Semua mahu menang


Assalamualaikum

 

  1. Semua sudah maklum tentang tiga perpuluhan kosong. Makin panas cuaca politik Malaysia. Tempoh yang ada tidaklah mampu bertahan lama.
  2. Semua mahu menang. Semua mahu berada di pihak yang benar. Semua mahu pilihanraya yang adil. Semua mahu jadi hero dalam cara yang tertentu.
  3. Telah dijangkakan, akan sampai tahap di mana keganasan akan berlaku. Penganjurnya juga telah mengaku amat sukar menjaga orang bawahannya. Telah lama diduga.
  4. Di saat ini, tiada siapa yang nyata menangnya. Yang nyata kalahnya ramai. Tewasnya Malaysia yang permai. Tewasnya Malaysia yang beradab. Tewasnya Malaysia yang mematuhi undang2.
  5. Yang membuat onar hanyalah segelintir. Tapi kerana nila, rosak susu sebelanga. Tiada siapa mahu menghirupnya lagi. 
  6. Ramai yang sudah muak. Malah ramai juga yang sebelum ini senyap, telah mula bersuara. Ini dinamakan kebangkitan pengundi senyap. Faktor utama yang menentukan putaran keputusan pilihanraya Malaysia. Kerana jumlahnya adalah yang paling banyak di dalam kebanyakkan yang banyak.
  7. Tiadalah menjadi hero kerana hadir dalam perhimpunan. Tiadalah menjadi bacul kerana menonton youtube di rumah. Kerana semuanya mempunyai sekurang2nya satu pangkahan penentu. Semua mempunyai hak yang sama rata.
  8. Yang menang nanti mempunyai lima tahun untuk menggenggam kuasa. Kuasa haram kerana senarai yang haram. Kuasa halal kerana rakyat telah menulis secara tulus. Setakat ini tiada siapa di antara wakil rakyat yang mempunyai semangat yang kuat untuk membuang kuasa diperolehi yang dikatakan secara haram. Semuanya gila kuasa. Berceramah lantang dan bermulut lancang. Tetapi kerana tamakkan kuasa pangkat dan nama, semuanya jadi tidak apa.
  9. Tiada apa yang perlu disorak gembira. Hidup jalan seperti biasa. Boleh bekerja di mana suka. Boleh makan di mana sahaja. Bergelak ketawa. Tapi bila berpolitik, bermusuhan segala.
  10. Oh kawan… amatlah malang nasib Malaysia jika kamu masih berbalah sesama rakyat. Kata kamu berjuang untuk yang lain. Tetapi memaki dan mencaci kawanmu yang lain. Bukankah itu memperjuangkan tengkuk dan falsafah kamu sendiri ???
  11. Di mana kesudahan perjuangan ??? Di mana pengakhiran jeritan ??? Setiap lima tahun nada yang sama akan diulang. Akhirnya suara itu akan mati songsang.
  12. Semua mahu menang, tapi bersediakah jiwa jika kalah ??? Tiada siapa mahu kalah, tapi kamu perlu tahu, di dalam pertandingan, tidak semua akan menang.
  13. Seyakin mana wakil kamu akan menang, selitlah sedikit rasa yang wakil itu akan kalah. Kerana wakil anda telah dihakimi, diadili dan dijatuhkan hukuman oleh rakan2 dari daerah kamu sendiri.
Advertisements

1 thought on “Semua mahu menang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s