Burger Ambiga


Assalamualaikum

1. Ada peniaga yang memperjuangkan rakan2 yang tidak membuka kedai sewaktu demo hari tu. Peniaga itu juga berdemo. Tetapi betul2 di luar kediaman Ambiga.

2. Ambiga berkata itu adalah satu tindakan tidak matang. Kebudak2kan. Dan kini dia telah tahu apa ertinya bila ada orang membuat demonstrasi. Perasaan disondol oleh tuntutan. Walaupun betul, caranya kurang benar.

Aku terbaca di dalam satu blog yang menyatakan konsep ketidaksesuaian. Ayatnya yang ditaip, “Ya Allah, Tuhanku yang menciptakan khinzir”. Benar itu memang benar. Namun kurang sesuai pada kebanyakkan orang. Orang Malaysia menyatakan itu adalah ucapan yang tidak manis.

3. Berbalik kepada Al Kisah Burger Ambiga. Melalui pengakuan pembantu Ambiga, kini orang mula datang ke rumahnya untuk meminta burger. Di luar pagar kediamannya. Sesekali sinikal. Duatiga kali, ia akan menjengkelkan.

4. Tak salah untuk menuntut yang benar. Tak salah untuk meminta yang adil. Cuma caranya. Methodnya kena betul. Jangan hingga menyusahkan orang lain. Jangan mengganggu orang di rumahnya. Privasinya. Namun bila kita mengacau sentimen, mestilah ada kebarangkalian yang kita akan dikacau juga.

5. Kini segalanya di luar kawalan. Aku menjangkakan apabila kes Nalla di bawa ke mahkamah, makan aiskrim di perkarangan mahkamah pun akan menimbulkan pergaduhan.

6. Burger Ambiga adalah tindakan yang sinikal dan lawak ringan. Hanya untuk mencari publisiti untuk dikenali. Namun tepat ke sasaran. Dinyaringkan suara pada ketua demonstrasi. Setuju??? Tidak sama sekali.

7. Tapi Ambiga telah tersentuh kalbu. Amarahnya juga telah ada. Cuma yang membuat demonstrasi itu dua peniaga. Sekumpulan tentera.Tindakannya mendapat liputan luas media.

8. Hari ini pula disajikan oleh tarian punggung. Semakin lama semakin di luar kawalan.

Dengar khabarnya sudah melalut untuk memberi tosei. Esok lusa entah apa lagi. Habis kudrat untuk menyelesaikan masalah yang remeh. Kurangnya tenaga tersimpan untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar. Seakan rakyat Malaysia sudah mewah dan tidak perlu lagi bekerja, mempunyai masa terluang untuk berdemonstrasi sesuka hati, bilamana hati berkehendakkan publisiti.

9. Aku tak pernah setuju dengan demonstrasi jalanan, menjual burger intimidasi di hadapan rumah orang ataupun membuat senaman punggung di hadapan pagar. Semuanya aku tak suka. Itu mesti jelas.

10. Jika dikawal sejak mula lagi, semua ini tidak akan terjadi. Yang menjadi isunya hanyalah kepada yang beria-iya berpolitik di twitter,blog dan fb.

Ramai yang runsing pusing, menghitung duit gajinya yang menyusut menjelang hujung bulan. Itu adalah keutamaan.

Difikirkan kembali, mungkin Bersih, burger, tarian punggung dan tosei menyelesaikan semua masalah ini (sinikal).

Advertisements

Tanya pada anak itu…


Assalamualaikum

1. Malaysia dahulunya hebat. Adanya Petronas Twin Tower. Ada track F1. Ada KLIA. Ada Putrajaya. Dahulunya dikenal hanya kerana itu dan itu sahaja.

Awal 90-an bila berpijak di tanah haram, rata2 peniaga kenal Mahathir. Kenal Anwar. “Malaysia Good!!!”, katanya.

2. Kini Malaysia bersiaran di berita antarabangsa kerana demonstrasinya. Kerana kes liwat dan zina konspirasinya. Kerana lembu dan kapal selamnya. Kerana kekejaman polisnya. Kerana korupsinya.

3. Berpuluh tahun hendak menaikkan nama Malaysia di mata dunia.Setahun dua hendak mencalarkan nama baiknya.

4. Sepening2 tanggapan antarabangsa, pening lagi kanak2 yang hendak membaca akhbar media terbuka.

5. Ramai yang mahu mewariskan Malaysia permai kepada anak cucunya. Tapi dalam proses itu, ramai yang meninggalkan beban kepada kanak2 yang masih tidak mengenal erti di kemudian hari.

6. Duduk sebentar. Bercerita dengan kanak2. Mereka adalah hakim yang sebenar. Hendak tahu bagaimana Malaysia, tanyalah mereka.

Suluhan yang naif, tidak bias dan tidak mempunya kepentingan peribadi mahupun parti dan organisasi.

7. Tanyalah apa yang mereka mahu. Kemahuan mereka ringkas dan tepat ke sasaran. Mahukan mainan dan hiburan. Diselitkan dengan pekerjaan harapan.

8. Tidak perlu membayar jutaan ringgit kepada panel penasihat antarabangsa. Cukup dengan survey beribu kanak2 Malaysia yang disertakan aiskrim sebagai pembuka bicara. Tanyalah apa sahaja secara umum. Mereka akan menjawabnya.

9. Anak2 akan bertanyakan secara tepat dan tanpa selindung. Adakah editor akhbar dan pemimpin politik bisa menjawab segala pertanyaan jujur?

10. Lihatlah Malaysia dari mata anak2 kecil yang tulus dan jujur.

Kerana melihat dari mata aku dan kamu, sesungguhnya jiwa kita telah dikorupkan oleh nafsu.