Saudara-saudara sekalian percayalah,
Kita menentang DAP, bukan kerana nama dia DAP. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia baru nak memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekalian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah jihad. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi keliru dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.