Hitamnya jejariku …


Assalamualaikum

1.
SPR dah pun mengumumkan yang dakwat kekal akan digunakan dalam pilihanraya akan datang. Aku kecewa.

2.
Ia, pada aku melambangkan Malaysia masih di dalam kelompok dunia ketiga. Menggambarkan bahawa Malaysia tidak searas dengan majunya dunia. Menggariskan bahawa tiadanya keyakinan pada jiwa.

3.
Malaysia akan digelakkan. Mungkin, hanya mungkin, orang di Eropah akan ketawa terkekek2 di dalam hati pada hari seluruh rakyat dewasa Malaysia mengundi.

4.
Yang mahukan warna, telah dapat hitam nitratnya setelah penat berjalan, naik lori dan makan nasi percuma di dalam khemah sementara tajaan polis Malaysia. Secara teorinya, mereka telah berjaya.

Jika satu tuntutan yang dibuat secara “haram” telah lolos, akan ada lebih banyak lagi demonstrasi.

Pandangan dari seorang aku, pemerhati keadaan yang tidak terpelajar.

5.
Pendatang asing untuk program 6P pun telah dibiometrikkan. Percuma.

Rakyat Malaysia memilih untuk mewarnakan jarinya hitam. Juga percuma.

Menjadi modal untuk snap gambar dan diuploadkan pada facebook sebagai bukti telah mengundi.

Aku menjangkakan gambar jari dihitamkan adalah gambar popular pada hari itu nanti. Prediksi awal.

6.
Oh .. !!!

Mungkin tak perlu orang Eropah ketawa berdekah2 di dalam hati. Mungkin cukup dengan warga Bangladesh dan Indonesia serta India senyum sinis menyindir di hari memangkah akan datang.

Mereka secara sistematik, dikodifikasikan dengan kecanggihan komputer dan biometrik keseluruhan sepuluh jari.

Kita akan dihitamkan jari menggunakan kecanggihan dakwat sumbangan hebat zaman purba dinasti China.

Sememangnya rakyat Malaysia dalam hal ini, kini telah jauh maju…. Melangkah maju keterbelakang (jika ada istilah ini).

7.
Seganlah … Buat aje muka toya. Saya telah di “punk’d” oleh pendemonstrasi jalanan … ;(

Advertisements

Ayam Segera Punya Hal


Assalamualaikum

1.
Pasal ayam orang bergaduh. Ayam hanyalah sebabnya. Mulut adalah puncanya. Selalunya begitu.

2.
Pasal ayam, bertukarlah servis bahasa. Katanya sehingga ada besi yang muncul. Mungkin kerana peha ayam itu sedap sangat.

3.
Masalahnya adalah pengurusan. Di restoren terkenal yang membekalkan ayam, tidak boleh terjadi faktor “tiada ayam”. Mana pergi inventori ? Mana check list ? Buruk datang ke buruk, kalau dah tau nak habis, bagitaulah pada customer.

4.
Pekerja akan tension bila customer memekak. Dah tentu customer akan memekak jika dah beratur hampir sejam tapi tak dapat ayam. Bukan salah pekerja atau customer sebenarnya. Salah pengurus cawangan.

5.
Ini adalah satu kes pengajaran. Pengalaman yang mahal untuk Kentaki.

6.
Solusi ???
1. Bagi voucher RM 10,000 kat customer
2. Suruh pekerja minta maaf. Customer selalu betul.
3. Suruh manager tu buat kerja2 yang menyerang customer tu untuk enam bulan. Pekerja2 tu hanya perlu punch card, lepas tu gelakkan manager selama enam bulan.

7.
Benda kecik pun tak boleh nak settle. Isu perkauman lah. Buat PC lah. Apa nanti nak Royal Comission pulak lagi ke ?

8.
Khalid Samad MP Shah Alam dah involved. Cukuplah. Yang wakil DAP bersama lawyernya datang dari Kolumpo tu kenapa la pulak ? Bukan kawasan. Bukan negeri. Impotent sangatkah MP Shah Alam tu ?

9.
Aku pulak yang terlebih. Ini hanya isu tak dapat ayam. Ayam tiada kaum. Cuma ada bangsa ayam yang universal. Lebih2 lagi ayam Malaysia dijenamakan dengan wilayah di Amerika Syarikat.

