Meruntuhkan rumah ibadah


Assalamualaikum

1.
Aku ada terbaca pasal nak “meruntuhkan” masjid kat Kedah. Ramai yang tak setuju. Sedikit yang setuju.

2.
Niatnya baik. Nak bina masjid yang lebih besar sebagai ganti. Dan juga nak mengelakkan “kesesakan”. Maslahat umum.

3.
Yang menjadi halnya, ada sebahagian rakyat Malaysia “amat memelihara” nilai sejarah dan nilai sentimental. Meruntuhkan masjid dilihat seperti meruntuhkan agama.

Seharusnya dalam negara yang majoritinya Islam, masjid ditambah, bukan untuk dirobohkan. Itu hujah asas yang tidak menyokong.

Pada aku, serahkan kepada pentadbir negeri untuk buat keputusan. Anda bebas untuk membantah dengan cara terhormat. Bukan menghentam keras dan berdemonstrasi.

4.
Apabila masjid di Kedah disentuh, ada sebuah rumah ibadah di Mid Valley juga disentuh sebagai rujukan. Isu ini berlanjutan.

5.
Di dalam fahaman aku, rumah ibadah tidak boleh dirobohkan. Tapi rumah ibadah yang bagaimana menurut Islam ?

6.
Jika ianya adalah pegangan ahli kitab, beriman pada Allah yang Esa, maka rumah ibadah tersebut tidak boleh dirobohkan.Tetapi jika rumah ibadah itu adalah tempat untuk menyembah idol atau berhala, maka ceritanya lain.

Isu ini agak sensitif kepada yang tidak memahami, tapi biarlah aku bagi contoh untuk dikiaskan.

Kesemua berhala di sekeliling Ka’bah dihapuskan. Tetapi rumah ibadah ahli kitab dibiarkan… Maka, carilah hipotesisnya sendiri.

7.
Islam menentang segala bentuk fahaman yang melebihkan Tuhan lebih dari satu. Itu jelas. Kerana berpegang kepada ajaran agama yang lama, menyembah Allah yang Esa, maka ahli kitab mesti dilayan sewajarnya.

8.
Rasionalnya, orang Islam boleh memakan sembelihan orang Yahudi, kerana ucapan yang wajib adalah “Dengan nama Allah”. Lelaki Islam juga dibenarkan bernikah dengan golongan ahli kitab ( ini perlukan kupasan mendalam, sila dapatkan pakar )

9.
Ada juga tempat yang pada aku wajar dirobohkan terus. Contohnya tempat yang membawa erti khurafat, seperti makam Habib Noor di Singapura dan makam2 Wali Songo di Indonesia. Arwah2 itu tiadalah salahnya. Semasa hidup dikenali kerana ilmu dan amalannya. Jasa mereka menyebarkan Islam kepada penduduk setempat.

Yang salah adalah mereka yang “memuja” dan “meminta” pada makhluk selain Allah. Meminta kepada ruh. Meminta kepada jasad.

Manusia. Yang memberi syafaat di akhirat kelak hanyalah Rasulullah. Kita adalah umatnya. Minta tetap pada Allah. Bukan kepada makhluk.

10.
Pada kamu agama kamu, pada aku agama aku. Silalah lihat sebab ayat ini diturunkan. Bisa menyuluh yang dalam kegelapan.

11.
Orang Melayu amat sensitif pada sejarah. Jangan pula sejarah itu mengundang kepada perkara seperti tahyul dan khurafat.

Namun Islam tidak menghalang untuk orang Islam memelihara kesenian. Malah Hagia Sophia dipelihara nilai estetikanya sehingga hari ini.

Jangan diagungkan sangat masjid. Lebih baik kita mengagungkan Allah. Solat di manapun, Allah menerimanya, jika khusyu’ pada amalannya.

Jadi apa kesudahannya ?

Tanyalah pada MB Kedah… Dia lebih tahu dari aku … 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s