Semua mahu menang


Assalamualaikum

 

  1. Semua sudah maklum tentang tiga perpuluhan kosong. Makin panas cuaca politik Malaysia. Tempoh yang ada tidaklah mampu bertahan lama.
  2. Semua mahu menang. Semua mahu berada di pihak yang benar. Semua mahu pilihanraya yang adil. Semua mahu jadi hero dalam cara yang tertentu.
  3. Telah dijangkakan, akan sampai tahap di mana keganasan akan berlaku. Penganjurnya juga telah mengaku amat sukar menjaga orang bawahannya. Telah lama diduga.
  4. Di saat ini, tiada siapa yang nyata menangnya. Yang nyata kalahnya ramai. Tewasnya Malaysia yang permai. Tewasnya Malaysia yang beradab. Tewasnya Malaysia yang mematuhi undang2.
  5. Yang membuat onar hanyalah segelintir. Tapi kerana nila, rosak susu sebelanga. Tiada siapa mahu menghirupnya lagi. 
  6. Ramai yang sudah muak. Malah ramai juga yang sebelum ini senyap, telah mula bersuara. Ini dinamakan kebangkitan pengundi senyap. Faktor utama yang menentukan putaran keputusan pilihanraya Malaysia. Kerana jumlahnya adalah yang paling banyak di dalam kebanyakkan yang banyak.
  7. Tiadalah menjadi hero kerana hadir dalam perhimpunan. Tiadalah menjadi bacul kerana menonton youtube di rumah. Kerana semuanya mempunyai sekurang2nya satu pangkahan penentu. Semua mempunyai hak yang sama rata.
  8. Yang menang nanti mempunyai lima tahun untuk menggenggam kuasa. Kuasa haram kerana senarai yang haram. Kuasa halal kerana rakyat telah menulis secara tulus. Setakat ini tiada siapa di antara wakil rakyat yang mempunyai semangat yang kuat untuk membuang kuasa diperolehi yang dikatakan secara haram. Semuanya gila kuasa. Berceramah lantang dan bermulut lancang. Tetapi kerana tamakkan kuasa pangkat dan nama, semuanya jadi tidak apa.
  9. Tiada apa yang perlu disorak gembira. Hidup jalan seperti biasa. Boleh bekerja di mana suka. Boleh makan di mana sahaja. Bergelak ketawa. Tapi bila berpolitik, bermusuhan segala.
  10. Oh kawan… amatlah malang nasib Malaysia jika kamu masih berbalah sesama rakyat. Kata kamu berjuang untuk yang lain. Tetapi memaki dan mencaci kawanmu yang lain. Bukankah itu memperjuangkan tengkuk dan falsafah kamu sendiri ???
  11. Di mana kesudahan perjuangan ??? Di mana pengakhiran jeritan ??? Setiap lima tahun nada yang sama akan diulang. Akhirnya suara itu akan mati songsang.
  12. Semua mahu menang, tapi bersediakah jiwa jika kalah ??? Tiada siapa mahu kalah, tapi kamu perlu tahu, di dalam pertandingan, tidak semua akan menang.
  13. Seyakin mana wakil kamu akan menang, selitlah sedikit rasa yang wakil itu akan kalah. Kerana wakil anda telah dihakimi, diadili dan dijatuhkan hukuman oleh rakan2 dari daerah kamu sendiri.

Tiang dan Duduk


Assalamualaikum

Isu Tiang RM25

  1. Yang nak dikutuk berlebihan itu kenapa? Bergurau mungkin. Tapi bila mencaci, bukanlah gurauan lagi namanya. Itu adalah celaan.
  2. Kesalahan. Sudah dihukum maksima yang boleh. 25 ringgit. Mahkamah telah memutuskan. Manusia pula, apakah peranan?
  3. Kalau si penari itu masuk parti tertentu, dan memberi ceramah keinsafan, adakah kesalahannya diampunkan? Atau Allah sahaja yang Maha Pengampun?
  4. Jika artis itu menyanyi dan berpakaian seksi, mencolok sana sini, ada yang mengutuk dan mengeji sehingga lupa diri. Tapi bila masanya mereka masuk parti, maka setiap patah katanya diulang dan disebar bagaikan ianya sabda nabi.
  5. Begitulah manusia, menggunakan kesempatan populariti yang ada untuk membela ego diri, membelakangkan maksud hakiki. 
  6. Tidak salah untuk berubah kepada kebaikan. Cuma apabila dilakukan kesalahan, ditegur dengan beradab. Tak kiralah penyanyi, pelakon mahupun penyanyi. Manalah tahu, suatu hari nanti akan berkawan. Berkongsi pentas untuk meluahkan keperitan. Harapnya berkongsi syurga yang tiada kesudahan.
  7. Hidayah itu milik Allah. Jika tidak memuji, cuba hindarkan diri dari mengeji.
  8. Bila dunia mengagungkan artis melebihi daripada ilmuwan, maka tahulah aku, dunia ini telah benar2 tua. Kepada yang faham maksudnya.

Duduk Bersih

  1. Dimandikan sudah. Dibagi makan pun sudah.
  2. Dahulunya berjalan. Sekarang nak duduk pula. Makin beradab. Kalau siap sedia untuk makan, mestilah duduk. 
  3. Dataran Merdeka adalah milik rakyat. Semuanya milik rakyat. Maka suka hatilah hendak buat apa dengan harta milik kamu sendiri.
  4. Tapi kenalah tahu bahawa harta itu dikongsi milik dengan orang lain macam aku. Kalau aku tak izinkan, bolehkah mereka masih menggunakan Dataran Merdeka? Hanya yang degil mengatakan ianya boleh. Maka kamu telah mengambil hak saya yang hakiki. Kerana badan yang menjaga, juga tiada memberi izinnya. Tanggunglah kamu di padang nanti.
  5. Siapa aku? Aku juga rakyat seperti kamu. Suara aku juga mesti didengari. Bukan suara kamu sahaja yang diambil kira. Ini adalah negara demokrasi.
  6. Bila kata rakyat berhak berhimpun di Dataran Merdeka kerana ianya milik rakyat, siapalah kamu untuk menidakkan hak aku yang tidak membenarkan kamu menggunakan bahagian aku untuk aktiviti kamu yang tidak mendapat persetujuan aku? Kamu juga adalah rakyat seperti aku, si poyo yang berkad biru.
  7. Kamu hendak orang dengar kamu menjerit. Aku nak kamu tahu, bahawa ramai juga orang yang langsung tak mahu mendengar lolongan kamu yang jauh terpesong nadanya ke laut.
  8. PDRM juga mestilah adil. Yang melawan diberi makan. Yang patuh dirumah meleleh liurnya. 
  9. Keadilan. Hantarlah juga bungkusan makanan kepada kami yang di rumah. KFC, pizza atau McDelivery pun kami terima, kalau polis sibuk melayan mereka di sana.
  10. Kerajaan nak bayar dengan apa ??? Duit PETRONAS kan ada…. Kami rakyat Malaysia juga… 🙂