10.
Benda kecik, boleh settle. Ini adalah pergaduhan antara rakyat. Bukannya rusuhan kaum. Cari puncanya. Dari perspektif aku, pengurusnya.

Tensi. Pasal ayam, sedara aku dari kota singa gelakkan Malaysia. Malu lah !!!

Ada satu vlog seakan parody… Nak ayam tapi taknak kena pukul. Enjoy…. 😉

Dendam tak sudah


Assalamualaikum

1.
Anwar berdendam dengan Che Det. Habis semua “keturunan” dan “kroni” Che Det yang nak dilunyaikannya. Anaknya… Mahupun penggantinya… Semua mahu dilenyapkan, paling tidak, disenyapkan. Kalau tidak dihantar ke Sungai Buluh, rasanya Che Det adalah mentor terbaik yang dijulang Anwar. Dalam setiap ceramah, akan disebut nama bekas ketuanya itu.

2.
Nik Aziz pula berdendam dengan pemimpin kerajaan terdahulu yang menyingkir PAS dari barisan nasional. Habis madu sepah dibuang. Kini bila diajak untuk bersatu pun tak mahu lagi. Bak kata Karpal Singh, over my dead body (dalam konteks yang lain).

3.
Hal dendam ini mengundang sentimen. Mendatangkan rasa simpati kerana diperalatkan. Atau rasa dipermainkan. Manusia secara fitrahnya akan melakukan sesuatu untuk membantu yang teraniaya.

4.
Satu perkataan sahaja. Kasihan. Adalah amat sukar untuk hidup tenang jika dada penuh dengan dendam. Jiwa akan senantiasa tak tenteram.

Jika bapa yang buat salah, anak tak menanggung kesalahan yang dilakukan oleh bapanya… Jika ada hutang dengan bank, tiadalah anak menanggungnya. Lebih kurang begitulah analisisnya. Asas jurisprudens.

Jika Hussein Onn ada membuat kesalahan, maka anaknya Hisham tidak menanggung kesalahan bapanya.

Jika Che Det melakukan kesilapan, penggantinya Pak Lah dan Najib tidak bertanggungjawab atas kesilapannya.

Tetapi jika kebaikan yang dilakukan oleh bapa, anaknya pasti mendapat tempiasnya. Seperti berkawan dengan penjual perfume. Akan dapat harumannya.

5.
Tiada kebaculan dan merendahkan maruah dengan memaafkan. Allah Maha Pengampun, tetapi syariah tiada kuasa mengampunkan. Maafkanlah …

Tetapi jika ada kesalahan sivil, jenayah, syariah yang dilakukannya, maka wajarkanlah ia dengan memfailkan kes. Biarlah hakim mengadilinya.

Senario sekarang memutihkan mahkamah seMalaysia, katanya….

6.
Nik Aziz ada mengatakan bahawa beliau tak mahu dipatuk dua kali. Amat tidak bijak jika berlaku lagi. Amat benar. Bukan namanya seorang Muslim jika disengat lebah dua kali.

Hujah aku pula, ambillah iktibar dari sejarah. Bersatu itu boleh, tapi ambillah langkah agar jangan dibuang atau diperkotak katikkan lagi.

Itu sahaja. Mudah. Sekurang2nya mudah pada aku. Orang biasa.

7.
PAS tidak akan mendapat apa yang diperjuangkannya dengan Pakatan Rakyat. Itu hampir pasti. Perjuangan antara komponen mereka amat berbeza.

Ada yang menghujahkan, kenapa tidak UMNO sahaja yang bergabung dengan PAS ??? Mudah sahaja. Tidak ada asasnya, kerajaan majoriti yang masuk kepada parti minoriti.

8.
Satu perkara yang menghairankan aku. Tak pernah melangkau difikiran, parti yang menang kerusi paling banyak, akan menyerahkan tampuk pemerintahannya kepada pemimpin dari parti lain. Dari memilih ketua PAS sendiri seperti Abdul Hadi, diserahkan kuasa itu kepada ketua PKR, Anwar. Pelik tapi benar tapi musykil.

9.
Aku hampir menjadi ahli seumur hidup PAS. Matlamatnya baik. Tapi kerana berkawan dengan mereka yang kurang baik, kebarangkalian besarnya, ia sendiri akan menjadi tidak baik. Pengaruh rakan sebaya. Dan kerana itu, aku memilih the lesser evil mengikut pemikiran aku. Dan aku bertanggungjawab ke atas segala pilihan aku.

