Menyedut udara baru


Assalamualaikum

1.
Di waktu korang membaca post ini, aku nak memulakan kerja baru. Selepas lebih kurang lapan tahun, telah tiba masanya untuk menukar udara dan pandangan.

2.
Tempat kerjanya lebih jauh. Aku perlu menempuh jam. Aku tak boleh amik dan hantar anak2 ke sekolah. Aku kena keluar rumah awal pagi.

Aku memasukkan diri aku dalam golongan orang biasa yang normal.

3.
Banyak tempat yang aku jaga dulu. Hmmm… Aku listkan antaranya sebagai kenangan

a. Alam Flora Mudun Alam Jaya
b. Skuadron Istiadat Berkuda Istana Negara – Sungai Buluh
c. Bangunan Perbadanan Putrajaya – Petronas Bangi – Gate 1 Putrajaya
d. Kem TUDM Sungai Besi
e. Alam Flora PJU 1
f. Depoh Peluru Masjid Tanah
g. Katering DBKL
h. PPR Jinjang
i. Alam Flora – MBPJ Bandar Utama 1

4.
Memulakan tugas di usia muda dengan menjaga semua pekerja yang melampaui usia bukanlah mudah. Tapi aku bertuah kerana ada senior PM yang sabar dan cool. Merangkap biras aku… Abang Long ;). Kalau takde dia, rasanya dah lama aku rebah.

Kerana bercampur dengan pekerja2 lebih usia dari aku, menjadikan gaya aku ala2 orang tua… ;p.

Cara dia old school. Lepas 2/3 kali tunjuk… Dia suruh aku manage. Dah lepas2 tu, aku buat sendiri aje. Lone ranger. Berdikari. Merantau keliling Malaysia. Rasanya yang aku tak sampai, area Kelantan Terengganu aje. Baru terfikir… 🙂

5.
Aku sentimental bila kontrak projek pertama bawah aku tamat. Ini berlaku di bangunan besi Perbadanan Putrajaya. Bila pekerja2 menangis, aku sedih la jugak. Ada yang dah hampir sepuluh tahun kerja dengan syarikat.

Setia. Bukan mudah untuk mencari pekerja yang setia.

6.
Yang aku paling enjoy ialah jaga stable Agong. Sempoi. Best. Naik kuda yang korang tengok kat depan istana, yang duduk tegak tu… Haaa…. Itulah. Ada banyak lagi jenis kuda yang ada. Last count ada 38. Orang lain sibuk jaga kucing, kitorang jaga kuda.

Kat situ juga aku ada supervisor, namanya Abang Fadzil. Kami rapat. Selalu minum pagi sesama kat Jalan Bellamy. Banyak kenangan di situ. “Kerja” di hari raya, pergi trip luar beramai2… Tapi kerja nilah yang aku paling enjoy. Banyak cabaran yang menarik.

Yang paling memenatkan katering DBKL. Walawweh…. Tapi syiok sebab kat situ aku dapat buat kerja2 mengarut dengan Abang Eddy ngan Farid. Hahahha… Kenangan rahsia. Hanya kami yang tahu.

7.
Kepada pemilik Hadijah Ahmad dan Norjah N, terima kasih diucapkan. (btw… Boss2 aku semua wanita besi !!!). Jasa anda saya kenang selalu. Saya doakan syarikat kekal maju jaya hingga ke akhir waktu. Amin.

8.
Harapnya suasana baru, adanya semangat baru. Kawan baru. Gaji baru. Harapnya akan cepat adapt.

9.
Doakan aku maju jaya di padang yang baru ye …. 😉

Snap Beginner : Diguna dan memperguna


Assalamualaikum

1.
Ada yang beranggapan bahawa tukang amik gambar ini dipergunakan. Bila nak amik gambar, orang panggil untuk snap. Tanpa bayaran. Upload kat fb pun free.

2.
Begitulah kebiasaan.

3.
Yang tak diketahui, sebenarnya tukang amik gambar mempergunakan orang sekeliling sebagai model tak berbayar. Prektis amik gambar. Lawa atau tidak lawa. Upload dan tengok komen atau like kengkawan.

Itulah sebab utama kalau aku upload sekali beratus foto. Kekadang jemu dan tengok satu2. Mahu melihat persepsi dan citarasa terkini.

4.
Dipergunakan atau mempergunakan bukan isunya. Yang penting hati semua senang. Dijaga.

5.
Tak perlu hantar atau cuci foto. Ramai boleh tengok. Menjimatkan wang dan masa. Amal bakti juga tu.Tapi ramai tak melihatnya sebegitu. Yang penting di mata dan hati aku…

6.
Sudah ada 99 album dalam akaun fb aku. Kebanyakkannya melebihi seratus keping. Kalau pro rate, sudah ada lebih kurang 10,000 gambar yang aku snap dalam tempoh 3 tahun. 9,000 daripadanya adalah dalam bentuk JPEG. Baru2 ni sahaja aku bertukar kepada raw. Kerana sudah ada external HD… 😉

Dan aku kini secara teorinya sudah melepasi tahap beginner dan melangkah ke alam introduksi amatur. Teori sahaja. Prektikelnya belum. Tiada pembelajaran khas. Tiada guru khas. Hanya dari kengkawan dan bantuan guru serata dunia di Tiub Engkau.

