Soal Jawab Penyakit Misteri Bersama Dr Ismadi : El Meroyan Di Pilihanraya


Soalan :

Dr Ismadi,

Saya perhatikan ramai antara kawan2 saya tergelak dan menangis tidak tentu pasal di laman sosial. Ada kalanya bergaduh dan mahu putus kawan. Mengapakah ini terjadi ?

***Siti Pelik, Kuala Lumpur***

Jawapan:

Siti Pelik,

Kini terdapatnya penyakit ini adalah disebabkan ada satu virus yang melanda Malaysia sekarang. Virus ini amat merbahaya dan mudah dijangkiti jika kita melayari internet, khususnya Fesbuk dan Tiwitteh.

Virus ini dinamakan “El Meroyan Di Pilihanraya”.

Saya kategorikan ia kepada dua.

1. Meroyan Bi En
Ini adalah yang tergelak sorang2. Penyakit ini akan menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya sahaja yang betul selama lima tahun.

Adakalanya senyum dan dadanya kembang. Ini adalah penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai bangga sementara.

Virus ini mudah menjangkiti yang baru lepas melahirkan anak kemenangan.

2. Meroyan Pi Ar
Ini adalah penyakit yang menyebabkan seseorang asyik menyalahkan orang lain. Adakalanya boleh menyebabkan merah mukanya.

Ada kalanya menangis dan mengilai. Ini adalah penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai depresi lima tahun.

Virus ini mudah menjangkiti mereka yang baru lepas keguguran anak kemenangan.

Kesimpulan :

Semua mereka adalah mendapat penyakit gelak dan kemurungan yang tidak tentu pasal ini adalah dari golongan ekstremist. Mereka tidak mendapat suntikan imunisasi syukur dan redha. Jika mendapat suntikan2 ini, mereka tidak akan dapat mendapat penyakit2 “El Meroyan di Pilihanraya”.

Yang penting adalah anak yang baru itu mesti dijaga. Diberikan suntikan membina negara. Jika sudah diimunisasikan, maka negara akan maju dan bergerak ke hadapan.

Ditegaskan jika terlalu gembira, negara akan mati. Jika terlalu sedih, juga akan menyebabkan negara mati. Kerana masa banyak dihabiskan di depan komputer tanpa produktiviti.

Dinasihatkan semua rakyat Malaysia mendapat suntikan ini setiap lima tahun sekali di masjid2 berdekatan.

Jika Siti berhadapan dengan pesakit2 yang disebutkan ini, jangan unfriend kerana mereka sebenarnya memerlukan bantuan dan sokongan emosi dari kawan2.

Tetapi saya nasihatkan Siti jangan terlalu rapat dengan mereka kerana jika mereka ini buka mulut, akan menyebabkan Siti merasa loya dan hendak muntah.

***Saya Bukan Doktor Ismadi***

Sekarang anda sokong siapa ?


Assalamualaikum

1. PR janji, kalau menang eleksyen, esok turun harga minyak. Katanya RM 1.50 seliter.

Kalau BN mahu, dia boleh turunkan RM 1.00 hari ini juga. Sekarang, anda sokong siapa?

2. PR janji kalau dia menang, nak hapuskan tol.

Kalau BN mahu, dia boleh hapuskan tol, road tax dan lesen memandu. Sekarang, anda sokong siapa ?

3. PR janji kalau dapat memerintah, semua saman AES akan dihapuskan.

Kalau BN mahu, dia boleh hapuskan semua saman AES, saman parking dan saman langgar lampu merah. Sekarang anda sokong siapa ?

4. PR bermenifesto bahawa kalau dapat mengawal Malaysia, air free 20 meter padu.

Kalau BN mahu, dia boleh bagi setiap rumah 100 meter padu dan elektrik percuma sehingga seratus ringgit. Sekarang anda sokong siapa ?

5. BN beraku janji bahawa akan beri wang BR1M RM 1200 pula setiap tahun.

Kalau PR mahu, dia boleh berjanji untuk bagi RM 5000 setiap tahun. Sekarang anda sokong siapa ?

6. BN kata dia akan sediakan rumah2 murah PR1MA kepada rakyat yang selayaknya.

Kalau PR nak lawan hebat, dia boleh janji nak bagi setiap warga Malaysia sebuah rumah dengan bayaran 1 ringgit. Sekarang, anda sokong siapa ?

7. Semua ini adalah dalam bentuk rasuah yang nyata. Merasuah imbuhan untuk mendapat pangkat dan nama.

8. Jika anda termakan pujuk dengan semua ini, anda adalah tergolong dalam golongan orang yang makan rasuah di Malaysia.

9. Menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memberikan segala yang terbaik untuk rakyatnya. Tak perlu pancing. Tak perlu janji manis.