10.
Jika berbalah, kembalilah kepada asas yang diterima semua.

Bahawa Allah itu Esa.

Bergeraklah dari situ. Insya Allah, jika asas itu baik, natijahnya juga akan baik.

11.
Akan ada yang tidak bersetuju akan nasihat aku pada Tok Guru. Siapalah aku. Bagai langit dengan bumi. Aku sedar di mana aku berpijak.

Tapi aku rasa, apa yang tulis ini, ada benarnya. Nik Aziz juga bukan maksum.

Jika tiada siapa yang mahu memberi pandangan dari sisi yang berlainan kepada beliau, menggalakkan perpaduan, maka jadilah kamu dari golongan yang melagakan umat Muhammad di seantero Malaysia… Maka terputuslah tali itu.

12.
Jika lama disimpan, dendam akan membusukkan hati. Rohani dan jasmani.

Putaran dendam ini pula takkan habis jika saling tidak memaafkan.

“Sampai mati aku akan ingat…!!! “. Maka selepas dia mati, dendam itu diwariskan kepada anaknya. Maka saka dendam ini akan berlanjutan selagimana “bomoh” tidak membuangnya ke laut atau sungai. Jangan diwariskan perkara yang tidak baik. Tinggallah perkara dan persekiran yang baik untuk difaraidkan kepada semua umat Islam di Malaysia.

Alangkah baiknya kalau kita ini ada memori yang baik2 sahaja.

Seperti dalam setiap amin pada akhir solat jenazah…

“Apa yang ingin katakan pada arwah/jenazah ini ?”

“Baiiikkkkkkkkkk” ….. 😉

Kisah Seorang Jack Dengan Aksi Turun Bendera


Assalamualaikum

1.
Bila ke rumah orang, adabnya jaga kelakuan. Jangan disentuh hakmilik tuan rumah. Jangan disiul pada anak dara yang menghidangkan air.

2.
Ada seorang mamat yang bernama Adam Adli yang datang ke rumah UMNO. Turunkan bendera ketua rumah. Menjadi amalan tuan rumah di mana2 pelusuk dunia pun, dihalau itu pasti, yang mungkin terjadi, balik dengan hidung yang berdarah.

3.
Apa yang kau dapat dengan turunkan bendera gambar PM tu Jack ??? Aku masih tak faham.

4.
Kalau nak protes, kenalah gayanya. Meh aku cadangkan beberapa step…

a) Masuk website 1Malaysia. Register. DS Najib selalu buat round table dengan invitation kat email. Setakat ni aku dah dapat 3 invitation. Tapi tak penah pergi. Mungkin orang yang bersemangat macam anda, bolehlah menghadiri. Cakap apa yang nak cakap. Face to face. Jangan jadi pengecut.

b) Kalau anda ketua mahasiswa, buat appointment dengan menteri khaled nordin ataupun timbalannya. Mudah. Diorang tu terbuka dengan anak buah bawah jagaan mereka.

c) Pergilah kumpul budak law, bincang dengan lecturer, bagi draf AUKU yang kalian nak nengok untuk berubah. Bagi kepada pak menteri untuk diberikan perhatian. Katanyanya, nak mansuhkan AUKU. Bagilah penjelasan yang logik sampai diorang nak mansuhkan AUKU.

d) Kau pergi rumah ketua kampung. Belajarla sikit adab masuk rumah orang. Kalau susah sangat… skype la ngan orang kampung pinang sebatang. Sesapa pun boleh bagi hint.

5.
Isunya bukan besar sangat, tapi kerana anda datang tempat orang, melakukan vandalisme, ia menjadi satu perkara yang besar.

Yang menjadikan halnya, yang pergi buat perangai vandal tu kat office parti PM !!! Mestilah ahlinya marah. Isykh…

6.
Natijahnya, akta tetap tak bertukar. Pasal seorang pelajar, yang lain pula bertengkar. Meludah, laporan polis, bertumbuk… Semuanya pasal akal cetek seorang mahasiswa… Eh… belum pun maha…. Masih pelajar.

7.
Bila katanya dah belajar tinggi, akalnya kena tinggi jugak Jack. Manusia buat silap. Aku pun biasa buat silap.

Orang Melayu ni, kalau diminta maaf, kuranglah sedikit amuknya. Selepas itu, tahan sahajalah sindiran tajam mereka.