Aku sarankan menTiub Engkau … Kai dari DigitalRev dan Adorama TV. Informatif dan menarik. Cikgunya pun sempoi.

7.
Selepas cecah angka keramat, aku mahu lebih selektif. Memilih gambar yang aku suka sahaja untuk diuploadkan. Kedekut dan berlagak walaupun belum pro… ;p

8.
Dan aku telah memulakan projek yang bermanfaat sedikit. Bolehlah tengok kat album ENTERFRAME kat akaun fb aku. Kalau mahu. Tiada paksaan… 😉 Kalau berminat, bolehlah turut serta. Menggunakan sedikit kreativiti dan berkongsi foto di dalam stok.

9.
Dan aku tengah mengusha kamera Leica. Entah bila nak dapat. Tak salah untuk bermimpi dan beranganan Jenin. Manalah tahu boleh jadi kenyataan.

10.
Lepas ni bolehlah grab job kecik2… Yang berbajet kecik… Kumpul duit untuk cik Leica aku tu… Lepas usaha baru tawakal… Huhuhuhuhu

Tiada yang percuma lagi di dunia sekarang ini, kecuali negara berkebajikan… ;p

Perihal Snap Gambar…


Assalamualaikum

1.
Mula2 aku terjebak dengan sindrom amik gambar orang ni, bila biras2 aku beli dslr. Tengok syok. Tapi aku takut hobi ni jadi hobi sekejap2. Pernah aku nak try memancing. Aku tak suka masa menunggu yang panjang. Joran aku pun entah ke mana. Nasib baik beli yang murah kat Carrefour.

Rasa rugi kalau beli barang memahal lepas tu tak pakai.

2.
Dulu aku lagi selesa pakai iPhone. Prektikel. Senang bawak. Gambar pun boleh tahan cantiknya.

3.
Pada satu tahap keboringan, aku pinjam kamera biras aku. Nikon D60. Main auto mode je. Flash pulah asyik terpacul keluar. Gambar lagi cantiklah, of course (berbanding henfon). Lepas tu baca2 la sikit buku, tengok skill kat youtube. Apply.

4.
Lama2 best la pulak. Dapat capture moment. Terutamanya anak2… Famili…. Bila dah cekap sikit triangulation, aku try manual mode. Lawa lagi lah. Bila gambar kelam amik gambar anak aku terima hadiah dalam dewan, aku beli plak flash cikai YongNuo. Sekarang dunia dah terang sikit.

5.
Aku konfem terjebak bila jumpa plak member sekolah. Jadi chef dah sekarang. Main Kanen. Gambar dia lawa. Belajar la sesikit. Aku pun tekad beli la. Asyik pinjam kamera orang. Jadi amik la D90 yang harganya dah jatuh menjunam.

6.
Aku suka amik gambar orang. Banyak action. Banyak expression. Ada juga aku join kelab Lensa Malaya outing. Tapi bila grup buat outing, asyik amik gambar landscape. Aku tak minat tunggu moment. Aku minat aktif, carik moment yang sedetik.

Ramai suka amik gambar orang kat majlis. Aku suka amik environment sekeliling orang yang melihat majlis. Tak statik. Penuh warna.

7.
Sekarang ni aku try street photo pulak. Baru nak try. cuma sifu aku belum ada kesempatan nak join sama. Aku masih menunggu.

8.
Edit gambar pulak pakai Lightroom. Single click je. Semua gambar bertukar. Senang. Takde nak edit satu2. Mungkin bila dah ada mood nanti, bolehlah try. Aku cuba photoshop. Gagal dengan baik sekali. Huhuhuhu… Cukuplah lightroom. Aku takde edit2 yang melampau. Apa yang nampak kat album fb, itulah yang keluar kat kamera. Cuma aku tambah kaler kekuningan sikit. Itu aje.

9.
Amik gambar belum la lawa macam kengkawan. Tapi cukuplah puaskan hati sendiri. Cuma nasib pemetik gambar, gambar sendiri kurang. Rezekilah siapa yang aku snap. Kalau tak lawa, nasiblah… Kuikuikui.

Lagipun aku edit guna iPad je. Cikai.

10.
Cuma sekarang ni aku nak try amik video pulak. Tapi disebabkan nak editnya amik masa yang lama, aku tangguhkan dulu. Lemau duduk depan pc lelama.