9(1A) Pemerintah yang adil dan efisien boleh memberi yang lebih baik dari semua ini.

9(1B) Pemerintah yang dinamik akan selenggarakan ekonomi dengan baik dan tersusun. Bila ada lebihan, barulah disebarkan. Bukan berbelanja dahulu dan mencari wang kemudian. Ini adalah fikrah mudah. Ekonomi mudah.

10. Jika anda memujuk teman2 anda dengan semua ini, anda adalah tergolong dalam golongan orang yang membantu rasuah di Malaysia.

11. Kita semua benci rasuah dan korupsi. Tapi bila diberi, kita ambil.

Itu bukan rasuah, itu adalah menifesto. Kita perlu ambil apa yang dijanjikan. Hak kita.

Amat ironik.
Sungguh ironik.
Tiada kena mengena dengan Iron Man 3.

12. Maka undilah Tok Mun. Dia tak menjanjikan apa2… Sinikal. Tiada kena mengena dengan basikal.

Bila sudah terhidang segalanya


Assalamualaikum

1. Makanan sudah terhidang. Ayuh semua makan. Cuma jangan lahap. Jangan mentekedarah. Makan dengan beradab.

2. Petronas, Proton, KLCC, Putrajaya, KLIA, KL Tower. Semuanya lazat dan berkhasiat.

3. Malaysia kini bukan lagi sebuah negara di antara Singapura dan Siam. Bila sebut Malaysia, orang luar kaitkan dengan Twin Tower. Hebat. Menjelijih.

4. Kita mesti bergerak ke hadapan. Masih ada Tanjung Pelepas, Jambatan Bengkok, Trek Berkembar. Tiada menifesto yang mahu membangunkan semua ini.

5. Mendapat kuasa. Menghabiskan kuasa. Sia-sia. Atau sengaja mahu membutakan penglihatan jelata ???

6. Sedang sibuk umat berhimpun di Putrajaya. Negeri di pinggir selat seakan dilupa. Hebat benar manipulasi. Menyongsangkan umum dari objektif hakiki.

7. Jika dibangunkan trek berkembar, bayangkan berapa banyak bandar hentian keretapi yang uzur akan mendapat suntikan botox ekonomi yang baru. Dari China sehingga Kota Singa barangan berharga. Dihalakan hasil itu ke Amerika dan Eropah dan Afrika. Memang lumayan hasilnya.

8. Pelabuhan bukanlah menjadi motif sebenar. Menjadi orang tengah adalah untung hakiki. Tak perlu hasil negeri. Tak perlu risaukan tanaman yang mati. Tak perlu menunggu hujan dan panas mentari. Hasil dari peluh orang, maka dijual ke sana ke mari. Melaka adalah contohnya. Singapura kini mengamalkannya.

9. Johor adalah lubuk emas baru Malaysia. Kalau ada yang mengerti. Dan itu yang direbutkan oleh serigala. Siapa yang dapat, boleh makan daging segar. Bukannya menggonggong tulang lama.

10. Tiada fokus. Tiada perancangan yang dibentangkan kepada umum. Semua ini perlu menjadi rahsia terbuka yang ditutup dengan bendera parti. Perkara yang mendatangkan keuntungan besar akan mengundang spekulasi.

11. Ketika segelintir umat sibuk bergaduh tentang pornografi tempatan dan isu cincin lembu yang remeh, ada yang lebih bijak mengatur langkah, hendak mengawal gelang patah.

12. Siapa untung? Siapa rugi? Yang rugi adalah yang termakan dengan umpan. Yang untungnya adalah nelayan yang menebar pukat.

13. Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Semuanya pelabuhan. Zaman keagungan Melaka. Negeri2 Selat. Negeri2 ini yang menggegar dunia kerana lokasi strategik dan infranya. Kepada yang mahu memahami sejarah.

Itulah yang diidamkan.

Jangan termakan dengan pornografi. Buta mata. Buta hati.

Ditujukan kepada semua sekali.

Moga ada yang masih celik mata hati.

Kencing Manis dan Obesiti


Assalamualaikum

1. Musim memangkah semakin dekat. Pengumuman rukyah anak bulan pilihanraya dah semakin tak seronok. Takde unsur seprais.

2. Inilah masanya untuk menabur janji dan berbakti. Bakal2 wakil rakyat akan berkhidmat sepenuh hati.

Apabila sudah dapat jawatan, bekerja setengah hati. Selalunya.

3. Ada yang menabur wang ringgit. Lima ratus, dua ratus setengah, tayar, kedai dan bermacam lagi.

Ini semua gula2 yang menyebabkan kencing manis dan menggalakkan obesiti.