8.
Lepas ni, kepada pelajar yang rasa dah terer sangat tu, korang pikir dululah sebelum bertindak. Jangan diikutkan sangat China, Mesir dan Indonesia. Kita ada gaya dan budaya kita sendiri. Kalau korang mengikut apa yang tak baik, tak gunalah belajar tinggi2.

Cuba bincang dengan lecturer apa yang boleh dilakukan. Walau sebijak mana pun kat universiti, nasihat orang yang lebih pengalaman jangan dilupakan. Anda masih belum habis digradingkan.

Selalunya yang makan garam terlebih masin ni, mengeluarkan nasihat yang berguna.

9.
Update terbaru, post kat twitter, mak ayah bagi sokongan. Kepada mak dan ayah Adam Adli, perjuangan apa yang diperjuangkan dengan menurunkan bendera gambar PM ??? Berjuang biar kena pada tempatnya. Menyokong kena tahu butirnya. Menggalakkan anak melakukan perbuatan yang sia2 bukanlah satu nasihat yang baik.

Apa lepas ni ada pulak parents yang nak suruh anak turunkan gambar Nik Aziz di pusat PAS ? Atau Kit Siang kat Penang ? Atau Anwar kat HQ PKR ?

Kalau setakat nak turunkan bendera, anak aku yang belum sekolah pun boleh buat.

10.
Apalah sangat turunkan bendera tu Jack… Kau dah mengundi ke belum ???

Jack, I Know What You Will Do Next Summer


Assalamualaikum

1.
I smiled. Read the headline. “Asal Bukan UMNO” (ABU). “Gerakan Anti Pakatan” (GAP). What the heck !!!

2.
The purpose of politicking is to get in power. To control people (and other free delicious froyo toppings).

3.
So get your priorities right dear citizens and wannabe candidates. It’s not to topple the existing government or said to be government. It’s to have the people’s support for your party or coalition to manage Malaysia. The idea is to manage your country, not to destroy parties. We need oppositions to keep the balance. Keeping MP’s wide awake 24 7.

4.
PR is trying at its very best to win the election. They have the momentum since 2008 election. Some UMNO “veterans” succumbed to the promised promise by PR de facto leader. They switched parties. They think they have the chance to win. To be MP’s or at least gain something by supporting the leader of PR.

5.
Maybe, just maybe, they will win the next general election. But what to lose ??? The current situation (back then) does not meet their expectation. Most of them who switched is those who does not have standing in the party or government. Shall I say, “The Forgotten Ones”. From a nobody at BN, to a somebody at PR. Safe to say, most of them are the second tier in preference. And supporters in PR is gracious enough to give them a second chance to the second best. If the latter wins, there will be lots of laughter and vicious comments. It’s like Malaysia defeating Brazil 4-0 at World Cup finals.

6.

It’s correct to say that UMNO is a race based party. But personally, I don’t think its a racist party. Try to differentiate that. The fact that MCA and MIC stayed in the coalition for more than half a decade suggesting that it is not racist. If it is so, they have long abandoned the ship. Simple. Those parties are also fighting for their race interests. If UMNO is racist enough, other races would not even exist in this country.

MCA and MIC are also members of BN. But seldom attacked. For what reason ? Tell me bout it. They are also race based parties. The ruling majority. But the Malay based party is often scrutinised. By whom ? You have the answer.

7.
When promises are made to several individuals, one makes the cut and many others will be left aside. I witnessed it in my line of work straightly after PR got their power in Selangor. Pity them, the strayed ones. I wonder how high these people will jump and where they will end up.

Some of them have switched back to BN. I read that there’s no BN leader switching side this time around. It tells me a lot. And of course,time will tell.

8.
Young bloods nowadays makes good orators. Full of confidence. Well dressed. Up to date millenia character. But most of them makes bad MP. They have not tasted enough salt… ;).

For me, I prefer early 40’s candidate. Eventually, I assume they are stable enough. Lifestyle and financial perspective. But I can only assume.

9.
Saying ABU or GAP here and there makes people grew concern about the party. Unfortunately, I’m categorizing them as haters. I despise haters. Often they are cheap and easily swayed.

It’s not about toppling. It’s about what will you do if you have the opportunity to govern your country. For me, DS Najib have a good chance of winning. But the players picked for the next election is the key factor. For he and he alone will not suffice.

