Burger Ambiga


Assalamualaikum

1. Ada peniaga yang memperjuangkan rakan2 yang tidak membuka kedai sewaktu demo hari tu. Peniaga itu juga berdemo. Tetapi betul2 di luar kediaman Ambiga.

2. Ambiga berkata itu adalah satu tindakan tidak matang. Kebudak2kan. Dan kini dia telah tahu apa ertinya bila ada orang membuat demonstrasi. Perasaan disondol oleh tuntutan. Walaupun betul, caranya kurang benar.

Aku terbaca di dalam satu blog yang menyatakan konsep ketidaksesuaian. Ayatnya yang ditaip, “Ya Allah, Tuhanku yang menciptakan khinzir”. Benar itu memang benar. Namun kurang sesuai pada kebanyakkan orang. Orang Malaysia menyatakan itu adalah ucapan yang tidak manis.

3. Berbalik kepada Al Kisah Burger Ambiga. Melalui pengakuan pembantu Ambiga, kini orang mula datang ke rumahnya untuk meminta burger. Di luar pagar kediamannya. Sesekali sinikal. Duatiga kali, ia akan menjengkelkan.

4. Tak salah untuk menuntut yang benar. Tak salah untuk meminta yang adil. Cuma caranya. Methodnya kena betul. Jangan hingga menyusahkan orang lain. Jangan mengganggu orang di rumahnya. Privasinya. Namun bila kita mengacau sentimen, mestilah ada kebarangkalian yang kita akan dikacau juga.

5. Kini segalanya di luar kawalan. Aku menjangkakan apabila kes Nalla di bawa ke mahkamah, makan aiskrim di perkarangan mahkamah pun akan menimbulkan pergaduhan.

6. Burger Ambiga adalah tindakan yang sinikal dan lawak ringan. Hanya untuk mencari publisiti untuk dikenali. Namun tepat ke sasaran. Dinyaringkan suara pada ketua demonstrasi. Setuju??? Tidak sama sekali.

7. Tapi Ambiga telah tersentuh kalbu. Amarahnya juga telah ada. Cuma yang membuat demonstrasi itu dua peniaga. Sekumpulan tentera.Tindakannya mendapat liputan luas media.

8. Hari ini pula disajikan oleh tarian punggung. Semakin lama semakin di luar kawalan.

Dengar khabarnya sudah melalut untuk memberi tosei. Esok lusa entah apa lagi. Habis kudrat untuk menyelesaikan masalah yang remeh. Kurangnya tenaga tersimpan untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar. Seakan rakyat Malaysia sudah mewah dan tidak perlu lagi bekerja, mempunyai masa terluang untuk berdemonstrasi sesuka hati, bilamana hati berkehendakkan publisiti.

9. Aku tak pernah setuju dengan demonstrasi jalanan, menjual burger intimidasi di hadapan rumah orang ataupun membuat senaman punggung di hadapan pagar. Semuanya aku tak suka. Itu mesti jelas.

10. Jika dikawal sejak mula lagi, semua ini tidak akan terjadi. Yang menjadi isunya hanyalah kepada yang beria-iya berpolitik di twitter,blog dan fb.

Ramai yang runsing pusing, menghitung duit gajinya yang menyusut menjelang hujung bulan. Itu adalah keutamaan.

Difikirkan kembali, mungkin Bersih, burger, tarian punggung dan tosei menyelesaikan semua masalah ini (sinikal).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s