Hitamnya jejariku …


Assalamualaikum

1.
SPR dah pun mengumumkan yang dakwat kekal akan digunakan dalam pilihanraya akan datang. Aku kecewa.

2.
Ia, pada aku melambangkan Malaysia masih di dalam kelompok dunia ketiga. Menggambarkan bahawa Malaysia tidak searas dengan majunya dunia. Menggariskan bahawa tiadanya keyakinan pada jiwa.

3.
Malaysia akan digelakkan. Mungkin, hanya mungkin, orang di Eropah akan ketawa terkekek2 di dalam hati pada hari seluruh rakyat dewasa Malaysia mengundi.

4.
Yang mahukan warna, telah dapat hitam nitratnya setelah penat berjalan, naik lori dan makan nasi percuma di dalam khemah sementara tajaan polis Malaysia. Secara teorinya, mereka telah berjaya.

Jika satu tuntutan yang dibuat secara “haram” telah lolos, akan ada lebih banyak lagi demonstrasi.

Pandangan dari seorang aku, pemerhati keadaan yang tidak terpelajar.

5.
Pendatang asing untuk program 6P pun telah dibiometrikkan. Percuma.

Rakyat Malaysia memilih untuk mewarnakan jarinya hitam. Juga percuma.

Menjadi modal untuk snap gambar dan diuploadkan pada facebook sebagai bukti telah mengundi.

Aku menjangkakan gambar jari dihitamkan adalah gambar popular pada hari itu nanti. Prediksi awal.

6.
Oh .. !!!

Mungkin tak perlu orang Eropah ketawa berdekah2 di dalam hati. Mungkin cukup dengan warga Bangladesh dan Indonesia serta India senyum sinis menyindir di hari memangkah akan datang.

Mereka secara sistematik, dikodifikasikan dengan kecanggihan komputer dan biometrik keseluruhan sepuluh jari.

Kita akan dihitamkan jari menggunakan kecanggihan dakwat sumbangan hebat zaman purba dinasti China.

Sememangnya rakyat Malaysia dalam hal ini, kini telah jauh maju…. Melangkah maju keterbelakang (jika ada istilah ini).

7.
Seganlah … Buat aje muka toya. Saya telah di “punk’d” oleh pendemonstrasi jalanan … ;(

Advertisements