10.
Win the election fairly. Don’t make promises that you can’t keep.

Rather than bashing up contestors, they should give to us what they could possibly do if they are given the chance. At least PR given me some hints. BN has not. But to be fair, PR giving promises, that most of it, I think is not practical. But if BN does not come with some ‘coloured book’, I should give the orange book a chance. At least I know what I am expecting.

11.
NKRA GTP and such is another way of saying that BN have a long-term planning. But most Malaysians need immediate action with immediate effect. Fuel price decrease, as an example. Manifestos are often too vague. Send clear messages.

I’m not a political advisor (obviously), but as a citizen, I want promises. At what reasonable extent??? It’s up to individuals to decide.

12.
I suppose these NGO’s hating other parties is hiding behind some political agenda. NGO’s doesn’t win elections. They are not involved in administrating the country. But then, the number is increasing. Milking the cow in bright daylight. Don’t think I’m as naive as you think, dear NGO’s.

Jack, I know what you will do next summer…. 🙂

Penjawat Awam dan Kes Lembu


Assalamualaikum

1.
Ada pemimpin dari parti pembangkang menyatakan mahu untuk “menyelaraskan” penjawat awam sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya. Ada yang kata nak buang pekerja. Aku tak tahu apa agenda sebenar yang dimaksudkan.

Tak tahu mengagak caranya. Cuma dia yang boleh berikan cara maksud sebenar kenyataannya.

2.
Agak musykil. Dari sudut mendapat undi, rasanya majoriti 1.2 juta penjawat awam, sedikit sebanyak akan rasa tergugat. Takut hilang kerja. Hilanglah sedikit undi kat situ. Mungkin.

Dari satu sudut, mengaut undi dari “majoriti” orang awam yang dikatakan telah sekian lama tidak berpuas hati dengan tahap efisien kerajaan. Populariti akan meningkat. Mungkin juga.

Sektor apa yang dimaksudkan ada limpahan tenaga ? Guru ? Tentera ? Polis ? Doktor ? Rasanya mereka ini tidak terlibat. Firasat aku sahaja.

Jika ditanya pada aku, rasa aku yang sedikit masam dan tawar, penjawat yang kerja di jabatan kerajaan. Yang duduk kat pejabat berhawa dingin. Yang jika dilihat dari carta di luar pejabat mereka, secara teori pandang pertamanya banyak berlaku pertindihan kerja.

Jumlahnya juga agak kecil. Mungkin.

3.
Telah aku saksikan dengan mata aku sendiri, ada yang bermulut lancang menyatakan bahawa Budin Si Penjawat Awam Kerajaan,jangan nak “banyak suara” kerana Mamat Si Budak Kayalah majikan sebenar Budin Si Penjawat Awam. Mamat Si Budak Kaya telah membayar cukai. Cukai Mamat membayar gaji bulanan Budin yang hina.

Oleh kerana Mamat membayar cukai, maka Mamat Si Budak Kaya menganggap Budin Si Penjawat Awam adalah hamba sahayanya. Ikut sahaja perintah tuannya.

Oi Mamat !!! Perlu diingat !!! Budin yang bekerja dengan kerajaan itu juga membayar cukainya !!! Budin adalah tuannya sendiri, dan Mamat bukanlah Tuhannya…..

Itulah nilai orang yang berpendidikan tapi tiada adab.

Beginilah. Mutu kerja perlu ditingkatkan. Perlaksanaan kerja mesti disegerakan. Kualiti perkhidmatan tidak boleh lagi dibuat main.

Tegur dengan cara yang baik. Orang yang terpelajar senantiasa boleh berfikir dan menasihat dengan cara yang baik.

4.
Berbalik kepada topik, untuk mengurangkan penjawat awam (yang aku faham), adalah langkah yang tidak wajar.

Kerajaan yang baik seharusnya menyediakan pekerjaan untuk semua rakyatnya. Secara langsung dan tidak.

Secara langsung, bekerja dengan kerajaan. Dari jawatan pengarah, sehingga ke jawatan pembantu am rendah.

Secara tidak langsung, dengan pemberian projek yang memberikan kerja kepada rakyat biasa. Satu projek membina Cyberjaya, memberikan ribuan pekerjaan dan tawaran gaji kepada pekerjanya.

