apa yang patut.

3.

Masalah tak akan habis. Ujian takkan berhenti. Cuma bila dah mati, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Selagi hidup, selagi kita bernafas, masalah akan datang. Kawan yang baik kita rapatkan. Kawan yang tak baik, kita unfriend kat facebook.

4.

Sepuluh tahun. Rasa sekejap aje. Banyak perkara yang belum selesai lagi. Belum betul2 settle down. Harapnya, bila dah empatpuluh nanti, bolehlah bersenang2an sikit.

Ada tiga perkara penting yang aku nak capai…

1) Ada rumah dan kenderaan yang selesa
2) Dapat mengerjakan haji yang mabrur

5.

Moga aku dapat apa yang aku hajatkan. Bila dah tua, banyak kepentingan sekarang yang akan dilupakan. Bila dah mati, segalanya akan ditinggalkan.

Oh ya !!! Kat atas tadi aku tulis tiga perkara. Aku cuma type dua. Yang ketiganya, Dengan izin Allah, aku nak menimang cahaya mata lagi … Memeriahkan umat…. 😉

Harapnya dapatlah apa yang aku hajati, sebelum sampai sepuluh tahun lagi ………….