Sekarang anda sokong siapa ?


Assalamualaikum

1. PR janji, kalau menang eleksyen, esok turun harga minyak. Katanya RM 1.50 seliter.

Kalau BN mahu, dia boleh turunkan RM 1.00 hari ini juga. Sekarang, anda sokong siapa?

2. PR janji kalau dia menang, nak hapuskan tol.

Kalau BN mahu, dia boleh hapuskan tol, road tax dan lesen memandu. Sekarang, anda sokong siapa ?

3. PR janji kalau dapat memerintah, semua saman AES akan dihapuskan.

Kalau BN mahu, dia boleh hapuskan semua saman AES, saman parking dan saman langgar lampu merah. Sekarang anda sokong siapa ?

4. PR bermenifesto bahawa kalau dapat mengawal Malaysia, air free 20 meter padu.

Kalau BN mahu, dia boleh bagi setiap rumah 100 meter padu dan elektrik percuma sehingga seratus ringgit. Sekarang anda sokong siapa ?

5. BN beraku janji bahawa akan beri wang BR1M RM 1200 pula setiap tahun.

Kalau PR mahu, dia boleh berjanji untuk bagi RM 5000 setiap tahun. Sekarang anda sokong siapa ?

6. BN kata dia akan sediakan rumah2 murah PR1MA kepada rakyat yang selayaknya.

Kalau PR nak lawan hebat, dia boleh janji nak bagi setiap warga Malaysia sebuah rumah dengan bayaran 1 ringgit. Sekarang, anda sokong siapa ?

7. Semua ini adalah dalam bentuk rasuah yang nyata. Merasuah imbuhan untuk mendapat pangkat dan nama.

8. Jika anda termakan pujuk dengan semua ini, anda adalah tergolong dalam golongan orang yang makan rasuah di Malaysia.

9. Menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memberikan segala yang terbaik untuk rakyatnya. Tak perlu pancing. Tak perlu janji manis.

9(1A) Pemerintah yang adil dan efisien boleh memberi yang lebih baik dari semua ini.

9(1B) Pemerintah yang dinamik akan selenggarakan ekonomi dengan baik dan tersusun. Bila ada lebihan, barulah disebarkan. Bukan berbelanja dahulu dan mencari wang kemudian. Ini adalah fikrah mudah. Ekonomi mudah.

10. Jika anda memujuk teman2 anda dengan semua ini, anda adalah tergolong dalam golongan orang yang membantu rasuah di Malaysia.

11. Kita semua benci rasuah dan korupsi. Tapi bila diberi, kita ambil.

Itu bukan rasuah, itu adalah menifesto. Kita perlu ambil apa yang dijanjikan. Hak kita.

Amat ironik.
Sungguh ironik.
Tiada kena mengena dengan Iron Man 3.

12. Maka undilah Tok Mun. Dia tak menjanjikan apa2… Sinikal. Tiada kena mengena dengan basikal.

Bila sudah terhidang segalanya


Assalamualaikum

1. Makanan sudah terhidang. Ayuh semua makan. Cuma jangan lahap. Jangan mentekedarah. Makan dengan beradab.

2. Petronas, Proton, KLCC, Putrajaya, KLIA, KL Tower. Semuanya lazat dan berkhasiat.

3. Malaysia kini bukan lagi sebuah negara di antara Singapura dan Siam. Bila sebut Malaysia, orang luar kaitkan dengan Twin Tower. Hebat. Menjelijih.

4. Kita mesti bergerak ke hadapan. Masih ada Tanjung Pelepas, Jambatan Bengkok, Trek Berkembar. Tiada menifesto yang mahu membangunkan semua ini.

5. Mendapat kuasa. Menghabiskan kuasa. Sia-sia. Atau sengaja mahu membutakan penglihatan jelata ???

6. Sedang sibuk umat berhimpun di Putrajaya. Negeri di pinggir selat seakan dilupa. Hebat benar manipulasi. Menyongsangkan umum dari objektif hakiki.

7. Jika dibangunkan trek berkembar, bayangkan berapa banyak bandar hentian keretapi yang uzur akan mendapat suntikan botox ekonomi yang baru. Dari China sehingga Kota Singa barangan berharga. Dihalakan hasil itu ke Amerika dan Eropah dan Afrika. Memang lumayan hasilnya.

8. Pelabuhan bukanlah menjadi motif sebenar. Menjadi orang tengah adalah untung hakiki. Tak perlu hasil negeri. Tak perlu risaukan tanaman yang mati. Tak perlu menunggu hujan dan panas mentari. Hasil dari peluh orang, maka dijual ke sana ke mari. Melaka adalah contohnya. Singapura kini mengamalkannya.

9. Johor adalah lubuk emas baru Malaysia. Kalau ada yang mengerti. Dan itu yang direbutkan oleh serigala. Siapa yang dapat, boleh makan daging segar. Bukannya menggonggong tulang lama.

10. Tiada fokus. Tiada perancangan yang dibentangkan kepada umum. Semua ini perlu menjadi rahsia terbuka yang ditutup dengan bendera parti. Perkara yang mendatangkan keuntungan besar akan mengundang spekulasi.

11. Ketika segelintir umat sibuk bergaduh tentang pornografi tempatan dan isu cincin lembu yang remeh, ada yang lebih bijak mengatur langkah, hendak mengawal gelang patah.

12. Siapa untung? Siapa rugi? Yang rugi adalah yang termakan dengan umpan. Yang untungnya adalah nelayan yang menebar pukat.

13. Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Semuanya pelabuhan. Zaman keagungan Melaka. Negeri2 Selat. Negeri2 ini yang menggegar dunia kerana lokasi strategik dan infranya. Kepada yang mahu memahami sejarah.

Itulah yang diidamkan.

Jangan termakan dengan pornografi. Buta mata. Buta hati.

Ditujukan kepada semua sekali.

Moga ada yang masih celik mata hati.

Kencing Manis dan Obesiti


Assalamualaikum

1. Musim memangkah semakin dekat. Pengumuman rukyah anak bulan pilihanraya dah semakin tak seronok. Takde unsur seprais.

2. Inilah masanya untuk menabur janji dan berbakti. Bakal2 wakil rakyat akan berkhidmat sepenuh hati.

Apabila sudah dapat jawatan, bekerja setengah hati. Selalunya.

3. Ada yang menabur wang ringgit. Lima ratus, dua ratus setengah, tayar, kedai dan bermacam lagi.

Ini semua gula2 yang menyebabkan kencing manis dan menggalakkan obesiti.

4. Ada juga yang menabur janji. Minyak turun, rumah turun, gaji naik, melupuskan cukai kereta dan memansuhkan tol.

Ini semua gula2 yang menyebabkan kencing manis dan menggalakkan obesiti.

5. Dan banyaklah benda dan perkara yang akan ditaburkan sebulan dua ini.

6. (this post is deleted due to complaints from other users)

7. Jika dihidang sempurna di atas meja, kita jamah. Jika ditabur atas tanah, jangan kita menjadi seperti ayam yang mencatuk semuanya.

8. Ini semua gula2. Manis. Lazat dimakan. Cuma jika berlebihan, akan mengundang diabetis.

9. Yang kaya dan mendapat faedah adalah mereka2 yang menjual ubat. Semua yang bertanding adalah penjual ubat professional.

Maka jangan makan gula2 pilihanraya secara berlebih2an.

Selalunya bila dah dapat penyakit, baru kita tahu kita ni dah amik gula2 berlebih2an.

10. Kita sebenarnya tahu, cuma kita buat2 tak tahu.

Sebab apa?

Sebab seeeeeeddaaaaaaaaapppp…. 😉