5.
Adalah tidak wajar untuk mengurangkan penjawat awam. Aku tak pernah setuju dengan projek penyingkiran terhormat seperti VSS yang dilakukan oleh sektor swasta.

Yang ada perlu ditambah. Berfikir di luar kotak. Banyak kerja ada. Banyak ruang baru. Ada banyak cara untuk mereka ini mendatangkan pendapatan dan berkhidmat dengan kerajaan. Pemerintah dan majikan kenalah kreatif.

Yang musykilnya, setelah dibuang pekerja secara beramai2, selang beberapa bulan, muncul iklan dari syarikat yang sama di suratkhabar untuk mengambil pekerja secara beramai2. Apa kes pulak tu ???

Rakyat seharusnya mesti senantiasa ada peluang untuk bekerja. Rasa selamat dalam pekerjaannya.

6.
Kerajaan dan majikan yang baik akan mewujudkan ruang untuk membuat kerja yang baru. Melatih pekerja baru. Masuk dalam bidang baru. Bukan untuk membuang pekerja mengikut keperluan semasa. Itu mengikut gaya orang eropah yang terdesak untuk mencari penyelesaian cara mudah. Jangan diikut langkah itu. Bila melangkah, kena pandang ke hadapan.

Bacalah cara Che Det menangani pekerja “nenasnya”. Cara menguruskan birokrasi dan kerenah otai sebuah badan kerajaan. Aku baca kat buku tersohornya. Itulah cerita majikan yang bagus.

7.
Jika ada lambakan atau pertindihan tugas, maka wajar untuk diberikan portfolio baru kepada petugas. Contohnya, akauntan yang diperlukan di Kementerian Kewangan hanya 10. Sekarang ada 11. Maka yang 1 itu diserapkan ke Bahagian Audit di Kg Solok Baru, misalnya.

Sebagai pegawai kerajaan, tidak boleh membantah. Kerja sahajalah di mana sahaja diarah. Majikan anda mengeluarkan perintah.

Jika tidak mahu, itu adalah hak individu untuk keluar dari kepompong kerajaan. Kerjalah sendiri. Tiada siapa menghalang.

Yang itu, pilihan sendiri untuk tidak bekerja. Peluangnya ada. Itu dinamakan kuasa memilih.

8.
Tapi untuk diberhentikan dengan cara apa sekalipun, aku tak setuju. Ramai beranggapan bahawa kerja dengan kerajaan Malaysia adalah pekerjaan yang selamat.

Gaji senantiasa dibayar mengikut masa. Tidak pernah lambat.
Kebarangkalian untuk dipecat adalah kecil.
Jika ada krisis ekonomi, gaji tetap diterima seperti biasa.

Bila sudah selamat kerjayanya, tindakan mereka dikatakan bersahaja. Tidak wajar diklasifikasikan begitu. Ada juga yang melakukan kerja mereka dengan sepenuh jiwa.

9.
Pada aku, ia adalah soal penstrukturan. Adalah wajar untuk menyedarkan penjawat awam yang leka. Tapi adalah sangat tidak wajar untuk menakutkan mereka dengan program pemberhentian kerja (jika ada).

Kepada yang berkuasa kelak, harapnya tidak terjadilah perkara ini.

Ada beribu cara untuk menasihat manusia. Dan yang bekerja dengan kerajaan, antara syarat yang diwajibkan adalah yang waras akalnya. Boleh menerima teguran jika kena pada tempatnya.

10.
Eropah ada memperkenalkan program elaun kebajikan. Jika tidak bekerja, maka akan dapat duit dari kerajaan untuk menampung hidup yang ala kadar.

Jika tiada kerja, akan melakukan jenayah untuk mendapat wang saku. Di Malaysia sekarang sudah ada bayangan akan berlaku.

Jika sudah melakukan jenayah, perlu disediakan lokap. Perlu untuk beri makan percuma setiap hari. Segala kepakaran dan ilmu yang ada, mati begitu sahaja di penjara. Pembekuan tenaga dan minda.

Adalah lebih baik untuk kerajaan memberi kerja dan memberi upah gaji, berbanding memberi upah jika tidak bekerja. Itu tanggapan aku. Orang Asia Malaysia.

11.
Kenapa hendak diagah penjawat awam ? Apakah ancamannya ? Apa pula motifnya ?

Tapi yang bercakap itu bukanlah ketua parti pembangkang. Cuma penasihat kecilnya sahaja.