11.
Kalau nak join memetik, jomlah. Kalau free, aku on. Kepada yang dah terer, ajaklah aku sama. Boleh belajar lebih kurang. Kata pro, dari beginner nak jadi amatur, kena snap 10 ribu gambar. Dan aku masih seorang beginner. Entry level.

Tapi kalau nak amik gambar scenery… Aku tak bley la. Tak minat. Tripod pun takde (teringat belum pulangkan tripod biras aku).

12.
50mm dah ada. Lense feveret aku sekarang ni. Boleh mem”bokeh”. Aku suka mem”bokeh”. Subjeknya jelas. f nya sentiasa 1.8. ISO nya sentiasa 200. Senang lightroom aku nak edit… Kehkehkeh.

Ada kengkawan mintak amik gambar event. Nanti aku fikirkan. Menarik jugak. Sebab dah berani sikit. Street photo memang mengajar untuk menjadi berani petik.

Apa lagi… Jom petik… !!! 😉

Sensasi khalwat dan hudud


Assalamualaikum

KHALWAT

1. Ditangkap khalwat oleh penguatkuasa. Perlu dinyatakan khalwat dan zina adalah dua perkara berbeza. Khalwat itu duduk “bersendirian”. Zina itu adalah perbuatan antara lelaki dan perempuan (aku naif).

2. Benarlah ahli politik itu ditangkap khalwat. Tapi bukan didapati berzina. Itu mesti jelas.

3. Oleh itu, refrain lah diri dari mengeluarkan perkataan yang “menjijikkan”. Jika ditangkap bertuala, manakah gambarnya? Jangan bermain serkap jarang. Jika ada pun, itu adalah berkhalwat, bukan berzina. Kalau ada video, sahkanlah. Samada benar atau batil.

Jangan mengeluarkan komen sehingga mengiyakan seseorang itu berzina.

4. Namun begitu, bersama isteri orang pada pagi buta bukanlah pilihan yang bijak. Banyak lagi alternatif yang boleh aku fikir untuk menyelamatkan isteri orang di pagi hari. Paling kurang, ada lobby. Jika benar ikhlas, ustaz itu boleh tidur di lobby atau di bilik rakan seperjuangannya.

5. Biarlah tuan hakim membuat keputusan. Kalau ada yang hendak komen, simpanlah dalam hati. Takut kata2 yang terlepas memakan diri.

6. Memang boleh menjadi bahan joke of the day. Kekadang terlepas juga.

Kesilapan memilih pilihan.

HUDUD TIADA DALAM ALQURAN

1. Telah aku bincangkan semalam dengan rakan yang arif. Panjang juga ceritanya.

Secara istilah, memang tiada dikhususkan apa itu hudud di dalam AlQuran dalam satu ayat mahupun surah yang khas. Sama seperti negara Islam, bahkan solat lima waktu.

2. Memang benar, ahli feqah telah merangkumkan dosa2 besar dalam satu topik yang dinamakan hudud dalam bab jinayah.

3. Dari sudut bahasa, mungkin benar pada satu peringkat.

4. Namun mempertikaikan ahli feqah muktabar adalah satu perkara yang amat tidak wajar.

Mempertikaikan kewibawaan pemimpin lain adalah bersifat subjektif. Tetapi, mempertikaikan dan menyalahkan ahli feqah, adalah perkara yang lain.

Perbuatan dan hukuman dosa2 besar dinyatakan dengan jelas dalam AlQuran.

Wajib dibaca keseluruhannya. Dalam bahasa asalnya. Baru terasa mukjizat dan pahalanya. Terjemahan untuk orang awam itu perlu. Namun pengertian bahasa pastinya tidak sama.

5. Menyatakan bahawa keadilan manusia lebih objektif berbanding hudud, boleh menyentuh perspektif akidah.

Manusia terdedah kepada kesalahan. Dengan sifat Allah Maha Mengetahui, tidak mungkin ada satu pun perancangan atau cadangan manusia yang lebih hebat dari Allah.

6. Skop hudud adalah hukum Allah. Asas perundangan.

Kita sebagai umat Islam kena yakin dengan itu. Manusia bebas untuk mencipta undang2 seperti ta’zir dan urf. Tetapi yang asas tetap asas. Hudud adalah asas.

7. Tidak kiralah siapa yang bercakap, waima pemimpin yang aku hormat.

Namun bila salah, tetap salah.

Harapnya ada yang boleh mematahkan hujah beliau dengan bernas.

Jika aku salah, betulkanlah. Jika aku betul, jangan pula ada yang menyokong dengan memberikan dalil yang orang ramai tidak boleh nak terima.

Di sini aku harap mufti dapat membuat interception. Tidak boleh diam. Mudahkan orang awam memahaminya.

8. Harapnya, ada yang cukup berani untuk memimpinnya. Hidayah untuk kita dan semuanya, dipohon pada Allah.

Sekadar ayat sinikal… “Siapalah aku berbanding Imam Syafie…”