Ayuh kita gagalkan AES… Jangan biarkan kroni kaya !!!


Assalamualaikum

1. Semenjak dua menjak ni, banyak betul posting pasal AES. Tetiap hari ada aje komen dan gambar malah video kat Youtube yang menentang AES ni.

2. Kerajaan negeri pimpinan PR kata diorang taknak laksanakan sistem perangkap laju ni selagi tak betul teknikalnya (hujah mereka). Banyak Apps yang bagitau pasal AES ni dah. Ada yang tepat. Ada yang takde. Yang takde tu, terang tandanya nak menjahanamkan duit rakyat.

3. Malah AES ni dikatakan hakmilik kroni yang mahu pungut hasil saman untuk macam2 dana, untuk pilihanraya, untuk menjadikan yang kaya bertambah kaya. Iyalah, kalau satu saman 300, sejuta saman dah 300 juta. Pergh… Makin buncitlah kroni. Jangan biarkan ianya terjadi. Jika kita kayakan kroni, bermakna, kita membantu mereka yang zalim ini untuk terus berkuasa.

4. Aku tak pernah menyokong kroni dalam kepimpinan. Tak wajar yang kaya akan bertambah kaya dengan adanya saman petik kamera ini. Dahla takde makluman. Takde papantanda amaran. Tau2 gambar saman dah sampai rumah.

5. Oleh itu, aku mencadangkan kita semua boikot kamera ini. Kita boikot AES !!!

6. Jadi aku nak mencadangkan beberapa cara untuk memboikot yang tak membabitkan demonstrasi jalanan. Semua boleh buat. Amat mudah dan akan memiskinkan kroni yang telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menyusahkan rakyat.

a) Rakyat Malaysia mesti bersatu. Kita semua pakat pandu kereta perlahan2. Jika hadlaju 110 km/j, kita bawak hanya 100 km/j. Biar padan muka AES bila takde satu saman pun dia dapat keluarkan. Maka duit kita jimat. Kroni pun tak dapat wang rakyat.

b) Rakyat Malaysia perlulah berjaga2 di kawasan lampu isyarat di mana jua. Mematuhi undang2 jalan raya. Jangan langgar lampu merah. Bila dah kuning tu, siap sedia untuk berhenti. Maka bila lampu merah menyala, kamera tu keluar lampu liplapnya, maka yang ada hanyalah jalan yang kosong. Tiada kereta atau motor yang akan disaman sepanjang tahun. Itu matlamat kita. Jangan sampai satu kenderaan pun disaman.

c) Jangan terpedaya. Walaupun tiada tanda amaran AES, kita mesti selalu memandu 10 km/j kurang daripada had yang dibenarkan. Kalau agak2 takde juga papan tanda yang mungkin menjadi mangsa vandalisme, maka had yang aku syorkan adalah 60km/j. Maka semuanya akan selamat. Maka takde satu makhluk pun akan makan saman sama AES ni.

d) Kita rancang perjalanan. Keluar rumah awal sikit. Boleh elak jam. Kita pun tak terkejar2. Bila nak cepat, maka kita bawak laju. Selalunya begitulah. Mulai sekarang, kita cuba keluar awal setengah jam. Bawak kereta rilek2, takde rushing2. Maka selamatlah dari disnap kamera durjana itu.

7. Dengan ini, maka aku harap kita akan dapat mematahkan semangat dan sistem yang akan menyusahkan rakyat. Kita hapuskan kronisme. Kita jangan bagi satu sen pun kepada kerajaan zalim . Lebih baik kita belanjakan duit itu untuk keperluan rumah yang semakin naik.

8. Ayuh kita nyatakan kesungguhan kita dengan mengubahnya sendiri. Kita mampu mengubahnya. Anekdot mudahnya seperti berikut…

Ikut peraturan = Takde saman = Kroni tak dapat duit = Rakyat menyimpan dan belanjakan sendiri duit mereka kat mana yang mereka suka.

9. Senangkan ??? Ayuh kita gagalkan AES !!!! Sambil tu boleh kurangkan kemalangan… 😉