4. Ada juga yang menabur janji. Minyak turun, rumah turun, gaji naik, melupuskan cukai kereta dan memansuhkan tol.

Ini semua gula2 yang menyebabkan kencing manis dan menggalakkan obesiti.

5. Dan banyaklah benda dan perkara yang akan ditaburkan sebulan dua ini.

6. (this post is deleted due to complaints from other users)

7. Jika dihidang sempurna di atas meja, kita jamah. Jika ditabur atas tanah, jangan kita menjadi seperti ayam yang mencatuk semuanya.

8. Ini semua gula2. Manis. Lazat dimakan. Cuma jika berlebihan, akan mengundang diabetis.

9. Yang kaya dan mendapat faedah adalah mereka2 yang menjual ubat. Semua yang bertanding adalah penjual ubat professional.

Maka jangan makan gula2 pilihanraya secara berlebih2an.

Selalunya bila dah dapat penyakit, baru kita tahu kita ni dah amik gula2 berlebih2an.

10. Kita sebenarnya tahu, cuma kita buat2 tak tahu.

Sebab apa?

Sebab seeeeeeddaaaaaaaaapppp…. 😉

Amanat Ismadi Yang Belum Pergi Haji 2013


Saudara-saudara sekalian percayalah,

Kita menentang DAP, bukan kerana nama dia DAP. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia baru nak memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah jihad. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi keliru dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Listen Tiga Kali


Assalamualaikum

1. Baru hari ni aku dapat nengok youtube listen yang ramai kengkawan aku post kat dinding facebook.

2. Pada aku, ia sekadar satu daripada perkara remeh yang dipanjangkan kerana ada unsur humor haiwan walaupun ia tidak dirujuk kepada pelajar yang bertanyakan. Jadilah ianya satu bahan gurau jenaka yang berlarutan untuk kawan2.

3. Aku tak tau mana part silapnya. Parodinya merujuk kepada masalah ikan jerung, lembu dan kambing. Mungkin dia tersilap memilih misal.

Ataupun dia silap kerana amik mic stand.

Ataupun dia tersilap kerana menganggap dia lebih hebat dan lebih bijak daripada pelajar itu.

4. Cuma aku terfikir, bukankah rakyat Malaysia telah menjadi sharifah2 era baru?

5. Rakyat Malaysia semua ada masalah. Masalah air, masalah harga minyak, masalah rumah mahal, masalah harga saham jatuh.

Jika perkara2 ini yang si sharifah tu sebut, mungkin dia akan dapat tepukan paling gemuruh kat dewan tu. Tapi dia memilih untuk memisalkan haiwan. Maka jadilah gurauan.

6. Rakyat Malaysia kini juga banyak yang hendak bercakap. Jika tak layak untuk jadi ahli forum, bercakap kat facebook dan twitter.

Kalau tak cukup orang nak like status itu, pergilah ia menyertai perhimpunan umum. Untung2 kalau post gambar masa berhimpun, akan ramai orang akan like gambar dia memakai baju kuning di jalanan ataupun di luar stadium.

7. Kalau semua orang bercakap, siapa pula yang akan menjadi orang yang mendengar? Trend masa kini, jika anda menjadi pendengar, maka andalah orang yang paling tidak cool, tiada pengetahuan dan tidak memperjuangkan hak untuk bercakap anda sendiri. Jadilah anda orang yang ketinggalan zaman.

Maka bercakaplah apa sahaja walaupun tiada isi dan merapu. Asalkan apa yang dikatakan itu bisa menjengkelkan lawan.

8. ( Poin ini sengaja dibiarkan kosong )

9. Rakyat berhimpun di jalanan menyuruh kerajaan untuk mendengar. Apabila hendak dijelaskan perkara, mic stand kerajaan diambil dan kerajaan terpaksa mendengar lagi. “Kamilah pemimpin negara. Kami telah mencucuk hidung anda dengan undi, maka anda mesti mendengar kata perintah kami”, kata mereka yang bukan semua.

Terus, yang bercakap itu merujuk kepada masalah cincin, masalah lembu dan masalah rambut isteri perdana menteri yang terlalu besar.

Rakyat Malaysia beranggapan bahawa mereka adalah lebih bijak dan lebih hebat dari pegawai2 dan menteri kerajaan.

( Poin nombor 9 ini perlu dibaca bersama dengan poin nombor 3 dan 4 )

10. Diam sahajalah dan buat seperti apa yang disuruh. Ironik ??? Ramai juga yang menyuruh sharifah untuk meminta maaf. Malah ada yang mengajak untuk berdebat. Difikirkan kembali, rasanya aku tahu dari mana mereka mendapat idea2 sebegini.

Perkara kecil. Disensasikan. Diberi publisiti… Maka secara automatik ia menjadi perkara besar dan masalah nombor satu negara untuk lima hari. Dapat klik kat youtube, kalau nasib baik, boleh masuk tivi.

