Ujian Ramadhan


1. Tadi aku dapat berita yang agak menyedihkan. Anak buah aku yang sepatutnya menimang cahaya mata pada Ramadhan tahun ni, telah diuji dengan pemergian anaknya. Salam takziah aku ucapkan.

2. Terdahulu, pakcik aku juga telah meninggal dunia dua hari sebelum datangnya Ramadhan.

3. Berita tentang kematian bukanlah suatu perkara yang mudah diterima. Terutama yang menyayanginya.

4. Perihal ruh adalah milik Allah. Begitu juga dengan segalanya. Diberi dan ditarik nikmat adalah ujian yang nyata.

5. Seringkali kita tiada masa untuk saudara dan taulan. Namun apabila ada kematian,kita senantiasa ada masa untuk menziarah. Ketiadaan masa yang disengajakan.

6. Luangkanlah masa untuk yang masih hidup. Apabila ruh sudah terpisah dari jasad, segala jenaka kasih dan sayang tiada gunanya lagi. Hanya kenangan.

7. Di Ramadhan ini, carilah masa untuk bersama yang tersayang. Jika tidak, sekurang2nya di Aidilfitri, semua boleh berkumpul dan bercanda mesra. Setahun sekali. Sekurang2nya.

8. Anak itu kekal di syurga. Kita ini masih belum tentu hala tujunya. Dan aku mencemburui mereka yang telah dijamin syurga.

9. Dan kiranya, dilewatkan lagi gelaran datuk yang aku nanti. Aku doakan sejahtera pada keluarga abang aku dan anaknya. Moga beroleh keberkatan disebabkan kesabaran dan redho mereka dalam menghadapi ujian Allah.

10. Dan cerita ini mengundang memori aku yang telah mengkebumikan anak sendiri yang hanya sebesar tapak tangan ini.

Al-Fatihah.

20120725-123712 AM.jpg

Advertisements

Sang Penghibur dan Ahlul Politik


Assalamualaikum

Dan sang penghibur itu naik pentas lagi
Dahulunya sepi dan sendiri
Namanya dilaung memecah kebuntuan
Tepuk tangan disertai siulan
Dan sesaat sepi, menunggu ucapan
Sang penghibur, menghiburkan, terhibur, hiburan.

Dan sang ahlul politik itu naik pentas lagi
Dahulunya sepi dan sendiri
Kurang aksi di kaca telivisi
Dan penonton masih bertepuk lagi
Dan sesaat sepi, menunggu ucapan
Sang ahlul politik, mempolitikkan, terpolitik, politikus.

Yang mendengar hanya mahu mendengar
Dan terkadang bersorak kegirangan
Hanya perlu menyebut beberapa perkataan
Jika hambar ucapan dan tiada jeritan.

Dan berceritalah tentang kejalangan,
Mengumpat tentang si rambut mengerbang,
Pekiklah tentang skandal dan rasuah,
Disulamkan dengan lembu dan rumah,
Diceritakan tentang aiskrim dan fitnah,
Pasti akan mengundang respon si pendengar,
Yang akan menjerit dengan segala amarah.

Dan bila dibaca petikan kata2 hikmah,
Dari ahli eropah, amerika dan timur tengah,
Si pendengar diam kaku,
Hanya mengangguk kepala dan mengusap dagu,
Seakan faham walaupun sebenarnya tidak kenal
Dan tidak pernah tahu
Siapa yang disebutkan itu.

Suasana tenang seketika ketika fakta dibaca
Pakcik di sebelah cuba membarakan sigeretnya
Dan bau tembakau ikut mengajak yang lain
Untuk sama menghangatkan suasana

Si penghibur dan ahlul politik itu menjerit,
Takbir dan reformasi,
Transformasi dan nombor satu itu lagi,
Laungan pekikan itu dilantunkan kembali,
Dengan asap di mulut dan bara dijari,
Maka majlis itu meriah kembali.

Oh, mudah sungguh
Mudah untuk membaca
Mudah untuk mengerti
Apa yang cuba dilakukan oleh
Sang penghibur dan ahlul politik itu tadi.

Begitu mudah dan murah,
Suasana politik hiburan di Malaysia.