Cuma aku mencari2, siapakah yang mengaut lebih untung dalam “epedemik” yang bakal menyusul selepas ini. Tunggu dan lihat sahajalah. Pasti akan ada cerita di sebalik cerita.

Maklumlah, sudah ada cahaya pilihanraya….. ;P

Projek Lembu

1.
Jika mahu menjadi menteri yang bersih, pastikan keluarga terdekat tidak terlibat dengan projek yang membabitkan kerajaan. Ringkas dan padat.

Pilih antara wang atau kuasa. Manusia tak boleh memiliki semuanya dengan adil.

Che Det sebagai PM boleh buat. Kenapa tidak anda wahai Puan Menteri ?

Kehidupan keluarga anda telah disuluh. Jawablah sendiri.

2. Aku pernah bertemu dengan beliau. Baik orangnya. Lembut tuturnya. Bersahaja wataknya. Tapi yang salah tetap salah. Betul dari segi undang2, tapi salah dari segi moral. Walau apa pun alasannya.

Ramai yang lebih teliti dan skeptikel melihat kepada aspek moral melebihi dari aspek kebolehan.

Sejarah telah membuktikan kenyataan aku.

Gantunglah aku…


Assalamualaikum

Dalam mahkamah, bila hakim buat last call, biasanya dia akan kata “Ada apa2 lagi nak cakap sebelum keputusan dibacakan?”. Orang biasa akan merayu untuk hukuman diringankan sambil merujuk kepada tanggungan, ada anak isteri, ada mak yang tua nak dijaga, takut hilang pekerjaan….

Tapi dalam satu kes kat sungai petani kedah, ada seorang tukang gunting rambut yang dituduh membunuh ibunya, meminta hakim supaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati !!! Terkejut hakim tu. Tak pernah dibuat orang !!!

Ada juga orang yang nak mati secara sukarela lepas melakukan jenayah.

Hakim cakap, hukum maksima penjara 20 tahun. Yang tertuduh balas balik, penjarakanlah dia 20-30 tahun. Kat luar sana, dia ada banyak masalah.

Aku tak tahu samada penjara itu tempat untuk mengurung orang yang didapati bersalah, atau menghalang orang di luar mengapa2kan tertuduh. It goes both ways agaknya.

Dia berfikir outside the box. Penjara bukan tempat “penyiksaan”. Penjara baginya adalah “syurga” berbanding kehidupan yang diidamkan oleh kebanyakkan manusia.

Aku tertarik dengan isu ini. Nampak sangat dia ni sudah insaf. Orang yang sudah insaf wajar diberi peluang kedua. Kalau aku hakim itu, aku akan menggunakan budi bicara dan sifat kemanusiaan untuk menghukum seminima mungkin, dan menggunakan sisa hayatnya untuk membuat kebaikan pada orang lain. Tapi aku bukan hakim itu.

Perlu ada orang memberitahu tertuduh bahawa mati tidak membawa manfaat lagi. Kematiannya mematikan ilmunya yang belum diberitahu. Kematiannya “menghalang” untuk terus membuat kebaikan. Kematiannya akan menyedihkan aku.

Teringat pula aku kisah orang yang berzina dan datang kepada Rasulullah untuk menghukum perbuatannya. Ini adalah tanda orang yang insaf dan bertaubat nasuha.

Tapi ramai antara kita terlalu ego untuk meminta maaf. Apatah lagi untuk menyuruh menjatuhkan hukuman semaksima mungkin atas kesalahan yang kita buat sendiri. Kalau ada, aku salute.

Setiap orang melakukan kesalahan. Jangan difikir mereka akan ke neraka sahaja.

Jika telah bertaubat dan meminta maaf, manusia akan berkata ia akan ke syurga. Kerana dirinya telah suci bersih. Namun, final decision adalah hakmilik eksklusif Allah. Dan Allah tidak pernah zalim terhadap makhluknya.

Aku doakan yang pesalah itu menemui hidayah. Aku doakan aku menemui hidayah.

Dia telah menginsafi kesalahannya secara total. Dia diberitahu apa kesalahannya.

Aku pula, belum menginsafi kesalahan aku secara total. Aku tidak diberitahu kesalahan aku. Aku mohon untuk diberitahu. Aku merayu.

Harapnya, aku ini suci bersih sebelum ajalku tiba….