Soal Jawab Penyakit Misteri Bersama Dr Ismadi : El Meroyan Di Pilihanraya


Soalan :

Dr Ismadi,

Saya perhatikan ramai antara kawan2 saya tergelak dan menangis tidak tentu pasal di laman sosial. Ada kalanya bergaduh dan mahu putus kawan. Mengapakah ini terjadi ?

***Siti Pelik, Kuala Lumpur***

Jawapan:

Siti Pelik,

Kini terdapatnya penyakit ini adalah disebabkan ada satu virus yang melanda Malaysia sekarang. Virus ini amat merbahaya dan mudah dijangkiti jika kita melayari internet, khususnya Fesbuk dan Tiwitteh.

Virus ini dinamakan “El Meroyan Di Pilihanraya”.

Saya kategorikan ia kepada dua.

1. Meroyan Bi En
Ini adalah yang tergelak sorang2. Penyakit ini akan menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya sahaja yang betul selama lima tahun.

Adakalanya senyum dan dadanya kembang. Ini adalah penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai bangga sementara.

Virus ini mudah menjangkiti yang baru lepas melahirkan anak kemenangan.

2. Meroyan Pi Ar
Ini adalah penyakit yang menyebabkan seseorang asyik menyalahkan orang lain. Adakalanya boleh menyebabkan merah mukanya.

Ada kalanya menangis dan mengilai. Ini adalah penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai depresi lima tahun.

Virus ini mudah menjangkiti mereka yang baru lepas keguguran anak kemenangan.

Kesimpulan :

Semua mereka adalah mendapat penyakit gelak dan kemurungan yang tidak tentu pasal ini adalah dari golongan ekstremist. Mereka tidak mendapat suntikan imunisasi syukur dan redha. Jika mendapat suntikan2 ini, mereka tidak akan dapat mendapat penyakit2 “El Meroyan di Pilihanraya”.

Yang penting adalah anak yang baru itu mesti dijaga. Diberikan suntikan membina negara. Jika sudah diimunisasikan, maka negara akan maju dan bergerak ke hadapan.

Ditegaskan jika terlalu gembira, negara akan mati. Jika terlalu sedih, juga akan menyebabkan negara mati. Kerana masa banyak dihabiskan di depan komputer tanpa produktiviti.

Dinasihatkan semua rakyat Malaysia mendapat suntikan ini setiap lima tahun sekali di masjid2 berdekatan.

Jika Siti berhadapan dengan pesakit2 yang disebutkan ini, jangan unfriend kerana mereka sebenarnya memerlukan bantuan dan sokongan emosi dari kawan2.

Tetapi saya nasihatkan Siti jangan terlalu rapat dengan mereka kerana jika mereka ini buka mulut, akan menyebabkan Siti merasa loya dan hendak muntah.

***Saya Bukan Doktor Ismadi***

Advertisements