11. Yang untung di sini adalah DoGo dan Nendo’s. Yang ruginya adalah orang yang membuat cacian kepada apa yang mereka lakukan sendiri.

12. Dengar dengar dengar. Ismadi telah bersuara. Hanya yang mengerti akan faham post aku kali ini. Jika tak faham bahasa dwi makna ini, maka bacalah lagi. Tapi aku tahu bahawa jarang sekali yang akan membacanya dua kali, kerana akan lebih selesa mencaci dan mengutuk aku tiga kali….

Dengar sahajalah wahai Ismadi… 😉

Ayuh kita gagalkan AES… Jangan biarkan kroni kaya !!!


Assalamualaikum

1. Semenjak dua menjak ni, banyak betul posting pasal AES. Tetiap hari ada aje komen dan gambar malah video kat Youtube yang menentang AES ni.

2. Kerajaan negeri pimpinan PR kata diorang taknak laksanakan sistem perangkap laju ni selagi tak betul teknikalnya (hujah mereka). Banyak Apps yang bagitau pasal AES ni dah. Ada yang tepat. Ada yang takde. Yang takde tu, terang tandanya nak menjahanamkan duit rakyat.

3. Malah AES ni dikatakan hakmilik kroni yang mahu pungut hasil saman untuk macam2 dana, untuk pilihanraya, untuk menjadikan yang kaya bertambah kaya. Iyalah, kalau satu saman 300, sejuta saman dah 300 juta. Pergh… Makin buncitlah kroni. Jangan biarkan ianya terjadi. Jika kita kayakan kroni, bermakna, kita membantu mereka yang zalim ini untuk terus berkuasa.

4. Aku tak pernah menyokong kroni dalam kepimpinan. Tak wajar yang kaya akan bertambah kaya dengan adanya saman petik kamera ini. Dahla takde makluman. Takde papantanda amaran. Tau2 gambar saman dah sampai rumah.

5. Oleh itu, aku mencadangkan kita semua boikot kamera ini. Kita boikot AES !!!

6. Jadi aku nak mencadangkan beberapa cara untuk memboikot yang tak membabitkan demonstrasi jalanan. Semua boleh buat. Amat mudah dan akan memiskinkan kroni yang telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menyusahkan rakyat.

a) Rakyat Malaysia mesti bersatu. Kita semua pakat pandu kereta perlahan2. Jika hadlaju 110 km/j, kita bawak hanya 100 km/j. Biar padan muka AES bila takde satu saman pun dia dapat keluarkan. Maka duit kita jimat. Kroni pun tak dapat wang rakyat.

b) Rakyat Malaysia perlulah berjaga2 di kawasan lampu isyarat di mana jua. Mematuhi undang2 jalan raya. Jangan langgar lampu merah. Bila dah kuning tu, siap sedia untuk berhenti. Maka bila lampu merah menyala, kamera tu keluar lampu liplapnya, maka yang ada hanyalah jalan yang kosong. Tiada kereta atau motor yang akan disaman sepanjang tahun. Itu matlamat kita. Jangan sampai satu kenderaan pun disaman.

c) Jangan terpedaya. Walaupun tiada tanda amaran AES, kita mesti selalu memandu 10 km/j kurang daripada had yang dibenarkan. Kalau agak2 takde juga papan tanda yang mungkin menjadi mangsa vandalisme, maka had yang aku syorkan adalah 60km/j. Maka semuanya akan selamat. Maka takde satu makhluk pun akan makan saman sama AES ni.

d) Kita rancang perjalanan. Keluar rumah awal sikit. Boleh elak jam. Kita pun tak terkejar2. Bila nak cepat, maka kita bawak laju. Selalunya begitulah. Mulai sekarang, kita cuba keluar awal setengah jam. Bawak kereta rilek2, takde rushing2. Maka selamatlah dari disnap kamera durjana itu.

7. Dengan ini, maka aku harap kita akan dapat mematahkan semangat dan sistem yang akan menyusahkan rakyat. Kita hapuskan kronisme. Kita jangan bagi satu sen pun kepada kerajaan zalim . Lebih baik kita belanjakan duit itu untuk keperluan rumah yang semakin naik.

8. Ayuh kita nyatakan kesungguhan kita dengan mengubahnya sendiri. Kita mampu mengubahnya. Anekdot mudahnya seperti berikut…

Ikut peraturan = Takde saman = Kroni tak dapat duit = Rakyat menyimpan dan belanjakan sendiri duit mereka kat mana yang mereka suka.

9. Senangkan ??? Ayuh kita gagalkan AES !!!! Sambil tu boleh kurangkan kemalangan… 😉